selain menyerlahkan karakter tersendiri. Mengenal pasti jenis bunga adalah perkara muda, contohnya ros berduri kerana ada juga spesies lebih kurang sama dengannya. Berikut beberapa langkah bijak mengenal pasti jenis bunga-bungaan: Langkah 1 - Cari duri di batang bunga kerana ia antara petunjuk utama khususnya bunga ros. Langkah 2 - Kira jumlah kelopak dan hanya beberapa bunga saja yang mempunyai satu kelopak besar seperti lili. - Kenal pasti bentuk kelopak sementara banyak kelopak bulat atau segi tiga. - Bunga bakung mempunyai kelopak berbentuk cawan. Langkah 3 - Teliti pola kelopak bunga. - Orkid mempunyai kelopak rona terang di tengah dan gelap di tepi. Langkah 4 - Kenal pasti kedudukan bunga. - Bunga ros dan tulip terletak pada batang bunga itu sendiri. - Orkid biasanya melekat pada batang tipis bercabang jauh daripada batang utama. Langkah 5 - Pertimbangkan saiz bunga. - Bunga matahari bersaiz besar sementara bunga melati bersaiz kecil.
Langkah 6 - Kenal pasti tekstur bunga. - Antara yang mempunyai tekstur halus ialah bunga halia Langkah 7 - Kenal pasti stigma. - Bunga matahari mempunyai stigma mendatar. Langkah 8 - Kira jumlah putik bunga. - Teratai mempunyai beberapa putik rona terang.