Anda di halaman 1dari 28

AMALAN BERPOLIGAMI TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT:

KESAN TERHADAP MASYARAKAT AWAM DAN ANGGOTA KESELAMATAN.

1. PENGENALAN
Penulisan dan kajian tentang poligami bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia perundangan
Islam terutamanya di Malaysia. Kebanyakan penulisan dan kajian yang dilakukan
kebanyakannya berkisar dari sudut perbahasan hukum, sejarah poligami, poligami dan Undangundang Keluarga Islam dan juga amalan poligami dalam sesuatu masyarakat.
Bukan setakat itu sahaja, isu poligami ini sering dijadikan polemik dalam masyarakat
sehingga ia menimbulkan ketegangan di antara pihak-pihak tertentu. Bahkan pertentangan
terhadap poligami selalunya dikaitkan dengan wanita dan pertubuhan- pertubuhan wanita.
Sehinggakan ada yang beranggapan bahawa pertentangan itu adalah pertentangan kepada soal
hukum yang akan membawa kepada kepincangan akidah. Persoalannya ialah mengapakah
terjadinya polemik sedemikian di kalangan masyarakat. Apakah amalan poligami benar-benar
meninggalkan kesan yang negatif di kalangan masyarakat awam dan anggota keselamatan?
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk membincangkan amalan berpoligami terhadap
pembangunan masyarakat dan kesannya terhadap masyarakat awam dan anggota keselamatan.

Berdasarkan tajuk kajian, perbincangan dalam bab satu yang merupakan sebagai
pendahuluan ini akan menyentuh secara menyeluruh latarbelakang masalah kajian, kenyataan
tentang masalah kajian, objektif yang akan dicapai melalui kajian ini dan kerangka teori kajian
yang dijadikan sebagai asas pendekatan kajian. Selain itu ia juga mengandungi perbincangan
mengenai hipotesis yang akan dihasilkan melalui kajian dan kepentingan kajian ini untuk
kegunaan masyarakat yang semakin berkembang dan seterusnya perkara-perkara yang berkaitan
dengan kajian. Secara keseluruhannya bab ini amat penting untuk memastikan penulisan ilmiah
ini mencapai objektifnya dan memanfaatkan kepada seluruh pembaca khasnya.
1

2. LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN


Sebelum diulas dengan lebih mendalam, penulis akan memberikan definasinya terlebih
dahulu sebagai contohnya menurut (An Wan Seng 2005), poligami merupakan amalan yang
biasa berlaku dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia Bersesuaian dengan pengharusan
poligami ini, Allah telah menetapkan syarat-syarat yang penting agar poligami ini mendapat
keberkatan dalam sebuah perkahwinan.
2.1 Definisi poligami.
Poligami dari sudut bahasa adalah menghimpunkan berbilang isteri dalam satu masa.
Mengikut Kamus Dewan 2008, poligami bererti amalan beristeri lebih daripada seorang pada
masa yang sama.
Menurut bahasa arab, poligami disebut Taaddad al-Zawjat . Asal perkataan
Taaddad ( )bererti bilangan, manakala perkataan al zawjat ( )diambil dari perkataan
al-zawjat ( )yang bererti isteri. Dua perkataan tersebut apabila digabungkan membawa erti
isteri yang banyak atau berbilang-bilang.
Maka poligami bolehlah dimaksudkan sebagai berkahwin lebih daripada seorang iaitu lawan
kepada perkataan monogamy yang membawa erti berkahwin dengan seorang wanita sahaja. Ia
juga berlawanan dengan perkataan poliandri iaitu amalan bersuami lebih daripada seorang dalam
satu-satu masa.
Dalil dari al-Quran tentang amalan berpoligami adalah seperti berikut :
1. Surah an-Nisa (4);3
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan
sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka
berkahwinlah denganseorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman

2. surah an-Nisa (4):129


dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan
melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan
isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki
keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.
3. As-sunnah : Imam Ahmad, Ibn Majah, Tirmizi, Hakim, Dar al-Qutni, Haithami dan
Baihaqi melaporkan daripada Ibn Umar, Ghailan bin Salamah al-Thaqafi memeluk Islam
sedangkan pada masa yang sama mempunyai 10 orang isteri. Maka Rasulullah berkata,
Pilihlah daripada kalangan mereka empat orang sahaja
4.

Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : ketika aku masuk Islam, aku mempunyai
lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah saw menyuruh aku memilih dari kalangan
mereka empat orang (Abu Daud)

2.2

Sejarah Poligami.

