Anda di halaman 1dari 10

.

Sejarah sebagai ibrah dalam konteks kesinambungan peradaban

Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun menjelaskan tentang kepentingan ilmu sejarah.


Bagi beliau sejarah adalah ilmu yang hidup dan amat mustahak bagi manusia
mendapat pengajaran. Beliaulah antara yang terawal mengemukakan konsep
al-ibar (berasaskan konsep al-ibrah dalam al-Quran), iaitu sejarah adalah
tauladan bagi generasi kemudian. Bangsa yang tidak menghargai sejarahnya
adalah bangsa yang bakal dihukum oleh sejarahnya sendiri.

Bagi menegaskan konsep al-ibar Ibn Khaldun mengemukakan suatu kerangka


kaedah atau pendekatan saintifik bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat.
Ini penting bagi mampastikan kewibawaan faktanya dan membolehkan sejarah itu
dipertangung jawabkan, difahami dan kemudiannya dapat dijadikan rujukan oleh
generasi kemudian. Ini menjadikan ilmu sejarah bukan lagi dilihat sebagai suatu
bentuk naratif semata-mata tetapi sebagai suatu bidang kajian yang mempunyai
nilai ilmiahnya sendiri.

Dalam Muqaddima, Ibn Khaldun menggarap suatu wacana ilmu yang beliau sendiri
memperakukannya sebagai suatu ilmu baru (ilm al-mustanbat al-nasha). Beliau
menyifatkan ilmu umran sebagai suatu ilmu yang tersendiri (ilm mustaqill binafsihi)[12] Beliau memperkenalkan ilmu umran dalam rangka mengemukakan
suatu asas bagi mengungkapkan fenomena kemanusiaan, sosial dan peradaban
manusia. Umran menjelaskan hubungan manusia dengan manusia sesama
manusia, dengan alam dan juga Penciptanya. Umran juga membayangkan
bagaimana manusia dan alam perlu tunduk dan patuh kepada suatu hukum yang
ditentukan oleh Penciptanya iaitu sunnatullah. Melalui projek umrannya, IbnKhadun
telah mengemukakan suatu model keseimbangan dalam memenuhi tuntutan tabii
manusia, jasmaniah dan rohaniah sebagai haiwan rasional dan khalifah Allah di
bumi.

Model peradaban yang dikemukakan mengambil kira segala aspek termasuk sifat
biologi, fizikal, spiritual dan fitrah manusia. Beliau menggunakan istilah umran

hadhari dan umran badawi bagi memperlihatkan proses yang dilalui oleh sesebuah
masyarakat menuju peradaban. Sesungguhnya, huraian beliau tentang sifat dan ciri
masyarakat desa dan bandar jauh mendahului Ferdinand Tnnies (1855-1936) yang
cukup terkenal dengan konsep Gemeinschaft dan Gesellschaftnya itu.

Beliau menggariskan ciri-ciri penting yang ada dan perlu dimiliki oleh masyarakat
yang ingin bergerak maju dan berubah dari status badawi kepada hadari. Beliau
mengemukakan ciri-ciri dan sifat-sifat penting yang harus dan perlu dimiliki oleh
masyarakat yang maju dan bertamadun. Beliau menggariskan sebab musabab yang
menjadikan sesuatu peradaban itu lemah dan merosot. Ini semua terangkum dalam
kerangka teori kitaran yang beliau kemukakan.

Beliau melihat proses sejarah sebagai sesuatu kitaran yang konsisten yang
mematuhi hukum tertentu. Berasaskan pengamatan ini beliau dapat menjangkakan
misalnya tempoh kitaran yang dikatakan bertahan sekitar tiga generasi. Generasi
awal dikatakan memiliki semangat juang dan kekuatan asabiyyah yang tinggi,
manakala generasi pertengahan memiliki keupayaan intelek, ilmu dan kraf,
manakala generasi berikutnya adalah generasi yang mula mabuk kemewahan,
kehilangan adab, akhlaq dan jati diri yang akhirnya membawa kepada kemerosotan.

Keseluruhan Muqaddima disulami dengan pengamatan dan huraian yang cukup


halus, teliti dan menarik tentang manusia, masyarakat, sistem sosialnya. Beliau
mengemukakan teori jaringan sosial melalui pembahagian peranan berasaskan
keperluan dan kebolehan anggota masyarakat yang beliau istilahkan sebagai altaawun[13]. Melalui teori al-taawun beliau menjelaskan bagaimana manusia
hidup dalam masyarakat yang berubah dari simple kepada komplex di mana
pergantungan antara satu dengan lain menjadi semakin canggih. Apa yang
dihuraikan oleh Ibn Khaldun ini dikenali dalam sosiologi moden sebagai division of
labour. Sekali lagi Ibn Khaldun mendahului dalam mengemukakan konsep sosial
tersebut.

