Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

JALAN BATU TIGA LAMA


40300, SHAH ALAM
SELANGOR
LAPORAN PASCA KEGIATAN
SEMANGAT BAKTI MENGGAMIT JANNAH
TARIKH:
7 APRIL 2015 (SELASA)

TEMPAT:
MASJID JAMEK FASTABIQUL KHOIRAT, BATU TIGA,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR

1.0

PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
untuk mengadakan satu aktiviti atau program yang bersesuaian dengan
modul Program Jati Diri Kolej Vokasional, pelajar Pengurusan Perniagaan /
Diploma Tahun 1, Kolej Vokasional Shah Alam bersetuju untuk mengadakan
sebuah khidmat komuniti iaitu gotong-royong membersihkan Masjid Jamek
Fastabiqul Khoirat yang terletak di BatuTiga, 40150 Shah Alam, Selangor.
Setelah mendapat persetujuan daripada pensyarah penasihat kami iaitu
Puan Noryani Binti Nordin, kami sebulat suara bersependapat bahawa
program ini akan dapat memenuhi kehendak modul kami, selain daripada
memupuk nilai moral yang positif dalam kalangan kami.
Masjid Jamek Fastabiqul Khoirat menjadi lokasi pilihan kami kerana masjid
merupakan sebuah pusat komuniti di mana para muslimin dan muslimat
dapat bersosial sambil beribadah bersama.
Selain itu, masjid juga merupakan sebuah institusi awam di mana pelbagai
lapisan masyarakat Islam tanpa mengira umur dan jantina dapat
menjalankan pelbagai ibadah serta riadah.
Oleh yang demikian, selain daripada memenuhi kehendak modul kami juga
berharap program ini dapat memenuh hasrat masyarakat setempat iaitu
dapat menggunakan kemudahan masjid ini dalam tempoh jangka masa
yang panjang dengan kebersihan yang terjamin.

2.0

MATLAMAT PROGRAM
Program di dalam masjid. Selain daripada itu, program ini diharap dapat
memberikan keselesaan yang lebih kepada penduduk setempat yang
menggunakan Masjid Jamek Fastabiqul Khoirat ini.

3.0

OBJEKTIF
Melalui program amali ini, pelajar dapat:
Mengeratkan hubugan silaturahim.
Dapat mengamalkan amal jariah.
Memberi pengalaman baru.
Mendedahkan para pelajar kepada komuniti luar.
Dapat memahami erti kerjasama.
Untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

4.0

MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program
: Semangat Bakti Menggamit Jannah
Tarikh
: 7 April 2014
Hari
: Selasa
Masa
: 2 5 Petang
Tempat
: Masjid Jamek Fastabiqul Khoirat, Shah Alam,

5.0

Selangor
Jumlah Pelajar
: 34 Orang
Guru Pengiring
: Seorang
Aktiviti
: Membersihkan kawasan luar dan dalam masjid

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat

: Puan Noryani binti Nordin

Pengerusi

: Zainur Miezan bin Noriman

Naib Pengerusi

: Nurfee Haffifa binti Mohd Hasni

Setiausaha : Syakilla Suffiya binti Mohamad Firdaus


Bendahari

: Nurul Atiqa binti Abd Halim

Dokumentasi

: Naqiyah binti Azizan

Jurufoto

: Anis Nabila binti Hishamuddin

AJK

: Nor Amirawatty binti Jeffrey


: Nur Atikah binti Mior Zahidi
: Nurul Jannah Lutfiyah binti Saiful Bahri

6.0

PERANCANGAN KERJA
Program ini akan dijalankan pada 7 April 2015 pada pukul 2 5 petang
pada waktu pembelajaran Program Jati Diri Kolej Vokasional. Perancangan

kerja telah dilakukan sepanjang program ini dijalankan. Berikut merupakan


perancangan kerja sepanjang program ini dijalankan:

Sebelum program

Mengadakan mesyuarat bersama rakan sekelas.


Pelantikan ahli jawatankuasa.
Perbincangan tempat, tarikh dan masa program.
Perbincangan nama program.
Pembahagian tugas.
Membuat kertas kerja, surat kebenaran.
Menguruskan pengangkutan.

Semasa program
Tarikh
Hari

: 7 April 2015
: Selasa

Tempat : Masjid Jamek Fastabiqul Khoirat


Pelajar kursus Pengurusan Perniagaan / Diploma Tahun 1 akan bergerak
selepas solat Zohor.
2: 00 Petang
2:30 Petang :
2:45 Petang :
3:00 Petang :
5:00 Petang :

:Pelajar berkumpul di garaj bas.


Bergerak ke Masjid Jamek Fastabiqul Khoirat
Tiba di perkarangan masjid.
Pembahagian kumpulan dan tugas.
Pulang ke kolej.

Selepas program

Membuat laporan program.


Membuat dokumentasi program.

7.0

STRATEGI PELAKSANAAN
7.1
Membuat Kertas Cadangan.
7.2
Bertemu dengan wakil Masjid Jamek Fastabiqul Khoirat.
7.3
Menyediakan borang kebenaran.
7.4
Menempah pengangkutan bas Kolej Vokasional Shah Alam.
7.5
Menjalankan program.
7.6
Membuat laporan.

8.0

BELANJAWAN

BIL

PERKARA

Pengangkutan bas

Cenderahati
JUMLAH KESELURUHAN

9.0

KUANTITI
RM 2 x 34
orang
RM 20 2
orang

JUMLAH
(RM)
68
40
108

PENUTUP
Diharap program ini dapat dijalankan dengan jayanya serta memenuhi
piawaian pemarkahan bagi Modul Insaniah Program Jati Diri Kolej
Vokasional Shah Alam. Segala kerjasama tuan amatlah diharapkan agar
program ini dapat dilaksanakan.

Disediakan oleh:

________________________________
(Naqiyah binti Azizan)
Dokumentasi
Pengurusan Perniagaan Diploma Tahun 1
Disemak oleh:

_________________________________
( Puan Noryani Binti Nordin)
Pensyarah
Program Jati Diri Kolej Vokasional
Disahkan oleh:

_________________________________
(Tuan Ahmad Jamalullai Bin Kamaruzzaman)
Pengarah
Kolej Vokasional Shah Alam.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai