Anda di halaman 1dari 6

PROSEDUR PERMAINAN LARI DALAM GUNI

1. Setiap peserta dibekalkan dengan guni setinggi aras pinggang 2. Peserta haruslah memasukkan keseluruhan kaki kedalam guni tersebut. 3. Peserta haruslah berlari sepantas mungkin dengan keadaan kaki didalam guni sepanjang trek 50 meter. 4. Larian akan dibatalkan sekiranya peserta tidak memasukkan kaki kedalam guni dengan betul iaitu pada aras pinggang. 5. Larian akan dimulakan sebaik sahaja wisel ditiupkan. 6. Peserta yang melepasi garisan penamat dahulu dikira sebagai pemenang.

MEMBAWA BOLA PINGPONG DALAM SUDU


1.Setiap peserta dibekalkan dengan sebiji bola pingpong dan juga sudu. 2.Peserta haruslah memegang sudu menggunakan mulut . 3.Bola pingpong akan diisikan diatas sudu setiap peserta. 4.Peserta dikehendaki berjalan sepantas mungkin dengan keadaan bola pingpong diatas sudu. 5.Permainan akan dimulakan sebaik saja wisel dibunyikan. 6.Larian akan dibatalkan sekiranya bola pingpong tersebut jatu dari sudu peserta. 7.Peserta yang mula-mula tiba digarisan penamat dikira sebagai pemenang.

BALING BOLA DALAM BAKUL


1. Bakul akan dibekalkan kepada setiap kumpulan 2. Setiap peserta akan dijarakkan antara bakul sejauh 5 meter. 3. Permaianan akan dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan. 4. Sekiranya peserta berjaya membaling bola masuk dalam bakul, peserta akan memperoleh satu mata. 5. Setiap peserta bebas untuk melakukan seberapa banyak balingan. 6. Balingan akan dikira batal sekiranya peserta membaling bola melebihi garisan yag telah ditetapkan. 7. Kumpulan yang paling banyak memasukkan bola kedalam bakul dikira sebagai pemenang.

BOLING BOLA KELAPA


1.Setiap peserta dibekalkan dengan beberapa biji buah kelapa. 2.Tin-tin akan disusun membentuk segi tiga dan dijarakkan 10 meter daripada peserta. 3.Setiap peserta dikehendaki membaling buah kelapa mengenai tin-tin tersebut. 4.Peserta diberikan tiga kali untuk melakukan ulangan. 5.Balingan tidak akan dikira sekiranya peserta garisan permulaan. 6.Peserta yang paling banyak menjatuhkan tin dikira sebagai pemenang.

PERMAINAN ISI AIR DALAM BOTOL


1. Setiap peserta dikehendaki berada pada jarak 10 meter dari botol.

2. Setiap peserta harus memegang sudu yang berisi air dan berjalan ke arah botol yang telah disediakan. 3. Peserta hendaklah melakukan aktiviti tersebur sepantas mungkin. 4. Kemudian, peserta harus melakukan secara bergilir-gilir dengan pasangan mereka. 5. Masa yang diperuntukkan untuk melakukan aktiviti ini ialah 10 minit. 6. Kumpulan yang kuantiti air paling banyak di dalam botol dikira sebagai pemenang.

LUMBA BASIKAL LAMBAT


1. Peserta dibekalkan basikal setiap seorang. 2. Peserta dikehendaki membawa basikal secara perlahan sejauh 50 meter. 3. Permainan akan dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan. 4. Peserta akan terkeluar daripada permainan sekiranya kaki menjejak tanah semasa mengayuh. 5. Peserta yang paling lambat sampai kegarisan penamat dikira sebagai pemenang.

Anda mungkin juga menyukai