SOALAN Apakah yang kita gunakan untuk menjaga kebersihan rambut?
Berapa gelas airkah yang perlu diminum oleh
seseorang dalam sehari? Apakah yang perlu dilakukan sebelum menyediakan makanan? Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit selesema? Apakah kumpulan makanan yang terletak dibahagian paling atas dalam piramid makanan? Apakah yang akan berlaku kepada seseorang itu jika mengalami berat badan yang berlebihan? Apakah benda yang digunakan untuk membersihkan gigi? Apakah makanan yang tidak elok untuk kesihatan? Berapa lamakah masa yang kita perlukan untuk melakukan senaman? Apakah kesan penyalahgunaan dadah? Apakah contoh makanan yang mengandungi karbohidrat? Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorang itu menghidap penyakit taun? Jika kita sakit gigi, siapakah orang yang akan kita jumpa? Mengapakah kita perlu menutup makanan yang telah dimasak dengan tudung saji? Apakah yang akan berlaku sekiranya persekitaran kita kotor? Berikan 3 contoh makanan yang mengandungi lemak. Bagaimanakah penyakit AIDS berjangkit? Jika seseorang itu mengalami demam kuat yang mengejut, pening, dan sakit pada bahagian tulang dan badan, apakah penyakit yang dihidapinya? Apakah yang perlu dilakukan sekiranya salah seorang ahli keluarga anda demam panas? Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya penyakit berjangkit?