2.2.1

Poligami Pada Masa Pra Islam

Poligami adalah adalah antara masalah-masalah kemanusiaan yang paling tua sekali. Hampir
seluruh bangsa di dunia, sejak zaman dahulu kala tidak asing dengan poligami. Di dunia barat,
kebanyakan orang benci dan menentang poligami. Sebahagian besar bangsa-bangsa Eropah
menganggap bahawa poligami adalah satu tindakan yang mengancam hak-hak wanita dan
dianggap sebagai tindakan yang tidak bermoral.
Namun begitu ini bertentangan dengan sejarah Eropah itu sendiri dimana Hendrik II,
Hendrik IV, Lodeewijk XV, Rechlieu, dan Napoleon I adalah contoh bangsawan Eropah yang
berpoligami secara tidak sah. Bahkan, pendeta-pendeta Nasrani yang telah bersumpah tidak akan
kahwin selamanya hidupnya, tidak malu-malunya memiliki kebiasaan memelihara isteri-isteri
gelap dengan izin sederhana dari ketua gereja mereka.

Kebiasaan poligami yang diamalkan oleh raja-raja yang melambangkan ketuhanan sehingga
banyak orang yang menganggapnya sebagai perbuatan suci. Orang Hindu melakukan poligami
secara meluas, begitu juga orang Babylon,Syria dan Parsi, mereka tidak mengadakan pembatasan
mengenai jumlah wanita yang dikahwini oleh seorang lelaki. Seorang Brahma berkasta tinggi,
boleh mengahwini wanita seramai yang disukainya. Di kalangan bangsa Israel, poligami telah
berjalan sejak sebelum zaman nabi Musa a.s. yang kemudian menjadi adat kebiasaan yang
dilanjutkan tanpa ada batasan jumlah isteri.
Begitu juga di kalangan pengikut Yahudi, amalan berpoligami merupakan amalan yang
lazim dilakukan. Bahkan menurut mereka Injil sendiri tidak menyebutkan batas dari jumlah isteri
yang boleh dikahwini oleh seorang lelaki. Agama Kristian tidak melarang adanya amalan
poligami, sebab tidak ada satu keterangan yang jelas dalam Injil tentang landasan melarang
poligami. Terkecuali dalam Injil Matius Pasal 10 ayat 10-12 dan Injil Lukas pasal 16 ayat 18
yang menerangkan bahawa seseorang yang menceraikan pasangannya kemudian menikah lagi,
maka hukumnya dia berzina dengan pasangannya yang baru.
Realitinya, hanya golongan Kristian Katolik sahaja yang tidak membolehkan pembubaran
akad nikah kecuali kematian saja. Sedangkan aliran-aliran Ortodoks dan Protestan atau Gereja
Masehi Injil membolehkan. Berdasarkan hasil penelitian, tidak ada dewan Gereja pada masa
awal Kristian yang menentang Poligami. St. Agustine justeru menyatakan secara tegas bahawa
dia sama sekali tidak mengutuk poligami. Marthin Luther mempunyai sikap yang toleran dan
menyetujui status poligami Philip dari Hesse. Tahun 1531 kaum Anabaptis mendakwakan
poligami. Sekte Mormon juga meyakini poligami. Bahkan hingga sekarang, beberapa gereja di
Afrika masih sangat mendukung amalan poligami.
Poligami sudah berlaku sejak jauh sebelum datangnya Islam. Orang-orang Eropah (Rusia,
Yugoslavia, Cheskolavakia, Jerman, Belgium, Belanda, Denmark, Swedia dan Inggeris
semuanya adalah bangsa-bangsa yang berpoligami. Demikian juga bangsa-bangsa Timur seperti
Ibrani dan Arab, mereka juga berpoligami. Oleh itu pernyataan bahawa poligami hanya
diamalkan oleh penganut agama Islam adalah tidak benar.

Sebenarnya hingga sekarang sistem poligami ini masih tetap tersebar di beberapa bangsa yg
tidak beragama islam seperti orang-orang Afrika, Hindu India, Cina, dan Jepun. Juga tidak benar
jika dikatakan bahwa sistem ini hanya berlaku dikalangan bangsa-bangsa yang beragama Islam.
Sebenarnya agama Kristian tidak melarang poligami sebab di dalam Injil tidak ada satu ayat pun
yang dengan tegas melarang hal ini.

2.2.2

Poligami Pada Masa Muhammad SAW

Poligami pada masa pra-Islam, sudah menjadi sebuah kebiasaan dan budaya. Maka Islam
datang dengan membawa pencerahan untuk membatasi amalan poligami tersebut. Islam adalah
agama yang mengatur tentang kemasyarakatan. Islam mempunyai konsep kemanusiaan yang
luhur dan mengaturkan beberapa garis panduan bagi lelaki yang ingin berpoligami . Negaranegara yang maju banyak memerlukan tenaga manusia (man power) untuk tenaga kerja mahupun
untuk keperluan pertahanan dan keamanan. Di negara-negara yang sedang dilanda peperangan
ramai lelakinya yang gugur dalam peperangan dan ramai balu yang harus dilindungi.
Begitu juga di beberapa negara yang penduduk wanitanya lebih ramai dari lelaki. Menurut
Alhamdani dalam bukunya Risalah Nikah : Hukum Perkawinan Islam, apabila para wanita
dibiarkan sendiri mereka akan mudah terombang-ambing dan mudah terjerumus ke dalam
perbuatan nista yang merusak kehidupan. Melihat perbandingan jumlah antara laki-laki dan
wanita yang tidak seimbang, maka amalan poligami ini merupakan satu penyelesaian untuk
menjaga dan melindungi kaum wanita.
Amalan poligami pada zaman Rasulullah SAW, dijadikan sebagai cerminan poligami dalam
Islam. Pada dasarnya alasan Nabi Muhammad berpoligami bersifat mulia, iaitu untuk menolong
janda-janda dan anak yatim untuk berjuang di jalan Allah dan beliau mengamalkan monogami
lebih lama daripada poligami.
Syeikh

Muhammad

Abduh

mengungkapkan

bahawa

syariat

Muhammad

telah

memperbolehkan seorang lelaki untuk menikah dengan empat wanita apabila lelaki tersebut telah
mampu berlaku adil kepada para wanita tersebut. Namun di saat seorang lelaki merasa dia tidak

akan mampu berbuat adil maka ia hanya boleh menikah hanya dengan seorang wanita saja
sebagaimana disebut dalam surat an-Nisa ayat 3.
Begitu juga di saat seorang lelaki tidak mampu memberikan hak yang sama pada setiap
isterinya maka akan hancurlah rumah tangga yang dibina dan runtuhla semua system
kekeluargaan yang ada. Justeru sifat adil adalah sangat dituntut jika seseorang lelaki ingin
berpoligami. Bila seorang lelakitidak mampu berlaku adil maka hal itu kelak akan membawa
permasalahan baginya. Rasulullah, para sahabat, para khalifah, dan para ulama di setiap masanya
selalu berusaha berlaku adil pada setiap isteri mereka. Rasulullah dan para ulama salaf tidak akan
pernah mendatangi seorang isteri pada hari yang tidak ditentukannya kecuali bila telah
mendapatkan izin dari isteri yang memilki hari tersebut.
Bahkan Rasulullah pun tetap melawat ke rumah isteri-istreinya walau baginda dalam
keadaan sakit agar dapat berlaku adil pada semua isterinya. Beliau tidak rela untuk berdiam dan
beristirahat pada salah satu rumah isterinya saja. Para ahli fiqih pun bersepakat bahawa sudah
menjadi kewajiban seorang lelakiyang berpoligami untuk berlaku adil dalam memberikan nafkah
pada setiap istrinya.
Para ulama Hanafi berpendapat bahwa perilaku adil merupakan salah satu hak isteri dan
menjadi kewajiban bagi suami. Mereka pun berpendapat bahwa di saat suami tidak boleh berlaku
adil, maka pihak isteri boleh mengadukannya kepada hakim hingga kekuasaan hakim pun di
harap boleh memberi peringatan padanya dan juga menghukumnya atas ketidakadilannya
tersebut.
Ungkapan "poligami adalah sunah" sering digunakan sebagai pembenaran poligami.
Namun, berlindung pada pernyataan itu, sebenarnya bentuk lain dari pengalihan tanggung jawab
atas tuntutan untuk berlaku adil, sebagaimana ditegaskan Al Quran, berlaku adil sangat sulit
dilakukan (An-Nisa: 129). Dalil yang biasanya diajukan untuk memperkuat bahawa poligami itu
sunnah kerana sandaran kepada teks ayat Al Quran (QS An-Nisa: 2-3) lebih mudah dipatahkan.
Satu-satunya ayat yang berbicara tentang poligami sebenarnya tidak mengungkapkan hal itu
pada konteks memotivasi, apalagi mengapresiasi poligami. Ayat ini meletakkan poligami pada
konteks perlindungan terhadap yatim piatu dan janda korban perang.

