Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK BUANG KHADAM/SAKA

Membuang khadam2 dan penjaga ni bukan perkara mudah iaitu membaca ruqyah atau serapah atau
rendam air yasin terus hilang kerana jika khadam itu dari sheikh atau wali di kalangan jin, mereka
sangat sinonim dan sudah terbiasa dengan getaran ayat al-quran. Prinsip khadam pada barangan:

a ) Khadam tak semestinya duduk dalam barangan tersebut.

b ) Khadam yang diikat atau di paksa duduk dalam barangan tersebut.

c ) Khadam yang datang menyibuk bila ada barangan mistik yang sudah kosong.

d ) Khadam berupa SAKA yang mendiami barangan.

)٦( ‫ِير‬
ِ ‫ب ٱل َّسع‬ ۡ َ‫إِنَّ ٱل َّش ۡي َط ٰـ َن لَ ُكمۡ َع ُد ۬وٌّ َفٱ َّتخ ُِذوهُ َعد ـًًُّو ۚا إِ َّن َما َي ۡدعُو ْا ح ِۡز َب ُه ۥ لِ َي ُكو ُنو ْا م ِۡن أ‬
ِ ‫ص َح ٰـ‬

Al fathir 35:5

"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi
tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk
Neraka."

Kaedah

1) Solat hajat 2 raka'at kerana Allah Taala. Raka'at pertama baca ayat kursiy, raka'at kedua baca
surah ketiga-tiga ayat 3 qul yakni an-nas, al-falaq dan al-ikhlas. Selesai solat, wirid la ilaha illallah
seberapa banyak yang mungkin dan akhir sekali baca al-fatihah 21 kali. Kemudia berdoa yakni Doa
Pengisytiharan contohnya:

"bahawasanya Ya Allah, saya tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mahupun khadam yang
berada bersama saya dan harta benda saya. Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan
dan kepadaMu jua aku kembali."

2) Pengumuman. Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan berkhadam sentiasa
berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang seperti ini, maka kalau nak tolong pun sudah
tidak boleh kerana diri sendiri yang berhajat. Cara buat declaration/ pengumuman berikut dengan
suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman
bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan
kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang
diwariskan/diberikan/diijazahkan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu
kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu
akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke
penempatan serambi madinah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami
membuang kamu."

3) Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat/dipasung pada barang tersebut. Ambil kayu/besi
sebatang dan garis-gariskan di barang tersebut sambil membaca surah Al-Fath 1-3, al-Furqan 23 dan
ayat bismillah 5. Niatkan untuk membuka kunci ikatan.

Ayat Bismillah 5

Surah Al-Furqan : 23

Surah al-Fath: 1-3

4) Baca ayat surah al-naml ayat 30-31 dan tiup di tapak tangan. Kemudian buat isyarat mengambil
sesuatu dari badan/barang dan buang. Sebut Allahu akbar.

5) Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,

a) Jin/khadam akan keluar dan pergi ke serambi madinah. Atau

b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau

c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau

d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.

5) Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan
jadi mudah selepas membuat pengumuman. InsyaAllah.

Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.

Anda mungkin juga menyukai