Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUAL, D/A JKOA,17600 JELI, KELANTAN.

PERTANDINGAN TANDAS BERSIH SEKOLAH DALAM PPD JELI 2012

Isi Kandungan
Penghargaan Pendahuluan Rasional / Matlamat / Objektif Jawatankuasa Tandas Bersih Pelan Sekolah dan Kedudukan Tandas Bersih Jumlah Tandas Bersih Jadual Pembersihan Usaha Mengujudkan Tandas Bersih Impak Pelaksanaan Program Tandas Bersih Gambar-gambar berkaitan Penutup

Halaman
3 4 4 5 6 6 7 8 8 9 10

Penghargaan Buku Folio Pertandingan Tandas Bersih ini disediakan dengan sempurna dengan adanya kerjasama dari semua pihak. Dengan adanya perancangan untuk pertandingan seperti ini dapat mewujudkan suatu pembaharuan yang mana perancagan ke arah

penambahbaikan dapat dibuat walaupun lokasi tandas tidak begitu strategik dan tanpa lanskap yang menarik. Usaha-usaha pembersihan oleh pekerja-pekerja dilakukan sepanjang masa bagi memastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa digunakan oleh semua warga sekolah bagi melahirkan individu yang sihat dan bersih fizikal, mental dan sahsiahnya. Pihak sekolah juga sentiasa berusaha untuk menerapkan budaya penggunaan tandas yang maksima kepada murid-murid khususnya, kerana dengan cara ini akan mencerminkan gaya hidup yang selesa dan persekitaran yang bersih dan selamat dari segala wabak penyakit. Diharapkan semoga pertandingan seperti ini akan memberikan semangat dan kesedaran kepada warga sekolah dalam usaha mempertingkatkan mutu kebersihan dan keceriaan tandas di sekolah ini.

Pendahuluan Folio Pertandingan Kebersihan Tandas ini disediakan bagi membantu

meningkatkan tahap kebersihan dan menanamkan kesedaran dalam kalangan muridmurid, guru dan warga sekolah dalam usaha ke arah mewujudkan kemudahan tandas yang bersih dan selamat untuk digunakan. Folio ini juga dapat dijadikan panduan dan asas kea rah pemupukan budaya kerja yang berkualiti. Rasional 1. Memastikan keadaan tandas sentiasa diselia dengan baik ,bersih dan ceria. 2. Sebagai panduan kepada semua warga sekolah agar sentiasa menjaga kebersihan tandas dengan sempurna. 3. Persediaan guru dan kesediaan murid adalah faktor asas kepada kejayaan terhadap program yang dirancang. Matlamat Pertandingan Tandas Bersih ini dirancang bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas-tandas yang ada di sekolah ini, yang mana penggunaan tandas yang sistematik dan teratur, secara langsung akan dapat membentuk sahsiah warga sekolah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan terjamin. Objektif 1. Memastikan tandas-tandas sekolah diselia secara berjadual dan teratur agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa digunakan. 2. Melahirkan warga sekolah yang sihat dari segi fizikal, mental dan sahsiah. 3. Memastikan murid dilatih agar sentiasa menggunakan tandas dengan bijak dan cermat. 4. Menyemai sikap cintakan kebersihan dan bertanggungjawab dalam menjaga kemudahan yang disediakan.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TANDAS BERSIH 2012

Penasihat

: Baharuddin b Daud (Guru Besar SK. Sungai Rual)

Pengerusi

: Iswadi b Mustafa (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha

: Mohd Hasrul Hadi b Mat Hanipi (Jawatankuasa 3K)

Guru Penyelia

: En. Hafizi b Mohd Noor (Penyelia Tandas Guru) En. Basri b Abd. Rahman (Penyelia Tandas Murid)

Ahli Jawatankuasa

: En. Saifuddin b Ibrahim (Staf sekolah) En. Mohd Khairul Azwan (Staf sekolah) En. Mohd Nur Hakiman b Mohd Hassan (Staf sekolah)

Pelan Sekolah dan Kedudukan Tandas Bersih


Tandas Bersih TANDAS GURU

MAKMAL KOMPUTER

ASTAKA

PEJABAT

BILIK DARJAH

MEDAN PERHIMPUNAN

BILIK DARJAH

ANJUNG ILMU PSS BILIK BOSS

Tandas Bersih

BILIK GURU

TANDAS MURID

TADIKA KEMAS

Jumlah Tandas Bersih :Tandas Guru Tandas Murid

: 2 buah : 4 buah
6

Jadual Pembersihan Tandas SK Sungai Rual, Tahun 2012

Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis

Tandas Guru En. Saifuddin b Ibrahim En. Mohd Nur Hakiman b Mohd Hassan En. Mohd Khairul Azwan En. Saifuddin b Ibrahim En. Mohd Nur Hakiman b Mohd Hassan

Tandas Murid En. Mohd Khairul Azwan En. Saifuddin b Ibrahim En. Mohd Nur Hakiman b Mohd Hassan En. Mohd Khairul Azwan En. Saifuddin b Ibrahim

Aktiviti-aktiviti Mewujudkan Tandas Bersih


1. Latihan menggunakan tandas dengan cara yang betul bagi murid-murid tahap satu. 2. Pesanan tentang penggunaan dan penjagaan tandas di medan perhimpunan. 3. Pemantauan harian oleh guru bertugas atau jawatankuasa kebersihan tandas sekolah. 4. Kempen Penjagaan Tandas dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah.

Impak Pelaksanaan Program Tandas Bersih


1. Antara kesan daripada pelaksanaan Program Tandas Bersih ialah seperti berikut : 2. Dapat menanam semangat cintakan kebersihan dalam kalangan murid-murid. 3. Murid-murid dapat mengetahui kesan akibat menggunakan tandas yang kotor. 4. Murid-murid dapat menggunakan tandas dengan cara yang betul dan selamat. 5. Sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dapat ditanam di dalam diri murid-murid dan warga sekolah dalam menjaga kemudahan yang disediakan.

Gambar Tandas SK. Sungai Rual Tandas Guru

10

Tandas Pelajar

11

Penutup
Pertandingan Kebersihan Tandas diharapkan agar dapat menanam sikap

bertanggungjawab , menimbulkan kesedaran dan cintakan kebersihan dalam kalangan muridmurid dan warga sekolah. Pertandingan ini juga dilihat sebagai suatu usaha yang murni ke arah mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat. Di samping itu juga daya usaha guru-guru dan staf sekolah dapat dihargai melalui hasil kerja yang ditunjukkan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(MOHD HASRUL HADI B MAT HANIPI) Setiausaha, Unit 3 K, SK Sungai Rual.

(BAHARUDDIN B DAUD) Guru Besar, SK Sungai Rual,

12

Anda mungkin juga menyukai