Anda di halaman 1dari 7

3.

10

HADITH KESEMBILANBELAS

BAB MENGHARAMKAN KEZALIMAN DAN MEMULANGKAN HAK YANG DIAMBIL SECARA ZALIM

Daripada Ummu Salamah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia, dan kamu pula membawa pertelingkahanmu di depanku. Kemungkinan ada sesetengah kamu yang lebih pandai berhujah daripada sesetengah yang lain, maka aku putuskan penghakimanku memihak kepadanya berdasarkan apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang aku putuskan untuknya sesuatu yang merupakan hak saudaranya, maka sebenarnya aku memberikan kepadanya sepotong api neraka," (Muttafaq alaih)

Objektif Khusus
12345Pelajar menyebut dalil pengharaman perbuatan zalim. Pelajar menerangkan sisi kemanusiaan Rasulullah s.a.w. serta tujuannya. Pelajar menerangkan bahaya mengambil sesuatu tanpa hak. Pelajar menerangkan pengertian kehakiman yang menyeluruh dalam Islam. Pelajar menerangkan kewajiban memulangkan kembali hak yang diambil secara zalim kepada empunyanya, sebagai salah satu syarat taubat yang benar. Pelajar menilai dirinya dari sudut tidak melakukan

6-

Modul Pembangunan Insan (ISMA)

3.10

kezaliman (bengkel).

Erti Perkataan
- : membawa pertelingkahan kamu untuk aku putuskan penghakimannya. - : lebih fasih, lebih bijak, lebih banyak maklumat dan lebih hebat berhujah. - : dengan dakwaannya.

Huraian Hadits
Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan di dunia dan akhirat. Tiada kezaliman yang melata dalam sesebuah masyarakat kecuali ia akan menimbulkan suasana gundah gulana, tidak tenteram, lalu meruntuhkan asas masyarakat tersebut dan merungkai ikatan antara anggota-anggotanya. Perbuatan zalim yang dilakukan oleh seseorang insan ke atas saudaranya adalah seburuk-buruk kezaliman. Kezaliman yang lebih buruk dari itu ialah kezaliman insan terhadap dirinya sendiri. Orang yang dizalimi sudah tentu akan memperolehi semula haknya dan Allah Taala akan menguasakannya ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadapnya pada hari Kiamat. Firman Allah Taala: "Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari Kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu." (az-Zumar: 31) Rasulullah s.a.w. pernah menyebut: "Dua pihak bertelingkah yang pertama (diadili) pada hari Kiamat ialah dua jiran," daripada Uqbah bin Amir secara marfu. Dalam Musnad, daripada Abu Zarr r.a., beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. melihat dua ekor kambing saling tanduk menanduk, lalu Baginda bersabda: "Wahai Abu Zarr, adakah kamu tahu mengapa ia tanduk

2 Modul Pembangunan Insan (ISMA)

3.10

menanduk?" Saya menjawab: "Tidak." Sabda Rasulullah: "Tetapi Allah tahu dan akan menjatuhkan hukuman antara kedua-duanya," (Riwayat Ahmad) Ibnu Katsir berkata dalam penafsiran Surah an-Naba', mengenai ayat: "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". (an-Naba': 40) Dikatakan bahawa orang kafir itu amat berharap menjadi tanah setelah melihat Allah Taala menjatuhkan hukuman antara haiwan-haiwan yang hidup di dunia dulu dengan hukuman yang adil dan tidak zalim, sehinggakan Allah Taala mengenakan qisas ke atas kambing yang bertanduk bagi pihak kambing yang tidak bertanduk. Setelah selesai menjatuhkan hukuman, Allah berfirman: "Jadilah tanah," maka ia bertukar menjadi tanah. Daripada Anas r.a., beliau berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: "Pada hari Kiamat, Imam (pemerintah) yang zalim dan khianat akan dibawa menghadap, rakyat akan melawan bicara terhadapnya dan mereka akan menang. Dikatakan kepadanya (pemerintah itu): Penuhilah satu sudut daripada sudut-sudut neraka jahanam," (Riwayat al-Hafiz al-Bazzar) Firman Allah Taala: "Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari Kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu." (Surah az-Zumar:31). Ibnu Abbas r.a. berkata: "Orang yang jujur akan melawan bicara orang yang dusta, orang yang dizalimi melawan bicara orang yang zalim, orang yang mendapat petunjuk melawan orang yang sesat, orang yang lemah melawan orang yang angkuh." Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas juga: "Manusia akan saling melawan bicara pada hari Kiamat sehinggakan ruh pun melawan jasad, lalu berkatalah ruh kepada jasad: Kamu telah

Modul Pembangunan Insan (ISMA)

3.10

melakukannya. Berkata pula jasad: Kamu yang suruh dan memperdayakannya. Maka Allah utuskan satu malaikat untuk menghakimi mereka, lalu ia berkata: Sesungguhnya kamu berdua ini sama seperti seorang lelaki yang lumpuh tapi celik dengan seorang lelaki yang buta. Kedua-duanya masuk ke dalam sebuah dusun, lalu berkatalah orang lumpuh kepada sibuta: Aku nampak di sana ada buah, tapi aku tidak boleh mendekatinya. Maka berkatalah orang buta: Naiklah ke atas badanku dan ambillah ia. Maka orang lumpuh itu pun naik ke atas badan orang buta, lalu dia memakan buah itu. Maka siapakah di antara mereka yang telah menceroboh? Ruh dan jasad pun menjawab: Kedua-duanya. Malaikat itu pun berkata: Sesungguhnya kamu telah menjatuhkan hukuman ke atas diri kamu berdua. Maksudnya jasad seperti kenderaan bagi ruh.

Allah Taala telah mengharamkan kezaliman.


Daripada Abu Zarr r.a., daripada Nabi s.a.w., yang diriwayatkannya daripada Allah Tabaraka wa Taala, bahawa Dia berfirman: "Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diri-Ku dan aku jadikannya haram juga sesama kamu, maka janganlah kamu saling melakukan kezaliman," (Riwayat Muslim dalam Bab Pengharaman Kezaliman) Menjadi kewajiban kita untuk menjauhi kezaliman dan memulangkan barang atau hak -yang diambil secara zalimkepada empunyanya. Rasulullah s.a.w. memberi amaran kepada kita agar tidak melakukan kezaliman dan tidak cuba untuk mendapatkan sesuatu yang bukan hak kita secara tidak benar, kerana hakim mungkin akan menjatuhkan hukuman yang memihak kepada kita. Tetapi hukuman hakim itu tidak mengubah hukum haram kepada halal. Dia hanya menghukum berdasarkan zahir. Perkara batin dan tersembunyi adalah urusan Allah. Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa Baginda adalah manusia. Baginda bermaksud memberi peringatan kepada kita bahawa perbuatan jibilliyah Baginda, iaitu perbuatan yang lahir 4 Modul Pembangunan Insan (ISMA)

3.10

menurut tabiat seorang manusia seperti makan, minum, berjalan, duduk dan seumpamanya, tidak termasuk dalam bab pensyariatan. Seolah-olah Baginda mahu menyebut kepada kita: Urusan meneliti kes-kes pendakwaan adalah penilaian peribadi Baginda, bukan satu pensyariatan kepada umatnya. Oleh sebab itu Baginda berkata: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia, dan kamu pula membawa pertelingkahanmu di depanku. Kemungkinan ada sesetengah kamu yang lebih pandai berhujah daripada sesetengah yang lain, maka aku putuskan penghakimanku memihak kepadanya berdasarkan apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang aku putuskan untuknya sesuatu yang merupakan hak saudaranya, maka sebenarnya aku memberikan kepadanya sepotong api neraka." Dalam situasi ini, Baginda adalah seorang hakim yang menghakimi berdasarkan bukti zahir. Ini merupakan peringatan kepada mana-mana insan agar tidak cuba untuk mengambil sesuatu yang bukan haknya melalui cara tipu helah dan putar belit, memanipulasi kelemahan pihak lawan. Ketahuilah bahawa peringatan ini telah membuah hasil yang baik bagi hati yang takutkan Allah dan sentiasa memuraqabahnya. Hanya dengan peringatan sudah cukup menghidupkan hati tersebut serta menjadikannya menggeletar kerana bimbang melakukan kezaliman dan perkara yang diharamkan. Sebagai contoh: Diriwayatkan bahawa dua orang lelaki berselisih faham dalam hal pusaka dan mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menyebut hadits bab ini. Setiap orang berasa takut kalau-kalau dia terambil lebih daripada haknya, lalu setiap mereka saling berkata: Aku tinggalkan hakku untukmu. Maka Baginda s.a.w. bersabda kepada mereka berdua: "Sekarang bangunlah dan bahagibahagikanlah serta kenal pasti kebenaran, kemudian hendaklah setiap kamu menghalalkan (memaafkan) bagi saudaranya."