Dari kedua ayat itu, beberapa ulama moden, seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syekh
Rashid Ridha, dan Syeikh Muhammad al-Madan-ketiganya ulama terkemuka Azhar Mesir, lebih
memilih memperketat dan melarang poligami.
Nyatanya, sepanjang hayatnya, Nabi lebih lama bermonogami daripada berpoligami.
Bayangkan, monogami dilakukan Nabi di tengah masyarakat yang menganggap poligami adalah
lumrah. Rumah tangga Nabi SAW bersama isteri tunggalnya, Khadijah binti Khuwalid RA,
berlangsung selama 28 tahun. Baru kemudian, dua tahun sepeninggal Khadijah, Nabi
berpoligami. Itu pun dilakukan hanya sekitar lapan tahun dari sisa hidup baginda. Poligami Nabi
adalah media untuk menyelesaikan persoalan sosial saat itu, ketika masyarakat tiada
penyelesaian dan mencari-cari jalan untuk mengatasi masalah yang berlaku.
Namun demikian, poligami yang diamalkan hari ini mendapat banyak tentangan
terutamanya daripada golongan wanita ekoran daripada perlaksanaannya yang dikatakan banyak
memberi kesan negatif kepada pembangunan sesebuah keluarga. Sikap suami yang tidak dapat
menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang dituntut oleh syariat telah memberi kesan kepada
mereka yang terlibat. Ekoran daripada masalah inilah, persoalan utama yang menjadi tajuk
perbincangan kajian ini ialah tentang kesan poligami terhadap pembangunan keluarga sama ada
dari segi hubungan kekeluargaan, ekonomi dan tanggungjawab sosial. Pada asasnya berlaku
banyak kritikan kepada mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini (Bachtiar Nasir 2010).
Di sinilah timbulnya perbincangan dan pertikaian tentang pandangan masyarakat terhadap isu
poligami ini dan kesannya terhadap pembanguanan keluarga sama ada di kalangan orang awam
dan anggota keselamatan.

3. PENYATAAN MASALAH
Banyak kajian lepas yang memfokuskan tentang poligami dan amalannya. (Abu Zahrah
1950, Sabiq 1985, Qutb Muhammad 1994, Rida 1984, Samarqandi 1984, Zaydan Abdil Karim
1994, Syaltut Mahmud 1966, Zuhaily 1991, Mahmood Zuhdi 1993, Ibn Hasyim 1992, Dusuki
1978, Abdul Aziz 1992, Asiah Ali 1993, Mohd Rushdi Yusuf 1993, Mohd Sanusi 1980 dan Ibnu
Hasyim 1992). Yang rata-rata melaporkan tentang konsep dan pengamalan poligami serta
kesannya kepada golongan suami yang tidak bertanggungjawab.
Malah ada juga penulisan yang menyentuh tentang perasaan suami khususnya, isteri dan
anak-anak yang terlibat dengan situasi ini. Oleh yang demikian, pengamalan yang sewajarnya
dalam perkahwinan sebegini perlu lebih memainkan peranan dari pelbagai pihak khususnya
pihak suami bagi melahirkan rumahtangga yang harmoni seperti rumahtangga yang diamalkan
oleh Rasulullah s.a.w. Dengan itu, penguasaan dari sudut ilmu rumahtangga dan kefahaman fiqh
kekeluargaan serta undang-undang syara dilihat bertitik tolak daripada pelbagai faktor yang
melibatkan individu dan pasangan yang terlibat.
Malah melalui al-Quran telah jelas menerangkan tentang konsep poligami secara jelas
sebagaimana ayat ketiga surah an-Nisa diterjemahkan sebagai berikut,
Dan, jika kamu bimbang tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan
yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan lain yang kamu senangi, dua,
tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang
saja, atau hamba sahaya perempuan yang kau miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar kamu
tidak berbuat zalim. (Pustaka Ibnu Kathir Abu Hassan 2007).
Berkaitan faktor undang-undang Islam melalui Akta Undang-undang Syariah Wilayah
Persekutuan (Akta Wilayah) Siti Zalikhah Md Nor (2006), membahaskan mengenai keperluan
yang perlu dikuti dan difahami oleh mereka yang ingin berpoligami, agar mengikut landasan
syariat untuk tidak menyusahkan mana-mana pihak termasuk isteri dan anak-anak. Kebimbangan
yang berlaku apabila poligami yang diamalkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja
sehingga terabainya pihak yang lain. Berlaku dalam poligami apabila suami tidak mengikut
prosedur yang sebenar seperti yang telah ditetapkan melalui Akta Wilayah untuk meneruskan
8

perkahwinan kali kedua dan seterusnya. Sedangkan undang-undang yang terlaksana telah
menggariskan beberapa panduan supaya pihak isteri yang sedia ada dan bakal-bakal isteri tidak
teraniaya.
Kesan poligami terhadap pembangunan keluarga adalah faktor penting yang menentukan
samada poligami itu berjaya atau tidak. Justeru pemahaman yang jelas tentang konsep
perkahwinan dalam Islam turut memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan
poligami itu sendiri termasuk apa yang dirasai oleh isteri dan anak-anak yang terlibat. Kenyataan
ini disokong oleh kajian Amran Kasimin (1990) yang menerangkan secara jelas tentang isu
poligami terutamanya tentang keharusan berpoligami dalam Islam dan perlaksanaan yang
sepatutnya dicontohi oleh mereka yang ingin mengamalkannya agar ianya tidak memberi kesan
negatif kepada wanita.
Fenomena ini turut dijelaskan lagi hasil daripada temu bual pengkaji sewaktu
menyiapkan tesis sarjana dengan Tuan Haji Yunus Md Zain al Hafiz, Hakim Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan pada 20 Oktober 2013 yang menjelaskan bahawa terdapat segelintir lelaki
yang hanya mementingkan nafsu semata tanpa memikirkan sejenak apa yang berlaku di
kemudian hari setelah perkahwinan berlaku.
Malah beliau sendiri tidak menghalang dan menolak, sekiranya permohonan yang
diberikan kepada pihak Mahkamah benar-benar mengikut apa yang telah ditentukan dan
menemui jalan penyelesaian hasil perbincangan dan perjumpaan dengan pihak-pihak yang
terlibat. Jelasnya lagi kelemahan ketara yang timbul apabila tiada perbincangan yang sewajarnya
dari pihak lelaki itu sendiri dengan mereka yang faham undang-undang dan prosedur Mahkamah
Syariah tentang poligami, disamping berbincang juga dengan pihak yang lebih berumur termasuk
mereka yang pernah dan sedang mengamalkan poligami. Dengan itu barulah keputusan boleh
dibuat setelah lelaki tersebut berfikir semasak-masaknya. Apa yang penting munajat kepada
Allah itu perlu bagi memohon petunjuk dan panduan.

Hal ini disokong oleh dapatan kajian Raihanah Haji Abdullah (1997) yang mana
kefahaman yang jelas tentang poligami itu perlu untuk mengawal amalan poligami bagi
mengelakkan berlakunya penyelewengan yang tidak sewajarnya.
Seterusnya tanggapan negatif dari masyarakat terhadap individu yang berpoligami seolaholah membawa kesan buruk yang mendalam. Suami dikatakan sebagai mementingkan nafsu,
isteri pula dianggap tidak pandai mengurus suami sehingga suami cari yang lain dan dikatakan
juga sebagai perampas suami orang bagi isteri yang baru. Kesan ini sebenarnya merosakkan
institusi kejiranan dan masyarakat itu sendiri. Justeru kajian Siti Zainab Muhammad (1990), Asri
Hj Ahmad (1992), Zaleha Muhamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya kefahaman tentang
konsep kekeluargaan Islam menyebabkan timbulnya salah faham dalam poligami. Kelemahan ini
akan terus jadi penyakit ibarat mendatangkan bisa yang pedih dan wabak yang berjangkit malah
akan terus wujud sehinggalah pemahaman yang jelas tentang poligami terungkai. Pada peribadi
penulis, bukannya untuk mengajak ramai pihak berpoligami, cukup sekadar, menghilangkan
tanggapan negatif dan bersiap sedia dengan sepenuhnya dari sudut mental dan fizikal yang akan
mengamalkan kehidupan berpoligami ini.
Hal ini juga bertepatan dengan kajian Siti Zainab Muhammmad (1990) tentang amalan
dan kesan poligami dalam masyarakat di Negeri Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa walaupun 65% daripada responden kajian adalah mereka yang telah berpoligami, namun
tahap kebahagiaan keseluruhan responden adalah pada tahap sederhana. Oleh itu, faktor
pemahaman ternyata memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kebahagiaan poligami.
Dapatan ini juga turut disokong oleh Raihanah Abdullah (1997), Amran Kasimin (1990) dan Asri
Hj Ahmad (1992) yang mendapati bahawa faktor untuk membersihkan tanggapan masyarakat
tentang poligami ini berkaitan dengan sikap, amalan pelaksanaan dan persekitaran mempunyai
perkaitan yang rapat dengan amalan poligami ini.

Justeru, memandangkan setakat ini belum terdapat kajian terperinci yang mengkaji
tentang amalan berpoligami dan kesannya terhadap pembangunan keluarga di kalangan orang
awam dan anggota pasukan keselamatan, khususnya di Malaysia, sehinggakan merangkumi
dapatan kajian pengalaman isteri yang dimadukan, sikap suami dan anak serta sejauh mana
10

penerimaannya, pembinaan hubungan kekeluargaan dan apa yang berlaku sebelum dan selepas
berpoligami, pencapaian terbaik mereka yang berpoligami dalam merapatkan hubungan
kekeluargaan dan pemahaman dari sudut undang-undang syara dan agama maka pengkaji
merasakan kajian ini wajar dijalankan dan merupakan satu keperluan dalam memberikan
pemahaman yang jelas kepada individu dan masyarakat tentang poligami.
Berdasarkan kepada latarbelakang masalah kajian yang telah disebutkan tadi, persoalan
pokok atau masalah kajian ini adalah untuk memastikan apakah perlaksanaan poligami pada hari
ini akan memberikan kesan positif atau negatif terhadap pembangunan keluarga samada dari segi
hubungan kekeluargaan, ekonomi dan tanggungjawab sosial.

