Anda di halaman 1dari 14

Modul Bacaan Tahun 4

Arahan: Baca petikan dan isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1) Diri saya
Nama saya Hemanathan. Saya dilahirkan pada 31 Januari 1996. Kini, saya berusia
12 tahun. Saya merupakan anak bongsu dalam sebuah keluarga yang sederhana. Saya
mempunyai seorang abang dan dua orang kakak.
Bapa saya seorang mekanik. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya amat
menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga
sederhana, tetapi bahagia.
Sekarang saya belajar dalam tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Desa
Cempaka. Saya pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Setiap hari saya
membawa bekal yang disediakan oleh ibu ke sekolah.
Pada masa lapang, saya suka memancing. Selain itu, saya juga suka mendengar
radio dan membaca buku. Saya tidak suka membazir masa dan dengan melakukan
perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Saya bercita-cita menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya harus rajin
belajar selalu supaya tidak menyesal kemudian hari.

1) Diri saya
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


Nama saya _________________. Saya dilahirkan pada _________________.
Kini, saya berusia _________________. Saya merupakan anak bongsu dalam
sebuah keluarga yang sederhana. Saya mempunyai seorang abang dan dua orang
kakak.
Bapa saya seorang____________. Ibu saya pula seorang tukang jahit. Saya
amat menyayangi mereka. Saya berasa amat bertuah kerana dilahirkan dalam
keluarga sederhana, tetapi bahagia.
Sekarang

saya

belajar

__________________________.

Saya

dalam
pergi

___________
ke

sekolah

di
dengan

___________________. Setiap hari saya membawa bekal yang disediakan oleh ibu
ke sekolah.
Pada masa lapang, saya suka _________________. Selain itu, saya juga
suka mendengar ____________ dan _____________. Saya tidak suka membazir
masa dan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Saya _________________ menjadi peguam yang bertauliah. Oleh itu, saya
harus rajin belajar selalu supaya tidak menyesal kemudian hari

2) Ayah saya
Nama saya Thiban. Saya mempunyai seorang ayah. Nama ayah saya ialah
Suman a/l Arvin. Umur ayah saya 39 tahun. Ayah saya mempunyai lima orang adik
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


beradik. Ayah saya anak yang ketiga. Ayah saya seorang guru. Ayah saya seorang
yang penyayang. Ayah selalu bergurau dengan saya dan adik-adik saya. Hobi ayah
saya pula ialah menulis buku. Ayah saya banyak menulis buku cerita. Saya sayang
akan ayah saya.

2) Ayah saya
Nama saya _______________. Saya mempunyai seorang ayah. Nama ayah
saya ialah __________________. Umur ayah saya ________________. Ayah
saya mempunyai lima orang adik beradik. Ayah saya anak yang ketiga. Ayah saya
__________________. Ayah saya seorang yang penyayang. Ayah selalu bergurau
dengan

saya

dan

adik-adik

saya.

__________

ayah

saya

pula

ialah

_________________. Ayah saya banyak menulis _______________. Saya


_______________ akan ayah saya.

3) Kawan baik saya


Nama saya Loshini. Saya mempunyai seorang kawan baik. Marina ialah kawan
baik saya. Rambutnya panjang dan kulitnya cerah. Kami belajar di kelas yang sama.
Marina tinggal di Taman Sejahtera. Dia ada empat orang adik-beradik. Dia anak
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


yang kedua. Bapa Marina bekerja sebagai ahli bomba. Ibu Marina pula seorang suri
rumah. Saya suka berkawan dengan Marina. Dia rajin dan baik hati. Dia peramah dan
tidak sombong. Kami selalu belajar bersama-sama.

3) Kawan baik saya


__________ saya Ros. Saya _______________ seorang kawan baik.
_____________ ialah kawan baik saya. Rambutnya ______________ dan kulitnya
_____________.

Kami

belajar

di

kelas

yang

sama.

Marina

tinggal

di

___________________. Dia ada empat orang adik-beradik. Dia anak yang kedua.
Bapa Marina bekerja sebagai ________________. Ibu Marina pula seorang
_______________.

