Anda di halaman 1dari 2

SKIM PINJAMAN PELAJARAN MARA

1.

PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA (E-PENDAHULUAN)


Tujuan utama Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar
bumiputera dari keluarga berpendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan atau mengikut garis
panduan kelayakan pendapatan yang ditetapkan oleh MARA bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa
melapor diri memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT). Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran
MARA kini dibuka secara online. Semua permohonan haruslah dibuat melalui laman portal seperti berikut:

http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/index.php.
Syarat dan kelayakan untuk mendapatkan Pendahuluan adalah:

Pendapatan kasar bulanan ibubapa / penjaga pelajar hendaklah tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
Walau bagaimanapun bagi ibubapa / penjaga pelajar yang berpendapatan melebihi RM4,000.00 sebulan,
pertimbangan boleh diberi tertakluk kepada bilangan tanggungan mengikut garis panduan Jadual
Pemarkahan Kelayakan Pendapatan bagi Permohonan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA.
Warganegara Malaysia dan bertaraf Bumiputera.
Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pengajian peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah
Pertama.
Telah ditawarkan mengikut pengajian secara sepenuh masa di peringkat Program Persediaan / Pra
Universiti atau Diploma atau Higher National Diploma (HND) atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di IPTS,
IPTA atau IPMa di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).
Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak
dipertimbangkan.
Pelajar yang ditawarkan ke pengajian IPTA adalah tidak layak memohon kecuali mereka yang ditawarkan
pengajian di peringkat Program Persediaan / Pra-U di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPIP).
Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke Pejabat MARA Negeri
dalam tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.
Permohonan Pendahuluan ini hanya boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri yang terdekat mengikut
alamat terkini pelajar.

Panduan Permohonan

Jumlah maksimum pendahuluan adalah sebanyak RM1,500.00 sahaja bagi seorang pelajar. Tertakluk
kepada peruntukan dan dasar semasa MARA.
Pembayaran Pendahuluan ini diberi selewat-lewatnya 2 minggu selepas borang perjanjian yang lengkap
dihantar.
Pendahuluan ini tidak dikenakan sebarang faedah.
Pendahuluan ini perlu dibayar balik sepenuhnya.

2.

PINJAMAN PELAJARAN MARA (EDULOAN)


A. Syarat Utama Permohonan
Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak
dan Warganegara Malaysia
Memenuhi syarat kelayakan bagi permohonan pengajian
Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.
Belum mendapat bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat
yang sama.
Ibu / Bapa / Penjaga pelajar bebas daripada senarai hitam atau tindakan undang-undang MARA
Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin,
menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi
pengajian atas masalah akademik / disiplin bagi pengajian diperingkat yang sama
B.

C.

Status Sosio Ekonomi (SES)


PENDAPATAN BERCUKAI TAHUNAN
IBU DAN BAPA (RM)

JENIS BANTUAN

CATATAN

<RM120,000.00

PENUH

YURAN DAN SEMUA ELAUN

RM120,000.00 HINGGA RM250,000.00

SEBAHAGIAN

TIADA ELAUN SARA HIDUP

>RM250,000.00

TIDAK LAYAK

TIADA BANTUAN

Syarat Kelayakan Akademik


Sebagai panduan, syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah seperti berikut :
KELAYAKAN
SPM

STPM

SYARAT
1. Subjek wajib KREDIT MATEMATIK
2. KREDIT tiga (3) subjek lain (cth : Sejarah, Pendidikan Islam, Sains)
3. LULUS subjek BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS
Perlu mendapat sekurang-kurangnya dua (2) PRINCIPAL dan dua (2) SUBSID di peringkat
STPM
DAN
LULUS subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM

DIPLOMA

DARI IPMA
1. Perlu mendapat sekurang-kurangnya
CGPA 2.00 di peringkat Diploma
2. LULUS dalam subjek Bahasa Melayu di
peringkat SPM

DARI IPTS
1. Perlu mendapat sekurang-kurangnya
CGPA 2.50 di peringkat Diploma
2. KREDIT dalam subjek Bahasa Melayu
di peringkat SPM

Anda mungkin juga menyukai