4. MASALAH KAJIAN
Berdasarkan kepada latarbelakang masalah kajian yang telah disebutkan tadi, persoalan
pokok atau masalah kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah perlaksanaan poligami di
kalangan orang awam dan anggota pasukan keselamatan pada hari ini akan memberikan kesan
positif atau negatif terhadap pembangunan keluarga sama ada dari segi hubungan kekeluargaan,
ekonomi dan tanggungjawab sosial.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ini adalah untuk:
1.

Mengenal pasti profil suami yang mengamalkan poligami di kalangan masyarakat awam dan
anggota keselamatan.
2.

Mengenal pasti profil responden dari aspek punca, pengagihan nafkah, hubungan,
masalah dan sikap adil.

3.

Mengenal pasti profil isteri yang terlibat dalam poligami.

11

4.

Mengenal pasti hubungan di antara isteri dan suami setelah berpoligami dari aspek sikap
suami, giliran bermalam, kadar nafkah, masalah, perasaan isteri, pergaulan dan
penerimaan poligami.

5.

Mengenal pasti profil anak responden yang berpoligami.

6.

Mengenal pasti pandangan anak responden yang berpoligami dari aspek perhatian, adil,
perasaan, perhubungan, sikap, pergaulan, kemesraan, menyayangi bapa dan kesan
terhadap anak-anak.

6.

KERANGKA TEORI KAJIAN

Teori asas dan andaian penulis ialah situasi yang membawa turunnya ayat 3 surah Annisayang
memberi makna:
dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,
atau (pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Jelasnya melalui terjemahan ayat ini, ianya menunjukkan kepada pengharusan poligami
dalam Islam beserta dengan syarat-syarat yang jelas dalam al-Quran itu merupakan asas dan
bukti bahawa perlunya kita mengkaji semula syarat-syarat permohonan poligami dalam
masyarakat Islam kini agar kelonggaran Allah ini tidak disalahgunakan. Ini memandangkan
berbagai persoalan yang timbul khususnya berkaitan dengan kewibawaan dan tangungjawab
dalam menentukan keadilan berpoligami, yang mana ianya membawa kesan terhadap institusi
kekeluargaan (Abdul Wahid Baharon 1992).
Justeru itu, persoalan ini boleh dijadikan asas untuk dikaji samada keperluan dan
perlaksanaan poligami hari ini benar-benar mengikut kehendak syariat ataupun tidak.
12

7. HIPOTESIS
Hipotesis kajian ini boleh dibahaskan kepada dua perkara iaitu:
1.

Pengamalan poligami dalam masyarakat Islam hari ini sebenarnya akan mendatangkan

kesan positif atau negatif bergantung kepada kredibiliti dan tanggungjawab seorang suami.
Poligami akan memberikan kesan positif seandainya pihak suami memenuhi segala tuntutan
syarak dalam berpoligami seperti bertanggungjawab bagi kedua-dua belah pihak dan dapat
berlaku adil sebagaimana yang digariskan serta mempunyai kemampuan terutama dari segi
material.
2.

Poligami akan memberikan kesan negatif kepada pembangunan sesebuah keluarga

seandainya pihak suami tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagaimana tuntutan syarak
dan tidak dapat berlaku adil samada dari segi zahir atau batin. Seandainya kesan daripada
perlaksanaan poligami banyak menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu khususnya isteri dan
anak-anak, pengamalan poligami ini dianggap tidak dapat mencapai objektif pengharusannya.

8. KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian permasalahan pengamalan poligami khususnya dalam kalangan orang
Islam ini adalah untuk mengenalpasti situasi-situasi yang mengharuskan poligami terutama di
zaman yang serba mencabar ini. Kajian ini amat penting untuk dijadikan penilaian sejauhmana
keperluan dan perlaksanaan terhadap poligami beserta dengan tanggungjawab-tanggungjawab
yang diamanahkan oleh Allah ini menepati tuntutan syariat Islam dan mencapai objektif
pengkhususannya sebagaimana yang banyak disebut di dalam surah al-Nisa. Justeru, penulis
meyakini bahawa kajian ini dapat menjadi bahan rujukan pengamal undang-undang, pertubuhan
organisasi persendirian, Jabatan Agama Islam dan Pihak Kementerian termasuk tentera dan polis
yang terdapat badan keagamaan di dalamnya.

