Anda di halaman 1dari 4

Kuarantin Haiwan

Ahad, 02 November 2008 13:47 administrator

PANDUAN KUARANTIN TERNAKAN


Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat ringkas berkenaan dengan syarat-syarat mengenai kuarantin binatang di Malaysia. Pengimport-pengimport binatang adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tetap sebelum mengimport binatang-binatang atau burung.

Tujuan Kuarantin Binatang Tujuan utama mengkuarantin binatang dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa masuk oleh binatang-binatang yang diimport ke Malaysia. Ini adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan kepentingan binatang-binatang di negara ini. Adalah mustahak bagi mencegah penyakit-penyakit exotik (dimana Malaysia adalah bebas daripada penyakit-penyakit tersebut) di bawa masuk ke Malaysia; misalnya Rabies, Anthrax, Renderpest, Swine Vesicular Disease, African Hore Sickness, Equine Encephalitis, African Swine Fever dan sebagainya. Walaupun binatang-binatang yang diimport biasanya disahkan sihat dan bebas dari penyakit-penyakit berjangkit oleh Penguasa Veterinar di negara eksport tetapi kuarantin masih diperlukan supaya binatang-binatang yang mungkin mengidap penyakit tetapi masih belum menunjukkan tandatandanya, dapat diperiksa dan diawasi semasa menjalani kuarantin. Setengah dari penyakit-penyakit ini memusnahkan penghidupan ternakan seperti penyakit Rinderpest, sementara setengahnya pula menyentuh kesihatan awam seperti Rabies, Anthrax dan Equine Encephalitis.

Penetapan Undang-Undang Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah diberi kuasa di bawah Ordinan Binatang 1953 dan kaedahkaedah binatang 1962 untuk mengenakan kuarantin ke atas binatang atau burung apabila perlu. Kaedah-kaedah Pengimportan Binatang 1962 dan Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan, 1984 dan menyentuh tentang penjagaan dan pengurusan stesen-stesen Kuarantin Binatang Padang Besar, Pelabuhan Klang, Kajang dan Rantau Panjang. Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan perampasan binatang-binatang tersebut dan pengimport di kenakan hukuman.

KEPERLUAN KURANTIN Keperluan kurantin dan tempoh masa tahanan di Pusat Kurantin berbeza dengan jenis ternakan/burung, tujuan diimport dan dari satu negara dengan negara lain. Secara am Ordinan

Haiwan 1953 membezakan negara eksport kepada dua kategori iaitu : 1. Negara Schedule termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire, Ireland Utara , Singapura, Brunei, Jepun dan Sweden. 2. Negara Non-Scheduled selain daripada negara yang di sebut diatas. Haiwan dari negara scheduled di mana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada sebarang wabak penyakit merbahaya , tak perlu di kurantin. Walaubagaimanapun keperluan kurantin tertakluk kepada jenis ternakan dan tujuan ia diimport. Jadual dibawah menunjukan jenis ternakan / burung yang perlu kurantin dan jangkamasa di stesen kurantin : Jangkamasa Jenis Ternakan / Burung Tujuan diimport Kurantin Anjing dan Kucing 7 hari - 30 (dari Negara non-scheduled Sebarang tujuan hari sahaja) Kuda 14 hari * Negara scheduled Sebarang tujuan 30 hari * Negara non-scheduled Lembu, Kerbau, Kambing, 30 hari Bebiri dan babi (Semua Pelihara Penyembelihan 10 hari negara) Burung (semua 10 hari -30 Sebarang tujuan species)(semua negara) hari Nota: Sebelum mengimport sebarang ternakan atau burung ke dalam negara Malaysia, kebenaran mesti diperolehi daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai kuasa mutlak untuk tidak membenarkan masuk sebarang ternakan atau burung ke dalam negara. Semua kebenaran masuk adalah tertakluk kepada keperluan yang telah ditetapkan dalam Animal Importation Order 1962 dan keperluan tambahan boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

PERTANYAAN Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kurantin boleh dirujuk di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau semua Stesen Kuarantin :

Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Malaysia Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62630 Putrajaya Tel: 603 - 8870 2000 Fax: 603 - 8888 6021

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Jalan Sultan Azlan Shah Utara

31400 Ipoh Perak Tel: 605-5459111/122/133 Fax: 605-5482712

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang Bukit Tengah 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang Tel: 604 - 645 1292 / 645 1296 Fax: 604-5084366

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis Km 3, Jalan Utan Aji, 01000 Kangar, Perlis Tel: 604 - 976 1670 / 976 1854 / 976 6561 Fax: 604-976 4531

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang Jalan Seri Kemunting 2 25100 Kuantan Pahang Tel : 609-5132277 Fax: 609-5141498

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Jalan Kebun Teh, 80250 Johor Bahru Tel: 607 - 223 2202 / 223 2204 Fax: 607-223 2599

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Jalan Datok Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah. Tel: 604 - 731 0288 / 733 6097 / 7310533 Fax: 604-7344673

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan PO Box, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Tel: 609- 765 2811 / 765 2545 / 765 4101 Fax: 609-765 1178

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kuala Lumpur Jinjang 52000 Kuala Lumpur Tel : 603-6261683 Fax : 603-6275731

Kuarantin Haiwan
www.jpvpk.gov.my/index.php?...id... - Translate this page 2 Nov 2008 Tujuan utama mengkuarantin binatang dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa ... Anjing dan Kucing ... Lembu, Kerbau, Kambing, Bebiri dan babi (Semua negara), Pelihara Penyembelihan, 30 hari ...

Anda mungkin juga menyukai