Saya

suka

berkawan

dengan

Marina.

Dia

________________________. Dia peramah dan tidak sombong. Kami selalu


belajar bersama-sama.

4) Guru kelas saya


Nama saya Rahulraj . Nama guru kelas saya ialah Cikgu Dhanasegaran. Beliau
berbangsa cina dan berumur 40 tahun. Beliau seorang yang tinggi. Beliau mengajar
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau seorang guru yang tegas tetapi baik hati.
Beliau sangat mengambil berat akan pelajaran murid-muridnya. Saya sangat
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


menghormati Cikgu Dhana. Saya selalu memberikan perhatian semasa beliau
mengajar di dalam kelas.
4) Guru kelas saya
Nama

saya

____________

Nama

guru

kelas

saya

ialah

Cikgu

_________________. Beliau berbangsa cina dan berumur 40 tahun. Beliau seorang


yang tinggi. Beliau mengajar mata pelajaran _______________________. Beliau
seorang guru yang tegas tetapi baik hati. _______________ sangat mengambil
berat

akan

pelajaran

murid-muridnya.

Saya

sangat

menghormati

Cikgu

Dhanasegaran. Saya selalu _____________________ semasa beliau mengajar di


dalam kelas.

5) Datuk saya
Nama saya Mathyvani. Saya mempunyai seorang datuk. Nama datuk saya ialah
Encik Ramasamy. Umur datuk saya ialah 60 tahun. Datuk saya seorang pesara guru.
Dia tinggal dengan nenek saya di kampung Buluh Kasap. Rambut datuk saya sudah
beruban, tetapi beliau masih sihat dan kuat. Datuk saya seorang yang penyayang.
Beliau selalu menasihati saya supaya rajin belajar. Saya sayang akan datuk saya.
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4

5) Datuk saya
Nama saya _________________. Saya mempunyai seorang datuk. Nama
datuk

saya

ialah

_________________.

Umur

datuk

saya

ialah

_________________. Datuk saya seorang pesara guru. Beliau tinggal dengan


nenek

saya

di

kampung

Buluh

Kasap.

Rambut

datuk

saya

sudah

________________, tetapi dia masih sihat dan kuat. Datuk saya seorang yang
________________. Dia selalu menasihati saya supaya rajin belajar. Saya sayang
akan datuk saya.

6) Nenek saya
Nama saya Roslan. Saya mempunyai seorang nenek. Nama nenek saya ialah
Fatimah binti Ibrahim. Umur nenek saya 55 tahun. Nenek saya seorang suri rumah.
Beliau tinggal dengan datuk saya. Nenek saya pandai menjahit. Beliau menjahit baju
kurung dan alas meja. Jahitannya kemas dan cantik. Nenek saya juga seorang yang
penyayang. Nenek selalu menasihati saya supaya berbuat baik. Saya sayang akan
nenek saya.

Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4

6) Nenek saya
Nama saya ____________________. Saya mempunyai seorang nenek. Nama
nenek saya ialah Fatimah binti Ibrahim. ____________ nenek saya 55 tahun.
Nenek saya seorang ___________________. Dia tinggal dengan datuk saya.
Nenek saya pandai ____________. Dia menjahit __________________ dan
_______________. Jahitannya kemas dan cantik. Nenek saya juga seorang yang
_______________. Nenek selalu menasihati saya supaya berbuat baik. Saya
sayang akan nenek saya.

7) Ibu Saya
Setiap orang di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga dengan saya.
Nama saya Aidah. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya sekarang
ialah 32 tahun. Beliau dilahirkan di kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal
13 Februari 1970 beliau dilahirkan.
Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama
enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota
Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya cemerlang telah melayakkannya
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


menempatkan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada tahun 1990,
bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Durian
Guling, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1996 hingga sekarang, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri
Serdang. Ibulah insan yang melahir dan membesarkan saya dan adik-adik sejak
kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Ibu saya seorang yang
lemah- lembut dan penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas pulang
mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan
kemarahannya.
Saya merasakan amat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan amat
memahami. Akan kukenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah ratu
hatiku.

