Anda di halaman 1dari 14

HUKUM TAJWID HUKUM NUN SAKINAH & TANWIN Nun Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris

iaitu Nun Mati. Tanwin adalah baris dua samaada baris dua diatas, dibawah atau didepan.

Terdapat 6 hukum Nun Sakinah iaitu: 1. Izhar Halqi. (Izhar-Jelas) Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf izhar halqi, cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung. Huruf izhar halqi adalah: Ho, Ain, Ha, Qhin & Hamzah.

2. Idgham Maal Ghunnah. (Idgham-Gabungan & Ghunnah-Dengung) Bilamana Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Nun, Mim, Wau dan Ya, bacaanya di dengungkan.

3. Idgham Bila Ghunnah. Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ra dan Lam, bacaannya tidak didengungkan.

4. Izhar Mutlaq. Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ya dan Wau dalam satu kalimah bacaan hendaklah jelas dan nyata tanpa dengung.

5. Iqlab. (Tukar) Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Bha (ada tanda Mim kecil) maka Nun ditukar menjadi bunyi Mim secara IKHFA (Samar dan Tersembunyi) dengan dengung.

6. Ikhfa Haqiqi (Ikhfa-Sembunyi & Haqiqi bunyi dari kerongkong). Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu 15 huruf iaitu SELAIN 6 huruf Izhar, 6 huruf Idgham dan 1 huruf Iqlab iaitu Tha, Jim, Dal, Zhal, Zhai, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho, Dho, Fha, Khob dan Khab, sebutan hendaklah secara Izhar (Jelas) dan Idgham berserta dengung. Ikhfa Haqiqi terdiri dari 3 jenis :

Ikhfa Haqiqi Kubra (Tinggi) - (hurufnya Tha,Zal,Tho) Idgham Ikhfa Haqiqi Sugra (Rendah) - (hurufnya Khab dan Khob) Izhar Ikhfa Haqiqi Wusta (Sederhana) - (hurufnya Sha, Jim, Zha, Zhai, Sin, Syin, Shod, Dhod, Tho dan Faa)

Tanwin Bertemu Hamzah Wasal (Wasal bermaksud -menyambung bacaan, mempunyai tanda hamzah kecil di atas) Cara membaca dengan menambah Nun baris bawah (kasrah) sebelum hamzah wasal

HUKUM MIM SAKINAH. Mim Sakinah ialah Mim tidak berbaris atau Mim Mati.

Idgham Syafawi. (Syafawi-Bibir)

Apabila huruf Mim Mati bertemu dengan huruf Mim berbaris hendaklah didengungkan.

Ikhfa Syafawi. Bilamana huruf Mim mati bertemu huruf Bha, bacaannya hendaklah didengungkan dengan sebutan Mim dibunyikan sebahagiannya sahaja (Ikhfa-tersembunyi-tidak jelas-caranya dengan merenggangkan sedikit bibir)

Izhar Syafawi. Apabila huruf Mim mati bertemu huruf selain Mim dan Bha cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung.

Izhar Syafawi Asyad. Bilamana Mim mati bertemu huruf Wau dan Fha, bacaanya adalah secara Izhar tiada dengung.

HUKUM NUN DAN MIM BERSABDU SERTA HUKUM AL GHUNNAH (Dengung-Suara Sengau dari pangkal hidung) Kadar harakat suara dengung dari Nun dan Mim Sakinah adalah 2 Harakat

Wajibal Ghunnah. Setiap huruf Mim atau Nun yang bersabdu wajib didengungkan dengan sempurna 2 Harakat

IZHAR QAMARI (Alif Lam Qamariah) dan IDGHAM SYAMSI (Alif Lam Syamsiah).

Izhar Qamari (Alif Lam Qamariyyah). Mensukunkan bacaan Lam pada huruf Alif Lam bila bertemu huruf Qamariyyah (ada tanda Shod kecil diatas Alif) Cara bacaannya hendaklah secara Izhar (jelas) huruf Qamariyah adalah Alif, Bha, Ghain, Ha, Jim, Khab, Wau, Ho, Khob, Ya, Mim dan Ha.

