Anda di halaman 1dari 7

Winnie Anak Angoi

No 88 Kampong Taee,
94700 Serian
Sarawak.
___________________________________________
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Taee
Jalan Baki Riih,
94700, Serian
Sarawak.
18/09/2016

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE CERAMAH PENGAJIAN AM

Merujuk pernyataan diatas , saya Winnie Anak Angoi, ibu kepada Marcella Shine
ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke
Ceramah Pengajian Am pada 10/09/2016 .

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke ceramah tersebut kerana
menghadiri Kem Anjuran Gereja BEM Centeral City yang bermula pada 09 hingga
11/ 09/2016.

3. Saya ingin meminta maaf diatas ketidak hadiran anak saya dan berharap pihak
tuan dapat mempertimbangkan surat makluman ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
(Winnie Anak Angoi)

Sk: Guru Kelas Tingkatan 62


Guru m/p Pengajian Am

Khasidah bt. Mokhtar,


471, Batu 5 ,
Jalan Gombak,
53100 KL.
_____________________________________________________

Kepada,
Guru Tingkatan 3 Zuhrah,
SMK Setapak Indah,
Jalan 2/6, Setapak Indah,
53100 Kuala Lumpur.

16 Julai 2012

Puan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Saya, penama seperti di atas ialah ibu kepada Muhammad Izzat Amir b. Mahmud,
pelajar Tingkatan 3 Zuhrah. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak
hadir ke sekolah pada 16 Julai 2012.

2. Hal ini adalah disebabkan dia mengalami gangguan pernafasan, susulan penyakit
asma yang dialami sejak kecil. Ketidakhadirannya sebelum ini selama dua hari
berturut-turut juga disebabkan masalah yang sama.

Saya harap Cikgu memahami masalah anak saya. Saya juga berharap anak saya
tidak ketinggalan dalampelajaran berikutan ketidakhadirannya. Kerjasama Cikgu
diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(KHASIDAH BT. MOKHTAR)

Pengarah,
Pusat Pembelajaran Pahang
Open universiti Malaysia,
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur
(u.p.......................................)
Tarikh:
Tuan,
TIDAK DAPAT MENGHADIRI KELAS TUTORIAL KE ..........
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Saya tidak dapat menghadiri kelas tutorial ke ............ pada tarikh .................................
Slot ...........................(masa).

Saya tidak dapat hadir disebabkan ...................................................................................


..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
(sila sertakan salinan surat jika tidak hadir kerana MC atau tugas rasmi)

4.
Sebarang kesulitan amat dikesali dan kefahaman yang diberikan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih,
Yang benar,
.......................................
(NAMA
)
No K/P :.
No Matrik:.

81, Laluan Pengkalan Timur 5,


Desa Pakatan,
31650 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
_____________________________________________________________
Puan Ardalu A/P Vengidalsam,
Guru Tingkatan 4S3,
SMK. Jalan Pasir Puteh,
31650 Ipoh.
Perak Darul Ridzuan. 27 OGOS 2010
Puan,
PER: MEMOHON CUTI SAKIT SELAMA SATU HARI (ISNIN, 23 OGOS 2010)
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sehubungan dengan itu, saya Loh Poh Wah ingin menolong anak saya Loh Kah Choon memohon
cuti
sakit selama satu hari iaitu Isnin, 23 Ogos 2010.
3. Anak saya tidak dapat datang ke sekolah kerana dia sakit perut.
4. Diharap pihak puan dapat menerima surat cuti sakit anak saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.
(LOH POH WAH)
Bapa kepada Loh Kah Choon

= = = = = = = CONTOH SURAT RASMI MEMOHON CUTI SAKIT 2 = = = = = = = =


(ALAMAT ANDA)
Guru Tingkatan (KELAS ANDA),
(ALAMAT SEKOLAH) (TARIKH)
Tuan,
Memohon Cuti Sakit
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, (NAMA ANDA), murid tingkatan
(KELAS ANDA) tidak hadir ke sekolah pada (TARIKH) kerana (SEBAB/ALASAN).
2. Saya mendapati saya (ALASAN) pada awal pagi (TARIKH). Saya tidak mendapat
rawatan daripada doktor tetapi rehat di rumah.
3.Saya terpaksa memohon cuti pada (TARIKH). Saya akan balik semula ke sekolah pada
(TARIKH).
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
.
(NAMA PENUH ANDA)

Anda mungkin juga menyukai