Anda di halaman 1dari 2

23, Jalan 2, Taman Guar Perahu.

14400, Bukit Mertajam,


Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________

Encik Zakaria,
Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
08000, Kuala Ketil, Sungai Petani
Kedah Darul Aman.
NOVEMBER 2016

Tuan,
Penjelasan Sebab Tidak Dapat Hadir Ke Taklimat Peperiksaan

Berhubung dengan perkara di atas, saya Nur Syifa Binti Amir Hamzah ingin
memaklumkan sebab ketidakhadiran saya ke taklimat peperiksaan yang
diadakan pada 1hb November.

2.

Terlebih dahulu saya ingin memohon seribu kemaafan kerana masalah

yang telah berlaku ini berpunca daripada permintaan suami saya sendiri untuk
tinggal bersama-samanya sehingga tamat cuti deepavali. Kami sudah tidak
berjumpa selama sebulan dan beliau telah menempah terlebih dahulu tiket
penerbangan pada 12hb November tanpa bertanyakan akan perihal maktab
kepada saya terlebih dahulu.

3.

Oleh kerana saya sudah ada tiket penerbangan pulang dan tidak mahu

membazirkannya

begitu

sahaja,

kami

mengambil

keputusan

untuk

menangguhkan waktu untuk pulang kerana perjalanan daripada Johor ke Pulau


Pinang sahaja sudah memakan kos yang amat tinggi. Saya juga tidak dapat
berulang-alik dengan mudah ke maktab berikutan jarak perjalanan yang sangat

jauh serta tiada saudara-mara yang terdekat yang dapat mengambil saya pulang
dari Johor.

4.

Kami akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk pulang juga pada

minggu ini dan membatalkan sahaja tiket penerbangan yang telah suami saya
belikan. Keputusan ini diambil untuk tidak menyusahkan lagi pihak tuan dan
kami berharap agar pihak tuan juga dapat memaafkan kami kerana mengambil
tindakan secara melulu dan tergesa-gesa tanpa memikirkan akibatnya.

5.

Dengan

itu,

saya

sudahi

dengan

ucapan

mohon

maaf

di

atas

ketidakhadiran saya pada sesi taklimat peperiksaan dan amat mengharap


kerjasama

pihak

tuan

dalam

memberikan

keizinan

kepada

saya

untuk

menduduki peperiksaan terakhir bagi sem 8 tahun ini. Segala kerjasama tuan
amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.
(NUR SYIFA BINTI AMIR HAMZAH)
Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
08000, Kuala Ketil, Sungai Petani
Kedah Darul Aman.

Anda mungkin juga menyukai