13

9. SKOP DAN LOKASI KAJIAN


Kajian ini khususnya adalah untuk membuat penilaian sejauhmana pengamalan dan
perlaksanaan poligami hari ini menepati kehendak syariat. Secara praktikalnya, penulis telah
memilih pengamal poligami di tiga negeri di Semenanjung Malaysia sebagai sampel kajian iaitu
Perlis, Wilayah Persekutuan dan Pahang dan negeri -negeri ini dipilih sebagai sampel
memandangkan kedudukannya yang mewakili beberapa bahagian Semenanjung Malaysia. Tiga
buah kem Angkatan Tentera Malaysia dan tiga buah balai polis juga dikenalpasti di ketiga-tiga
negeri bagi tujuan mengumpul data di kalangan anggota keselamatan. Mereka ini dipilih
bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti cara pengamalan dan perlaksanaan poligami dalam
masyarakat hari ini.
Bagi tujuan kajian, pengkaji telah mengenalpasti pengamal poligami dan kebanyakan
maklumat ini diperolehi daripada data-data yang terdapat di Mahkamah Syariah negeri-negeri
yang terlibat. Secara kasarnya, pengkaji menjangkakan akan mengambil masa lebih kurang enam
bulan untuk mengumpul dan menganalisa segala maklumat.

10. HURAIAN ISTILAH


Sebagaimana keutamaan dalam penulisan, pengkaji akan memperjelaskan beberapa frasa
penting yang berkait dengan tajuk kajian agar penjelasan ini nanti akan memudahkan untuk
memahami isi-isi kandungan seterusnya.
Menurut Kamus Dewan, perkataan amalan ini bermaksud sesuatu yang dilakukan atau
dilaksanakan sebagai satu kebiasaan. (Kamus Dewan 1993). Bersesuaian dengan tajuk ini,
amalan yang dimaksudkan di sini adalah perlakuan atau perlaksanaan sesuatu perkara yang
menjadi kebiasaan pada golongan tertentu.
Manakala berpoligami pula bermaksud mengamalkan poligami, iaitu mempunyai lebih dari
seorang isteri pada masa yang sama. (Kamus Dewan 1993). Sementara itu yang dimaksudkan
dengan kesan pula ialah kesudahan atau akibat daripada sesuatu perbuatan. Dalam konteks ini,
14

kesan yang akan dibincangkan ialah natijah yang terhasil dari pengamalan poligami samada
berbentuk kebaikan atau keburukan.
Frasa seterusnya iaitu pembangunan yang membawa maksud satu proses membangun untuk
mencapai kemajuan. (Kamus Dewan 1993). Manakala menurut perspektif Islam pula,
pembangunan ialah satu perubahan dan perkembangan aspek kehidupan ke arah yang lebih baik
meliputi semua peringkat dengan berteraskan iman kepada Allah s.w.t dan tidak terpesong dari
landasannya. (Norumaza Hashim 1997). Justeru, pembangunan di sini bolehlah ditafsirkan
sebagai satu proses untuk meningkatkan kehidupan manusia ke tahap lebih maju. Sungguh pun
demikian, melalui kajian ini akan dilihat samada amalan berpoligami ini akan memberi kesan
positif atau negatif kepada proses pembangunan kehidupan berkeluarga samada dari segi
hubungan kekeluargaan, ekonomi dan tanggungjawab sosial.
Manakala perkataan keluarga bermaksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan
isteri sahaja atau beserta anak-anak. Oleh itu, perbincangan mengenai kesan poligami ini akan
lebih tertumpu kepada suami, isteri dan anak-anak dari keluarga yang berpoligami.
Perkataan anggota keselamatan di dalam penulisan ini pula merujuk kepada anggota
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Secara keseluruhannya, perbincangan kajian ini adalah berkisar tentang perlaksanaan
poligami dan adakah pengamalan ini akan membawa kesan positif atau negatif kepada proses
untuk meningkatkan tahap kehidupan berkeluarga sebagaimana yang telah dinyatakan tadi.

11. ULASAN PENULISAN


Persoalan yang menjadi tajuk utama kajian ini ialah sejauhmana pengamalan dan
perlaksanaan poligami hari ini menepati dengan kehendak syariat. Secara keseluruhannya, isu
poligami ini telah banyak diperbincangkan semenjak dari dahulu lagi. Malah melalui al-Quran,
hadis dan amalan Rasulullah s.a.w sendiri sudah menjelaskan bahawa poligami bukanlah suatu
amalan yang baru dalam dunia ini. (Saodah Abdul Rahman 1996).