7) Ibu Saya
Setiap manusia di dunia ini mempunyai __________________. Begitu juga
dengan

saya.

Nama

saya

____________.

Ibu

saya

bernama

__________________. _________________ sekarang ialah 32 tahun. Beliau


dilahirkan di kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13 Februari 1970
beliau dilahirkan.
Ibu saya mendapat ________________ di Sekolah Kebangsaan Air Tawar
selama enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah
Kota Tinggi selama ________________. Keputusan peperiksaannya cemerlang
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


telah

melayakkannya

menempatkan

diri

di

____________________________________. Pada tahun 1990, bermulalah


kerjaya beliau sebagai seorang _______________di Sekolah Kebangsaan Durian
Guling, Kuala Terengganu.
Pada

tahun

1996

hingga

sekarang,

ibu

bertugas

di

_______________________. Ibulah insan yang melahir dan membesarkan saya


dan adik-adik sejak kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Ibu
saya

seorang

yang

________________________.

Walaupun

beliau

dalam

kepenatan selepas pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami
tempat melepaskan kemarahannya.
Saya merasakan _____________________ memiliki seorang ibu yang
penyayang dan amat memahami. Akan kukenang dan hargai jasamu ibu sepanjang
hayatku. Engkaulah __________________.

8) Kakak saya
Nama saya Yati. Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Mazni binti
Hashim. Dia berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 31 Oktober 1980 di Hospital
Besar Kota Kinabalu.
Kakak saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Labawang.
Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sri Medan selama 5
tahun. Kakak saya seorang yang pintar. Dia telah dipilih sebagai pelajar terbaik di
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

Modul Bacaan Tahun 4


sekolahnya dan telah berjaya ke menara gading pada tahun 1998. Kini dia masih
menyambung pendidikannya di Universiti Malaya dalam jurusan bahasa peringkat
Sarjana Muda.
Kakak saya bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang pensyarah suatu
hari nanti. Sifat yang paling saya suka pada dirinya ialah dia seorang yang baik hati,
tegas dan penyayang. Apabila dia lama tidak pulang ke kampung, kami akan
merinduinya. Telefonlah yang menjadi penghubung melepaskan kerinduan. Kakak
saya selalu memberi nasihat kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar
dapat mengikut jejak langkahnya.
Semua keluarga menyenangi dan menyayangi kakak kerana sikapnya yang baik
hati, tidak sombong, dan ringan tulang. Saya senang mendampinginya.
8) Kakak saya
Nama

saya

_________________.

Saya

mempunyai

seorang

________________yang bernama Mazni binti Hashim. Dia berumur 22 tahun dan


dilahirkan pada 31 Oktober 1980 di __________________________.
Kakak saya ____________________________ di Sekolah Kebangsaan
Labawang. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sri Medan
selama 5 tahun. Kakak saya seorang yang __________________. Dia telah dipilih
sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dan telah berjaya ke menara gading pada
tahun 1998. Kini dia masih ____________________ di Universiti Malaya dalam
jurusan bahasa peringkat Sarjana Muda.
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

10

Modul Bacaan Tahun 4

Kakak saya _________________ tinggi. Dia ingin menjadi seorang


pensyarah suatu hari nanti. _____________ yang paling saya suka pada dirinya
ialah dia seorang yang baik hati, tegas dan penyayang. Apabila dia lama tidak pulang
ke kampung, kami akan merinduinya. Telefonlah yang menjadi penghubung
melepaskan kerinduan. Kakak saya selalu ________________ kepada saya supaya
belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkahnya.
Semua keluarga menyenangi dan menyayangi kakak kerana sikapnya yang
_____________,

tidak

sombong,

dan

______________. Saya

senang

mendampinginya.

9) Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun


Pak Cik Man seorang tukang kebun. Beliau berkhidmat di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Sin Min sejak berusia 24 tahun. Kini usianya telah mencecah 50
tahun.
Pagi-pagi lagi Pak Cik Man sudah sampai di sekolah. Di sekolah beliau akan
memulakan tugasnya dengan membuka kunci-kunci pagar, pejabat, bilik guru, dan
kelas. Selepas itu, beliau akan menyiram pokok-pokok bunga.
Walaupun Pak Cik Man telah lanjut usia, tetapi beliau masih lagi kuat bekerja.
Mengikut kata seorang kerani di sini, beliau jarang sekali mengambil cuti sepanjang
perkhidmatannya.
Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

11

Modul Bacaan Tahun 4

Walaupun tugasnya telah selesai, saya jarang sekali melihat Pak Cik Man
berehat. Kadang-kadang beliau bertukang membetulkan kerusi dan meja yang rosak.
Ada masanya dia mengecat dinding-dinding sekolah yang kotor. Selain itu, Pak Cik
Man juga suka berbual-bual dengan kami. Malah, beliau selalu menasihatkan kami
agar belajar rajin-rajin.
Kami bangga mempunyai seorang tukang kebun yang rajin. Murid-murid juga
senang dengan sikap Pak Cik Man. Kami berharap Pak Cik Man akan terus
berkhidmat di sekolah ini sehingga bersara.

9) Pak Cik Man Seorang Tukang Kebun.


Pak Cik Man seorang ___________________. Dia berkhidmat di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Sin Min sejak berusia 24 tahun. Kini __________ telah
mencecah 50 tahun.
Pagi-pagi lagi Pak Cik Man sudah sampai di sekolah. Di sekolah dia akan
______________ dengan membuka kunci-kunci pagar, pejabat, bilik guru, dan
kelas. Selepas itu, dia akan _____________________.
Walaupun Pak Cik Man telah ____________, tetapi beliau masih lagi
__________ bekerja. Mengikut kata seorang kerani di sini, beliau jarang sekali
mengambil cuti sepanjang perkhidmatannya.

Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

12

Modul Bacaan Tahun 4


Walaupun tugasnya telah selesai, saya jarang sekali melihat Pak Cik Man
berehat. Kadang-kadang beliau ______________ membetulkan kerusi dan meja
yang rosak. Ada masanya dia ___________dinding-dinding sekolah yang kotor.
Selain itu, Pak Cik Man juga suka _____________ dengan kami. Malah, dia selalu
menasihatkan kami agar belajar rajin-rajin.
Kami bangga mempunyai seorang tukang kebun yang rajin. Murid-murid juga
senang dengan sikap Pak Cik Man. Kami berharap Pak Cik Man akan terus
_______________ di sekolah ini sehingga bersara.

10) Hijjas Kasturi


Hijjas Kasturi merupakan arkitek yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan
pada 26 September 1936 di Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej
Raffles dan melanjutkan pengajian di Universiti Adelaide dan Universiti Melbourne,
Australia.
Hijjas memulakan kerjayanya sebagai arkitek pada tahun 1956. Pada tahun
1977, beliau telah menubuhkan Hijjas Kasturi Associates.
Beliau bergiat cergas dalam bidang seni bina di Malaysia dan menjadi ahli
korporat yang berjaya. Reka bentuk bangunan yang diilhamkannya unik dan menarik.
Antaranya bangunan Tabung Haji, Menara Alor Setar, Menara Telekom dan Pusat
Konvensyen Putrajaya.

Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

13

Modul Bacaan Tahun 4

10) Hijjas Kasturi


Hijjas Kasturi merupakan ________________ yang terkenal di Malaysia.
Beliau _____________ pada 26 September 1936 di Singapura. Beliau mendapat
pendidikan awal di Kolej Raffles dan _________________ di Universiti Adelaide
dan Universiti Melbourne, Australia.
Hijjas memulakan _________________ sebagai arkitek pada tahun 1956.
Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan __________________________.
Beliau ________________ cergas dalam ______________________ di
Malaysia dan menjadi ahli korporat yang berjaya. ________________ bangunan
yang diilhamkannya unik dan menarik. Antaranya bangunan _________________,
Menara Alor Setar, ____________________ dan Pusat Konvensyen Putrajaya.

Disediakan Oleh : Pn. K.Kasthuri (Guru BM)

14

Anda mungkin juga menyukai