Anda di halaman 1dari 2

54 Tahun Merdeka Hari ini.. Merdeka, merdeka, merdeka..

Dilaungkan sekuat hati dengan senyuman, keriangan, kepuasan Tanpa tangisan 54 tahun dahulu.. Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka.. Dilaungkan dengan penuh rasa bangga Tatkala ayat keramat kedengaran Air mata rakyat kegembiraan mengalir, menitis ke tanah seperti memberi sinar dan harapan kepada bangsa, agama dan negara Kini 54 tahun berlalu.. Segala harapan dan impian 54 tahun dulu telah dicapai Ku bangga melihat semua kejayaan ini Tapi disebalik kejayaan masih ada kegagalan Adakah anak muda sekarang cukup mengerti sengsara mencapai kemerdekaan? Keperitan? Mereka tak mengerti, mereka lupa.. Kini.. Anak-anak muda ketawa meraikan kemerdekaan Mereka hanya lihat merdeka ilusi semata buku, gambar, video dan sedikit cerita orang tua Apa yang mereka rasa? Adakah jiwa mereka merasai kesusahan, keperitan, kesengsaraan 54 tahun dahulu? 54 tahun.. Masih tidak cukup untuk mengajar erti kemerdekaan di jiwa insan generasi baru Apa akan jadi kepada kemerdakaan kita Adakah ia akan berkekalan selamanya? Sedarlah kawan-kawanku Carila erti kemerdekaan.. Renungkanlah kesusahan, keperitan, kesengsaraan rakyat 54 tahun dulu Jika kamu mahu 5000 tahun merdeka tetap merdeka..

Negaraku Bebas Merdeka

Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 50 tahun dahaulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 54 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman daman Maju berteknologi kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka..

Anda mungkin juga menyukai