Idgham Syamsi (Alif Lam Syamsiyyah). Menggabungkan huruf Alif Lam ke 14 huruf Syamsiyyah yang didatangkan sebelumnya (ada tanda shod kecil pada huruf Alif) . Cara bacaannya adalah menggabungkan bunyi Lam kedalam ayat shamsiyyah selepasnya dan mengabaikan bunyi Lam.

Lam Aaliyyah. Huruf Lam asal, Cara bacaanya adalah Izhar (jelas) menjelaskan Lam Sukun.

MAD Mad adalah bermaksud menambah atau memanjangkan suara pada hurufhuruf Mad atau huruf-huruf Lin. Kadar Mad disebut sebagai Harakat (tempoh), boleh dikadarkan dengan menggunakan jari yang digenggam dan melepaskan satu persatu jari sebagai tanda satu jari satu harakat. Mad terbahagi kepada 2 iaitu Mad Asli & Mad Far'ie.

MAD ASLI (Mad Tabi'e).

Mad Asli bermaksud Asal-tidak terikat dengan sebarang sebab samaada hamzah atau sukun. Mad Asli ialah huruf mad yang didahului oleh huruf berbaris:

Alif sebelumnya berbaris atas. Kadar bacaanya 2 harakat (kadar melepaskan 2 jari) Wau sebelumnya berbaris depan. Kadar bacaan 2 harakat Ya sebelumnya berbaris bawah. Kadar bacaannya 2 harakat

MAD 'IWADH (Ganti). Ianya terjadi apabila berhenti bacaan (Wakaf) pada baris Tanwin fathat (Baris dua) ketika ini baris dua dibaca dengan baris satu dan Mad 2 harakat.

MAD FAR'IE. Mad Far'ie ialah bermaksud tambahan -bergantung dengan suatu sebab dalam pembentukannya. Mad Far'ie mempunyai 2 sebab dalam pembentukannya:

Sebab Maknawi- memanjangkan bacaan kerana penafikan sesuatu secara bersungguh-sungguh. Sebab Lafzi-memanjangkan bacaan disebabkan hamzah dan sukun.

Mad 'Aridh Lil Sukun. Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

Mad Badal. Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Darikata lainnya asalnya terdapat dua hamzah berturut dalam satu kalimah, maka dibuang hamzah kedua Dan diganti dgn huruf mad sesuai dgn baris huruf hamzah pertama. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:

Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

Mad Jaiz Munfashil. Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Rengkasnya huruf mad bertemu huruf hamzah dalam dua kalimah. Kadar harakatnya 4 atau 5 harakat.

Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam Al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam alQuran:

Mad Jaiz Munfashil Haqiqi Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.

Mad Jaiz Munfashil Hukmi Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah.

Keadaan ini berlaku pada dua situasi:

Ya' Al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

Mad Lin. Lin bermakna Lembut/Lunak. Mad Lin terjadi apabila Huruf Lin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.Dinamakan Mad Lin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun. (Huruf Lin-Wau dan Ya)

Mad Silah Qasirah. Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.

Mad Silah Towilah. Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie.

Mad Tamkin. Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun. Kadarnya 2 Harakat.

Mad Tabi'e Harfi Mukhaffaf. Hurufnya ada lima Ya, Ra, Ha Tho & Ha hukum ini terdapat pada awal surah sahaja. Kadarnya adalah 2 Harakat.

Mad Wajib Muttasil. Huruf Mad bertemu huruf Hamzah dalam satu kalimah. Kadarnya adalah 4 atau 5 Harakat sahaja. Dibaca dengan 6 harakat ketika Wakaf (berhenti).

Mad Lazim. Huruf MAD yang disusuli dengan tanda Sukun Asli tetap di dalam bacaan wasal atau wakaf samaada dalam satu kalimah atau harf (sendi nama).

