Anda di halaman 1dari 13

HAKCIPTA TERPELIHARA 2013

PETUA EMAS IKLAN FACEBOOK


CEPAT APPROVE!
-PART 1-

Oleh: Khairi Hafizi

2 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PENGENALAN
Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca
laporan ringkas yang saya hasilkan berdasarkan pengalaman saya
menggunakan fb ads selama beberapa bulan ini. Memang tak
dapat dinafikan lagi, FB ads merupakan satu platform
pengiklanan terbaik selain Google Adwords bagi usahawan
internet yang ingin mempromosikan produk mereka sama ada
dalam atau luar negara. Dengan hanya beberapa klik, iklan
mereka sudah terpapar di sisi kanan laman sosial Facebook dan
boleh dilihat oleh berjuta pengguna laman sosial itu.
Namun, ramai juga di antara mereka yang
terkandas/gagal/lambat dalam proses mendapatkan
kelulusan(approval) daripada Facebook ketika menghantar iklan
untuk direview. Mengapa hal ini terjadi? Itulah persoalan yang
akan saya kupas dalam laporan ini bagi membantu anda
mendapatkan kelulusan secepat yang mungkin daripada
Facebook.

3 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PETUA 1
DOMAIN ANDA
Salah satu faktor yang menyebabkan iklan Facebook anda
lambat mendapat kelulusan adalah disebabkan domain anda.
Mengikut pengalaman saya, penggunaan domain atau landing
page selain daripada Facebook fanpage mengundang
kemungkinan untuk iklan anda lambat mendapat kelulusan
daripada Facebook atau mungkin iklan anda tidak diluluskan
langsung. Jika anda masih ingin menggunakan domain anda
sendiri, adalah sebaik-baiknya menggunakan domain yang
mempunyai nama anda contohnya jika nama anda Ahmad,
pastikan anda mempunyai domain www.ahmad.com kerana ini
akan meyakinkan Facebook bahawa landing page tersebut bukan
hak milik orang lain.
Elakkan menggunakan domain yang sensitif iaitu domain
yang mempunyai perkataan seperti Scam atau Get Rich Quick
kerana Facebook sangat sensitif terhadap iklan-iklan yang
menawarkan sesuatu pulangan dalam jangka masa yang singkat.
Jika anda mempunyai domain seperti www.scamwebinar.com,
kemungkinan iklan anda tidak diluluskan adalah sangat tinggi.
Oleh itu, berhati-hati dan buat penilaian terhadap domain anda
terlebih dahulu sebelum menghantar iklan kepada Facebook.

4 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PETUA 2
MASA IKLAN
Mungkin anda pernah melalui situasi di mana iklan yang
dihantar masih belum mendapat kelulusan atau approval dari
Facebook walaupun sudah beberapa hari dihantar. Saya juga
pernah mengalami situasi yang sama seperti anda. Setelah saya
buat sedikit kaji selidik, saya mendapati ada satu masalah yang
saya hadapi iaitu MASA IKLAN DIHANTAR !

Bagi mengesahkan teori saya ini, saya membuat DUA iklan
yang sama namun dihantar dalam DUA waktu yang berbeza. Satu
iklan dihantar pada hari Sabtu manakala satu lagi dihantar pada
pagi Isnin(2 hari selepas iklan pertama dihantar). Apa yang
memeranjatkan saya adalah iklan kedua yang dihantar pada pagi
Isnin tersebut telah mendapat kelulusan terlebih dahulu
berbanding iklan yang pertama(dihantar pada hari Sabtu).
Mengapa?
5 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

Lantas, saya membuat sedikit pencarian di enjin carian
Google mengenai masa iklan yang sesuai untuk dihantar bagi
iklan Facebook(FB Ads). Ya! Teori saya memang betul. Beberapa
orang pakar FB Ads menyarankan kepada sesiapa yang ingin
menghantar iklan sebaik-baiknya menghantar pada hari selain
hari minggu kerana pada hari tersebut kebanyakan kakitangan
Facebook tidak bekerja secara serius. Ini akan menyebabkan
iklan anda mendapat status pending review dan mengambil
masa yang lama untuk diluluskan.

6 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PETUA 3
GAMBAR IKLAN
Selain daripada 2 faktor yang saya sebutkan di atas,
terdapat satu lagi faktor lain yang tidak kurang pentingnya
dalam menentukan tempoh untuk iklan diluluskan(atau tidak
diluluskan) iaitu GAMBAR iklan anda ! Bukan itu sahaja,
kebanyakan pakar FB Ads merumuskan bahawa gambar iklan
menyumbang kepada 70% kejayaan iklan anda.
Salah satu ciri-ciri iklan yang tidak diluluskan atau mungkin
mengalami sedikit kelewatan untuk proses approval adalah
gambar yang mengelirukan. Apa yang saya maksudkan dengan
mengelirukan?
Contohnya jika produk yang anda jual adalah kasut namun
bagi menarik perhatian pengguna Facebook, anda meletak
gambar seorang wanita cantik sedang mandi di pantai. Tak
masuk akal, bukan? Perkara ini perlu dielak kerana ia
menyebabkan pengguna keliru tentang produk yang anda
iklankan. Facebook sangat mengambil berat akan perkara ini
demi menjaga nama baik laman sosial yang kian popular itu.
Mengikut pengalaman saya menggunakan FB Ads, anda
tidak perlu menggunakan gambar sedemikian rupa(lucah/porno)
demi menarik perhatian pengguna dan menaikkan Click Through
Rate (CTR) iklan anda. Ciri-ciri gambar iklan yang bagus adalah:


7 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!



