Anda di halaman 1dari 1

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai

keadaan sebenar yang memerlukan pelajar beriteraksi sesama sendiri


berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan dalam
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, pelajar
dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting. Dalam proses ini, pelajar digalakkan untuk memberikan pendapat,
cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberikan peluang
kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini,
pelbagai kemahiran dapat digabung jalin dan dipertingkatkan terutamanya
dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Anda mungkin juga menyukai