Mad Lazim bermaksud tetap kerana ia harus dibaca dengan 6 Harakat tanpa berubah iaitu disebabkan Sukun dalam wasal atau wakaf. Mad Lazim mengandungi 3 jenis: 1. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Mukhaffaf bermaksud ringan iaitu senang menyebutnya kerana tidak bertasydid dan tidak berdengung. Ianya hanya terdapat pada awal surah sahaja. 2. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Muthaqqal bermaksud berat iaitu susah untuk menyebutnya disebabkan ada tasydid pada sukunnya. terjadi selepas huruf Mad terdapat sabdu dalam satu kalimah. 3. Mad Lazim Harfi Musaqqal. Hukum ini terdapat pada awal surah sahaja. 4. Mad Lazim Kalimi Mukhaffa. Selepas huruf Mad terdapat huruf berbaris mati.

PECAHAN HUKUM HAMZAH Hamzah Qat'ie. Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:

Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).

Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati).

Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan: 1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44. 2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283.

Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie. 1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan. 2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:

Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya. Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya. Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.

Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.

Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:

Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah. Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka iaditulisbersendirian tanpa rumah.

2. Hamzah Wasal. Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah. Tanda: Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja.

QALQALAH Qalqalah ialah bunyi lantunan yang kuat dari makhraj ekoran bacaan huruf bertanda sukun, makhrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktu yang singkat. Huruf nya ialah Zal, Jim, Bha, Tho & Khob. Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian:

1. Qalqalah Sughra. Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah. 2. Qalqalah Kubra. Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu. 3. Qalqalah Akbar.Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

TAFHKIM & TARQIQ. (Tafhkim-Tebal / Tarqiq-Nipis)

Tafhkim & Tarqiq terbahagi kepada 3 Huruf hijaiah

Huruf-huruf Isti'la' iaitu huruf yang sentiasa di TEBALKAN . semasa menyebutnya, sebahagian besar drpd pangkal lidah terangkat ke langit. Sebutannya kasar & tebal. 7 huruf istila iaitu; Ho,Shod, Dhod, Tho, Dho , Khob & Ain. Bacaan huruf yang kadangkala ditebalkan dan dinipiskan mengikut ayat Huruf-huruf Istifal iaitu huruf yang sentiasa dinipiskan selain dari huruf LAM dan RA

TAFHKIM Tafhkim bermaksud bunyi yang Tebal atau Gemuk iaitu KHO, SHOD, DHOD, GHAIN, THO, FA dan DHO. Cara bacaannya apabila huruf Tafhkim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf ALIF dan TIADA ALIF. atau huruf Tafhkim berbaris hadapan, berbaris bawah dan bersukun (MATI).Cara bacaan mengikut tempat iaitu khusu dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafhkim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya ada tiga iaitu Alif, Lam (ALLAH) & Ra selain huruf Istifal (semasa menyebutnya, sebahagian pangkal lidah tidak terangkat ke lelangit iaitu rendah kebawah. Nipis & ringan .Alif, Bha,Tha, Sya, Jim, Ha, Dal, Zhal, Ra, Zai, Sin, Syin, Ain, Fa, Khaf, Lam, Mim, Nun, Wau, Ha, Hamzah & Ya)

Pecahan Hukum RA Ra sentiasa dibaca dengan tebal dalam tiga keadaan:

Jika ia berbaris atas diawal , pertengahan dan akhir kalimah secara wasal (sambung). Jika ia berbaris hadapan. Jika ia berbaris SUKUN dan huruf sebelumnya berbaris diatas atau dibawah.

TARQIQ Ra' Tarqiq Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu: 1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah. 2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang).

3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di hujung kalimah. 4. Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1 5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah. 6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad. 7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin. 8. Ra' yang diimalahkan.

Lam Lafzul Jalalah Tarqiq. Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq (Meringankan dengung) apabila didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Anda mungkin juga menyukai