Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP UMK
KELAB BADMINTON
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 2013
KELAB BADMINTON SISWA/I UMK SESI FEBRUARI 2012/2013
TARIKH :
18 MEI 2013
TEMPAT :
DEWAN BADMINTON TENGKU ANIS
ANJURAN :
KELAB BADMINTON
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN


KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN
PENGARAH, PUSAT KOKURIKULUM
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
BIL 2012/2013
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP UMK

1.0 TUJUAN
1.1

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
Pengarah Pusat Kokurikulum bagi menganjurkan program Kejohanan Badminton
Tertutup UMK bagi sesi Februari 2012/2013.

2.0 OBJEKTIF
2.1

Kejohanan Badminton Tertutup UMK diadakan untuk memupuk semangat kesukanan


dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi supaya melibatkan diri dalam bidang
kokurikulum bukan sahaja dalam bidang akademik.

2.2

Kejohanan ini juga bertujuan untuk mendidik mahasiswa dan mahasiswi mengenal erti
pentingnya amalan gaya hidup sihat serta boleh merapatkan hubungan sillaturrahim
antara kaum.

2.3

Kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan badminton sebagai
pelapis sukan pada masa akan datang.

3.0 JUSTIFIKASI
3.1

Dengan adanya program ini pelajar akan mempunyai daya sukan yang tinggi selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani,
jasmani dan intelek.

3.2

Selain itu, bakat yang terpendam dalam diri mahasiswa dan mahasiswi dapat dicungkil
untuk menjadi pelapis negara pada masa akan datang.

3.3

Kerjasama terhadap ahli kelab juga dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan
agama.

4.0 KUMPULAN SASARAN


4.1

Kami mensasarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UMK tahun satu.

4.2

Kami membuat kejohanan secara tertutup, jadi kami lebih memberi ruang kepada ahli
kelab badminton untuk menyertai kejohanan ini.

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN


5.1

Tentatif Program
(Lihat pada Lampiran 1)

5.2

Senarai Ahli Jawatankuasa


(Lihat pada Lampiran 2)

6.0 IMPLIKASI PERLAKSANAAN


6.1

Kewangan
(Lihat pada Lampiran 3)

6.2

Peralatan dan kenderaan


(Lihat pada Lampiran 4)

7.0 KELULUSAN
7.1

Pengarah, Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Kelantan dengan hormatnya


dipohon untuk menimbang dan meluluskan permohonan bagi menganjurkan
Kejohanan Badminton Tertutup UMK bagi sesi Februari 2012/2013 ini.

Disediakan oleh :

SHAMINI A/P NALLAPAN MANIYAM


Pengarah,
Kejohanan Badminton Tertutup UMK,
UKS1041 Semester 2 Sesi 2012/2013

Disemak dan Disokong oleh :

ENCIK WAN AHMAD KHAIRUL BIN WAN AHMAD NAJIB


Ketua Unit Sukan
Pusat Kokurikulum.
KELULUSAN
Permohonan ini diluluskan / tidak diluluskan

MOHAMMAD NIZAMUDDIN BIN ABDUL RAHIM


Pengarah
Pusat Kokurikulum
Ulasan Pengarah :

Anda mungkin juga menyukai