Dalam Muqaddimah juga, Ibn Khaldun mengambil ruang yang banyak untuk
membahaskan perbagai aspek yang melibatkan kuasa, politik dan kenegaraan. Di
bawah mauduk Dinasti, Raja, Khalifah, Pangkat dan Pemerintahan, beliau
menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang proses jatuh bangunnya sesebuah
kuasa politik. Banyak yang patut dijadikan tauladan, pedoman dan pengajaran.
Antaranya beliau mengingatkan bahawa ketidak-adilan, boros, pembaziran dan
bermewah-mewahan akan membawa kehancuran kepada peradaban.[14]

Selain itu yang menarik perhatian saya ialah perbahasan Ibn Khaldun tentang
pendidikan kanak-kanak (talim al-wildan) (elementary education). Dalam
Muqaddima beliau mengambil ruang yang agak panjang membincangkan perihal
pendidikan kanak-kanak ini.

Sebagai seorang yang dikenali sebagai ahli teori peradaban serta pengkritik sosial
yang tajam saya melihat Ibn Khaldun di sini cuba menghantar mesej yang jelas
kepada pembaca khususnya umat Islam kini bahawa peradaban adalah sesuatu
yang perlu ditanam, dibaja dan disiram dan disuburkan. Yang akan menentukan
wajah dan citra peradaban itu adalah manusianya. Maka itu manusia perlu dibentuk
adabnya dan ianya harus bermula dari peringkat yang paling awal. Generasi
beradab hanya akan dapat dilahirkan dengan asuhan nilai-nilai yang mulia.

Dalam hal ini beliau mengingatkan betapa perlunya menjadikan al-Quran sebagai
asas landasan bagi pendidikan kanak-kanak. Ini kerana al-Quran mesti dijadikan
sumber dan asas kepada pembinaan malakah (habit) yang akan diperolehi oleh
anak tersebut apabila ia membesar. Dalam membahaskan persoalan ini beliau
mengambil contoh, mengulas dan kadangkala mengkritik sistem dan amalan
pendidikan yang terdapat dibeberapa negeri yang beliau lawati seperti Maghribi,
Andalusia dan Ifriqiyya.

Beliau secara khusus menyentuh pendekatan yang yang perlu bagi membentuk
perangai kanak-kanak. Mendidik secara kasar dan kekerasan akan menjadikan
kanak-kanak liar dan berperangai buruk. Kanak-kanak, pelajar atau sesiapa sahaja

yang melalui pengalaman tersebut akan sentiasa merasa tertekan, hilang


semangat, menjadi malas dan tidak jujur serta mempunyai tendensi besar untuk
berbohong. Secara khusus beliau memetik Abu Muhammad b. Abi Zayd yang
mengatakan jikalau kanak-kanak itu perlu juga dipukul maka janganlah ia dipukul
lebih daripada tiga kali.[15]

Ibn Khaldun juga memberikan contoh apa yang beliau sifatkan sebagai kaedah
pendidikan yang betul dengan memetik pesanan Khalifah al-Rashid kepada Khalaf
al-Ahmar yang diamanahkan untuk mendidik anaknya Muhammad al-Amin yang
masih kecil. Antara pesan al-Rashid ialah wahai Ahmar, sesungguhnya Amir alMuminin telah menyerahkan padamu buah hatinya, maka kini ikatlah tanganmu
padanya manakala dia mesti taat padamu. Lakukanlah sepertimana yang engkau
telah diamanahkan oleh Amir al-Muminin. Ajarkan dia membaca al-Quran. Di
samping itu al-Rashid memperingatkan supaya mengajarkan anaknya dengan
sejarah, syair, sunnah dan seni pertuturan. Tegahlah dia daripada ketawa
berlebihan kecuali pada waktu yang sesuai, biasakan dia menghurmati orang-orang
tua Bani Hashim apabila mereka memasuki majlisnya. Jangan membuang waktu
tanpa mengajarkannya sesuatu yang berguna. Elakkannya menjadi murung kerana
itu akan membunuh kejernihan fikirannya. Jangan terlalu berlembut nanti ia menjadi
suka berseronok dan gunakanlah kekerasan hanya apabila perlu.[16]

Demikian sebahagian cebisan yang dapat dinukilkan dalam kesempatan yang


terbatas ini ini bagi memperlihatkan wibawa kesarjanaan Ibn Khaldun . Tidak syak
lagi beliau adalah warisan ilmu yang tidak ternilaikan. Muqaddimah adalah
khazanah yang cukup penting untuk dikaji, dibedah dan digali kandungannya.
Jikalau kita boleh selesa menjadikan karya-karya besar yang ditulis oleh sarjana
Eropa sebagai rujukan penting dalam penerokaan pelbagai ilmu, mengapa tidak
karya sebesar dan sehebat Muqaddimah juga menjadi rujukan utama juga dalam
arus perdana akademia kita.

