Anda di halaman 1dari 3

Kaji pernyataan berikut

Aloi lebih keras berbanding logam tulen


Anda diberikan blok loyang, blok aluminium, bola keluli, tali, pemberat 500 g dan kaki retort
(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas. [1 markah]
(b) Jalankan satu eksperimen bagi menguji hipotesis di (a) berdasarkan kepada kreteria berikut.
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Kenalpasti pembolehubah [2 markah]
(iii) Alatradas dan bahan [1 markah]
(iv) Kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]

Langkah untuk menjawab soalan


1) Lakarkan gambar rajah yang berkaitan terlebih dahulu seperti di bawah dengan menggunakan
semua alat radas yang dinyatakan dalam soalan dan ditambah sekurang2 nya satu alat untuk
pengukuran pada g/rajah di bawah yang ditambah ialah pembaris

2. Perhatikan gambarajah dan dapatkan maklumat daripada gambarajah


Apakah yang sama/ pembolehubah yang dimalarkan (PU Malar)?
Apakah yang diubah/pembolehubah dimanipulasi (PUM)?
Apakah keputusannya/pembolehubah bergerakbalas (PUB)?
3. Bina hipotesis
Perkaitan antara pembolehubah dimanipulasi (PUM) dan pembolehubah bergerakbalas (PUB)
Cth: Jika..........(PUM)............................., maka.............(PUB)........................
Semakin...(PUM)............................, semakin.........(PUB)........................
4. Nyatakan tujuan eksperimen:
Ayat mesti di mulakan dengan untuk mengkaji kesan / untuk mengeksperimen kesan / untuk
menyiasat kesan
Cth: Untuk mengkaji kesan .........(PUM)..............terhadap ..........(PUB)...................
5. Pembolehubah

Malar (pembolehubah yang ditetapkan sepanjang eksperimen)


Manipulasi (pembolehubah yang diubah-ubahkan dalam eksperimen)
Bergerak balas (keputusan eksperimen )
6. Bahan dan Alat radas
Semua yang disenaraikan dalam soalan perlu ditulis semula dan tambah sekurang-kurangnya satu
alat untuk pengukuran.
7. Kaedah
Lukiskan gambarajah yang telah dilakarkan
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimalarkan
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah dimanipulasi
Nyatakan langkah yang menerangkan pembolehubah bergerakbalas
Jika keputusan tidak diperolehi pada masa yang sama, perlu dituliskan ayat ini
Alat radas/eksperimen dibiarkan selama ................................
Jika pelajar tiada idea untuk eksperimen tersebut, tuliskan ayat ini
Pemerhatian direkodkan dalam jadual data
8. Penjadualan Data
Lukiskan jadual
Jadual mesti Ada Tajuk jadual (PUM dan PUB)
PUM

PUB

Data PUM

Data PUB tak diperlukan

Anda mungkin juga menyukai