Setiap kita adalah hakim dalam hal yang kita tangani:


Saya ingin menarik perhatian kepada satu noktah penting bahawa keputusan dalam penghakiman ("maka aku putuskan penghakimanku memihak kepadanya berdasarkan apa yang
Modul Pembangunan Insan (ISMA)

3.10

aku dengar") adalah berdasarkan apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Tugas hakim bukan dalam mahkamah saja, bahkan kehakiman adalah satu medan yang luas: Bapa adalah hakim dalam masalah rumahtangga dan anakanak. Ibu adalah hakim juga ke atas anak-anak. Ketua di tempat kerja adalah hakim di kalangan para pekerja. Ketua kampung adalah hakim di kalangan penduduk kampung. Guru adalah hakim di kalangan para pelajarnya, terutamanya dalam pemarkahan peperiksaan. Anggota biro pendamai adalah hakim di antara pihak yang bertelagah. Anggota parlimen dan seumpamanya adalah hakim-hakim. Mereka terlibat dalam penggubalan undang-undang dan perlaksanaannya. Mereka akan dihitung di atas setiap undang-undang zalim yang dipersetujui selama mana undang-undang tersebut kekal, walaupun selepas dia bersara, bahkan selepas kematiannya. Individu rakyat yang memilih anggota parlimen dan wakil rakyat akan dihitung jika dia tidak memilih dengan baik. Setiap individu pemilih hendaklah meletakkan hadith ini di depan matanya. Kita mesti mendidik diri dengan hadith ini sehingga membuahkan hasil yang memberangsangkan seperti yang berlaku pada salafusoleh.

Orang-orang yang zalim mesti memulangkan semula barangan atau hak yang dirampas kepada tuan punyanya, serta memasyhurkan taubat yang jujur sebelum meninggalkan dunia ini menuju ke negeri Akhirat. Kemungkinan ada yang berkata: Saya mahu bertaubat dan meninggalkan kezaliman, tetapi bagaimana saya boleh

6 Modul Pembangunan Insan (ISMA)

3.10

memulangkan hak yang telah saya rampas daripada tuan punyanya? Memulangkan hak yang dirampas itu merupakan prinsip asal, tetapi jika tidak dapat melakukannya, maka hendaklah dia memohon dihalalkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang ada mengambil hak saudaranya -maruah atau harta- secara zalim maka hendaklah ia meminta dihalalkan pada hari ini, sebelum diambil daripadanya pada hari dia tidak mempunyai dinar dan dirham. Pada hari itu, jika dia ada amal soleh, maka diambil daripadanya sebanyak nilai hak yang diambil secara zalim itu. Jika tiada amal soleh, maka diambil kejahatan saudaranya itu dan diberi kepadanya," (Riwayat alBukhari)

Beberapa Pengajaran Hadits


12Berlaku zalim itu haram dan mengembalikan hak yang dizalimi adalah wajib. Penghakiman hakim tidak menghalalkan perkara yang haram dan tidak mengharamkan perkara yang halal. Dia hanya menghukum berdasarkan keterangan zahir. Hendaklah kita menjauhi kezaliman dan faktor-faktor yang mendorong ke arahnya.

3-

Penilaian
1234Sebut dalil pengharaman kezaliman daripada al-Quran dan Sunah. Apakah bahaya mengambil sesuatu secara tidak benar? Jelaskan kefahaman Islam yang luas tentang kehakiman. Sebutkan beberapa contoh yang hebat dalam menjauhi kezaliman dan tidak mengambil hak orang lain secara zalim.

Modul Pembangunan Insan (ISMA)

Anda mungkin juga menyukai