Saya kira apa yang dinukilkan oleh Ibn Khaldun adalah sesuatu yang amat
mustahak direnungkan khususnya ketika masyarakat umat Islam kini berdepan
dengan putaran ganas taufan kecelaruan pemikiran, simpang siur ideologi dan
kebejatan sosial yang luar biasa. Dalam pada kita tercari-cari formula untuk
mendepani masalah sosial yang dihadapi sekarang mengapa tidak bermuhasabah

dan merenung apa yang pernah dipesankan ini. Pokoknya apakah masyarakat Islam
kini, khususnya umat Melayu sesungguhnya telah berusaha meletakkan asas
peradaban yang dapat melahirkan generasi al-Quran yang mendokong sifat dan jati
diri mukmin yang diimpikan itu.

4. Khatimah

Dalam rangka mengejar kemajuan, dan kesengitan persaingan dunia global kini,
umat Islam tidak harus tenggelam punca dan tercari-cari akan identiti dan jati diri
sendiri. Pesan Ibn Khaldun sejarah adalah guru terbaik bagi mendapatkan
pengalaman menentukan urutan keutamaan dalam membina peradaban dan
mengejar kemajuan. Kejayaan perlu ditauladani, manakala kesilapan dan kealpaan
masa lampau perlu dijauhi dan dijadikan sempadan.

Dalam hal ini menghidupkan wacana tentang khazanah dan tradisi silam secara
langsung dapat memberikan pedoman di samping menggali kebijaksanaan dan
hikmah silam yang boleh menjadi tauladan. Ibn Khaldun mengingatkan perihal
kebangkitan dan kejatuhan sesebuah peradaban untuk kita mengambil iktibar.
Keunggulan radisi ilmu dan kesinambungannya (sanad) adalah prasyarat bagi
pembinaan tamadun ummah. Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang
menguasai dan memiliki tradisi ilmu yang utuh dan kukuh. Melalui penanya, Ibn
Khaldun seolah-olah memberi amaran kepada kita semua, perkasakan tradisi ilmu
atau kamu menjadi bangsa yang boyak, mundur dan ketinggalan.

Ibn Khaldun meninggalkan satu legasi keilmuan untuk ditelaah, ditekuni, dibedah
dan diambil hikmah daripadanya. Atas asas dan semangat ini jugalah pada hemat
saya wacana mengenai pemikiran silam seperti ini masih tetap relevan dan akan
terus relevan kerana sejarah akan tetap berputar dan manusia yang tidak belajar
daripada sejarah pastilah akan dihukum oleh sejarahnya sendiri.

Diharapkan wacana sebegini dapat terus disuburkan dalam rangka


memperkukuhkan jati diri dan membentuk watak peradaban Melayu Islam moden
dan dinamik, tetapi tetap kukuh dan utuh dengan tunjang aqidah dan ruh adab
Islamiahnya.

Wallahu waliyyu-t-tawfiq

Bacaan lanjut
Ahmad, Akbar S, Ibn Khalduns understanding of Civilization and the dilemma of
Islam and the West today, Middle East Journal Vol. 56, No. 1 Winter 2002
http://www.mafhoum.com/press4/114S23.pdf

Ahmad, Zaid, (2003), The Epistemology of Ibn Khaldun, London and New York:
RoutledgeCurzon

____________, Ibn Khalduns approach in Civilisational studies in Massimo


Campanini, (2005), Studies on Ibn Khaldun, Milan, Italy: Polimetrica International
Scientific Publishes

____________, Ibn Khaldun (s.v), in Oliver Leaman (ed in chief), (2006), Biographical
Encyclopaedia of Islamic Philosophy, London & New York: Thommes Continuum

____________, Ibn Khaldun: Tradisi ilmu dan relevansinya dalam wacana


kontemporari (ucap utama), dalam Azizan Baharuddin dll., Prosiding Seminar
Pemikiran Ibn Khaldun dan Relevansinya dalam Tamadun Kontemporari, Kuala
Lumpur: Pusat Dialog Peradaban, UM & Jab Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
UPM

Ahmed Ibrahim Abushouk (ed.) (2003), Ibn Khaldun and Muslim Historiography,
International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur

