Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER


SEKOLAH DAN BRIGED BESTARI
1. PENDAHULUAN
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri
daripada murid-murid sekolah.  Badan ini akan membantu PSS menjalankan
pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program
Pembestarian Sekolah serta membantu membudayakan ICT di sekolah. Briged
bestari bukan sahaja dapat membantu menggerakkan dan memantapkan
penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada
pelajar  berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif.

2. MATLAMAT
2.1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
2.2. Memperkenalkan kepada murid – murid barisan Pemimpin Pengawas PSS dan
Briged Bestari bagi  tahun 2020.
2.3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas PSS dan Briged
Bestari  supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
3.2 Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas
dengan baik.
3.3 Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

4. TEMPAT

Dewan Adiputra, SMK Maxwell

5. TARIKH DAN MASA

Tarikh : 24 FEBRUARI 2020

Masa : 7.30 PAGI


6. KUMPULAN SASAR
Pengawas PSS dan Briged Bestari.

7. ORGANISASI

Rujuk Lampiran 1

8. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9. IMPLIKASI KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

10. PENUTUP
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan
motivasi Pengawas Pusat Sumber dan Briged Bestari untuk menjalankan tugas dengan
baik dan penuh dedikasi.
Program ini sedikit sebanyak dapat memberi pengiktirafan kepada para Pengawas
PSS dan Briged Bestari supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu,
berakhlak tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan
pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan
pertimbangan yang rasional.

Anda mungkin juga menyukai