Gambar yang mempunyai warna yang terang. Elakkan
guna warna yang tenggelam seperti putih.
Jika foto iklan berwarna cerah, sebaik-baiknya,
letakkan border pada gambar anda dengan warna
yang terang seperti merah.(Lihat Rajah 1)
Dari pengalaman saya, menggunakan foto emosi
positif seperti seseorang yang sedang senyum
memberi result yang memberangsangkan! (Lihat
Rajah 2)
Gunakan simbol seperti arrow yang merangsang
audience untuk klik pada iklan anda.(Lihat Rajah 3)







8 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!


Rajah 1: Foto yang mempunyai border


Rajah 2 : Gambar emosi positif seperti senyuman


Rajah 3 : Penggunaan simbol seperti arrow
9 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PETUA 4
KANDUNGAN IKLAN
Selain gambar, kandungan iklan juga memainkan peranan
yang penting dalam menentukan tempoh iklan anda
diluluskan(approve) oleh Facebook. Deskripsi iklan yang
terlampau hiperbola akan menyebabkan iklan anda tidak
diluluskan atau mengambil masa yang lama untuk diluluskan.
Contoh iklan yang hiperbola adalah seperti:
Klik sini kalau nak jadi kaya cepat..
ATAU
Berat anda akan berkurang dalam tempoh 24 jam!
Adakah masuk akal jika audience klik pada iklan anda dan
mereka akan terus menjadi kaya-raya? Atau dengan produk
anda, ia mampu mengurangkan berat badan dalam tempoh 24
jam? Elakkan iklan yang tidak logik sebegini.
Saranan saya, letakkan deskripsi iklan yang ringkas dan
padat contohnya seperti:
Ingin pelajari teknik jana wang yang menguntungkan?Klik
sini !
ATAU
Malu dengan ejekan rakan-rakan terhadap anda yang
berbadan besar?Klik sini

10 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PETUA 5
LANDING PAGE
Jika pada landing page anda terdapat satu opt-in form yang
menyuruh audience memasukkan email dan nama mereka, kemungkinan
untuk Facebook membatalkan iklan anda adalah sangat tinggi. Seperti
yang pernah saya sebutkan sebelum ini, Facebook sangat mengambil
berat akan pengguna mereka dan dikhuatiri dengan adanya opt-in form
pada landing page anda akan menyebabkan berlakunya aktiviti spamming,
iaitu aktiviti penghantaran emel secara pukal tanpa kebenaran pemilik
emel setelah mereka memasukkan emel mereka pada opt-in form
tersebut.

Contoh opt-in form
11 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu nyatakan secara jelas apa
yang akan anda lakukan dengan emel tersebut. Sebagai contoh:
Masukkan nama dan emel anda bagi menerima newsletter dari
kami secara percuma. Maklumat anda merupakan maklumat sulit yang
tidak akan didedahkan kepada sesiapa.
Walau bagaimana pun, jika iklan anda masih tidak diluluskan
setelah menyatakan secara terperinci mengenai opt-in form tersebut,
jangan berputus asa. Lakukan sedikit perubahan pada ayat dan cuba
hantar di lain waktu kerana proses approval iklan Facebook dilakukan
oleh ribuan staff laman sosial itu. Ini bermakna, jika hari ini iklan anda
tidak mendapat kelulusan, tidak bermakna ia tidak diluluskan selama-
lamanya. Di lain masa, mungkin staff lain pula yang akan review iklan
anda. Ia merupakan satu proses yang dilakukan secara manual dan sangat
subjektif.








12 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

PENUTUP

Ilmu berkenaan FB Ads sangat luas. Kadang-kadang, anda
perlu melakukan try and error sebelum mendapat hasil yang
memberangsangkan. Namun, kesilapan dalam menghasilkan
iklan yang berkualiti akan menyebabkan iklan anda tidak
mendapat kelulusan untuk dipaparkan di laman sosial yang kian
popular itu.
Semoga dengan petua yang saya hasilkan berdasarkan
pengalaman saya menggunakan FB Ads ini dapat membantu
melancarkan proses anda mengiklankan produk anda di
Facebook. Ingat, sebijak-bijak manusia adalah manusia yang
belajar dari kesilapan orang lain.
Sekian, wassalam.

Salam kejayaan dari saya,
Khairi Hafizi
Penulis | Blogger | Usahawan Internet


13 PETUA EMAS IKLAN FB CEPAT APPROVE!

IKLAN
Dapatkan Rahsia Resume Superstar Dibongkar + 4 bonus
percuma dengan harga yang SUPER MURAH !

Layari www.panduanresume.com SEKARANG !
Nak jadi affiliate untuk eBook ini?
[DAFTAR SINI]
Komisyen sehingga 50% + Bonus sehingga RM2000 !
[LIHAT BONUS SINI]

Anda mungkin juga menyukai