Al-Azmeh, Aziz, (1981), Ibn Khaldun in Modern Scholarship: A Study in Orientalism,


London: Third World Centre

Alice Thomson, 14th-Century Muslim Sage Has Much To Teach Us in The Daily
Telegraph (26/10/2001)

Baali, Fuad, Social Institution: Ibn Khalduns Social Thought, University Press of
America, New York, 1992

Dhaouadi, Mahmoud, (1997), New Explorations into the Making of Ibn Khalduns
Umran Mind, A.S Nordeen,Kuala Lumpur

Enan, M.A, (1993), Ibn Khaldun: His Life and Work, SH. Muhammad Ashraf, Lahore,

George N. Atiyeh and Ibrahim M. Oweiss Ibn Khaldun: The Father of Economics, in
George N. Atiyeh and Ibrahim M. Oweiss (eds.), Arab Civilization, Challenges and
Responses, State University of New York Press, New York 1988

Ibn Khadun, (2001), Mukadimah Ibn Khaldun (trj), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Ibn Khaldun, (1993), Abd al-Rahman, Muqaddima Ibn Khaldun, Beirut: Dar al-Kutub
al-Ilmiyya,

Lakhsassi, A., Ibn Khaldun, in Nasr and Leaman (eds.) History of Islamic
Philosophy, Routledge London, 1996

M. Talbi, Ibn Khaldun (s.v), Encyclopaedia of Islam (2nd eds.)


http://www.muslimphilosophy. com/ei/KHALDUN.htm

Muhammad Uthman el-Muhammady, The Relevance of Khaldunian Discourse to


the Modern Age dalam Ahmed Ibrahim Abushouk (ed.), Ibn Khaldun and Muslim
Historiography, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur 2003

Samuel P. Huntington, The Clash of Civilizations dalam Foreign Affairs, vol. 72 no.
3, Summer 1993

[1] Kertas dibentangkan dalam Seminar Kesatuan Iman Ilmu dan Amal anjuran
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), 29 Mac 2008,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

[2] Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia,


Universiti Putra Malaysia. E-mail zayyadal@hotmail.com

[3] Antara tokoh lain yang mengembangkan teori kitaran ini termasuk filasuf
German Oswald Spengler (1880-1936), ahli sosiologi Rusia/Amerika Pitirim
Alexandrovich Sorokin (1889-1968 ) dan filasuf India Prabhat Rainjan Sarkar (19211990)

[4] Antara tokoh aliran ini August Comte (1798-1857), Karl Marx (1818-1883) dan
Max Weber (1864-1920)

[5] Cliodynamics (from Clio, the muse of history, and dynamics, the study of
temporally varying processes) is the new scientific discipline that investigates such
dynamical processes in history. Lihat,
http://www.eeb.uconn.edu/people/turchin/Clio.htm (dirujuk 27 Mac 2008 )

[6] http://www.eeb.uconn.edu/faculty/turchin/Clio.htm. Turchin juga telah


menerbitkan buku bertajuk Historical Dynamics: Why States Rise and Fall, Princeton:
Princeton University Press 2003
[7] J. Kalb, Ibn Khaldun and Our Age, The Scorpion (Issue No. 20)

[8] http://www.tni.org/persons/annan.htm (dilawati 25 Mac 2008 )

[9] http://www.tbwt.com/newsline/1999/06/29/mt/0000-44501KEYWORD.Missing.html (25 Mar 2008 )

[10]http://www.princeofwales.gov.uk/speechesandarticles/a_speech_by_hrh_the_prin
ce_of_wales_titled_a_sense_of_the_sa_1083050310.html (27 Mac 2008 )

[11] George N. Atiyeh and Ibrahim M. Oweiss Ibn Khaldun: The Father of
Economics, in George N. Atiyeh and Ibrahim M. Oweiss (eds.), (1988 ), Arab
Civilization, Challenges and Responses, New York: State University of New York
Press. Artikel ini juga boleh di capai secara online di
http://www.georgetown.edu/faculty/oweissi/ibn.htm

[12] Lihat, Ibn Khaldun, Muqaddima, hal.29

[13] Lihat, Zaid Ahmad, The Epistemologi of Ibn Khaldun, hal 22-23

[14] Lihat, Ibn Khaldun, Mukadimah Ibn Khaldun (trj), hal. 345-363

[15] Zaid Ahmad, The Epistemologi of Ibn Khaldun, hal, 117

[16] Ibn Khaldun, Abd al-Rahman, Muqaddima Ibn Khaldun, hal. 464

Anda mungkin juga menyukai