15

Tidak dinafikan ada penulisan terdahulu dan terkini yang membincangkan tentang topik
poligami ini sebagai contohnya melalui Tafsir al-Quran oleh Ibnu Kathir. (Imad al Din 1960),
yang banyak membahaskan tentang konsep poligami berlandaskan al-Quran dan sunnah nabi
Muhammad saw. Terdapat juga dalam kitab Al-Jami Li Ahkam al Quran (Al Qurtubi 1973) yang
berbicara tentang amalan sunnah dan pendekatannya serta kaitannya dengan amalan poligami
yang diamalkan oleh Rasulullah. Dalam dua kitab yang dinyatakan ini lebih menumpukan
kepada konsep sebenar poligami dalam Islam melalui tafsiran-tafsiran ayat al-Quran dan hadis
termasuk perbincangan melalui hukum-hukum feqah.
Seterusnya perbincangan ini diteruskan melalui penulisan seperti al-Ahwal alSyakhsiyyah (Muhammad Abu Zahrah 1950), Huquq al Nisa Fi al Islam (Muhammad Rasyid
Ridha 1984), Makanat al Marah Fi al Islam (Muhammad Atiyyah 1980), Fiqh al Sunnah
(Sayyid Sabiq 1985) dan al Zawaj wa al Talaq Fil Islam (Badran 1985). Lima kitab ini secara
ringkasannya banyak membincangkan tentang sebab-sebab pengharusan poligami, syarat serta
hikmah yang ada di dalam amalan poligami.
Terdapat penulisan-penulisan buku yang terkini bagi pemahaman masyarakat khususnya
seperti Salah Guna Poligami: Wanita Menjadi Mangsa (Amran Kasimin 1996) yang banyak
menerangkan tentang isu poligami terutama tentang keharusan poligami dalam Islam dan
perlaksanaan yang seharusnya mengikut landasan syarat agar ia tidak memberi kesan negatif
kepada wanita. Buku bertajuk Poligami: Hak Keistimewaan Menurut Syariah Islam (Zaini
Nasohah 2000) juga menerangkan tentang pengharusan poligami dalam Islam serta isu-isu yang
berhubung dengan amalan poligami oleh masyarakat Malaysia. Beliau juga menyentuh tentang
Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam berhubung kes-kes poligami di Malaysia.
Disamping itu, jurnal Syariah bertajuk Poligami di Malaysia oleh Raihanah Haji Abdullah pula
menerangkan tentang isu poligami di Malaysia dan kepentingan Undang-undang Keluarga Islam
untuk mengawal amalan poligami agar tidak berlaku penyelewengan dalam institusi
kekeluargaan.
Selain itu buku bertajuk Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam oleh Zaleha
Muhamat adalah hasil kajian kajian tentang poligami di tiga buah negeri di Utara
Malaysia.Beliau menganalisis dapatan daripada soal selidik berhubung amalan poligami di
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kajian beliau menjurus ke arah perlaksanaan poligami di tiga
16

buah negeri tersebut dan ulasannya lebih kepada cadangan penyelesaian terhadap masalah yang
dihadapi dalam berpoligami.
Secara keseluruhannya penulisan-punulisan ini ini adalah terkini kerana ia banyak
menekankan tentang isu poligami di Malaysia dan kepentingan Undang-undang Keluarga Islam
untuk mengawal masalah poligami. Walau apa pun pendekatan yang diambil, penulisanpenulisan tersebut memberi banyak informasi terkini, terutama berhubung dengan peruntukan
poligami dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam.
Disamping itu terdapat juga penulisan ilmiah di peringkat sarjana yang membincangkan
persoalan yang berkaitan dengan poligami iaitu Poligami dari Perspektif Islam: Satu kajian kes
di Kuala Lumpur (1992), yang ditulis oleh Asri Haji Ahmad. Walau bagaimanapun di dalam
penulisan ini beliau lebih banyak menumpukan kepada tanggungjawab suami terutama dari segi
nafkah dalam berpoligami.
Selain itu, terdapat juga penyelidikan ilmiah diperingkat ijazah pertama yang hampir sama
membincangkan tentang amalan poligami di Terengganu iaitu kajian oleh Siti Zainab
Muhammad yang bertajuk, Poligami dari Perspektif Islam: Satu Kajian Mengenai Amalan dan
Kesannya Dalam Masyarakat Di Negeri Terengganu Darul Iman. (1990). Walaupun begitu
kajian ini pada dasarnya berbeza dari segi lokasi dan pendekatan. Beliau menjadikan daerah
Besut sebagai sampel lokasi kajian dan dari segi pendekatan dan dilihat cara penganalisaan yang
agak mudah di mana beliau menyatakan sebab dan kesan poligami secara umum. Berbeza
dengan kajian pengkaji iaitu penganalisaan terhadap kajian dibuat secara khusus untuk
mengenalpasti adakah cara pengamalan dan perlaksanaan poligami di kawasan kajian menepati
kehendak syariat di samping membincangkan kesan-kesan positif atau negatif poligami terhadap
suami, isteri dan anak-anak.
Kajian ini adalah penting untuk mengenalpasti perlaksanaan poligami dari sudut pandangan
yang berbeza daripada mereka yang terlibat dan masalah yang dihadapi yang akan memberi
kesan terhadap pembangunan keluarga.
Berdasarkan kepada kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang telah dijalankan sebelum
ini, signifikannya kajian pengkaji berbanding kajian-kajian itu adalah, kajian pengkaji ini lebih
17

menitikberatkan kepada perlaksanaan poligami di Wilayah Persekutuan dan memfokuskan kesan


amalan poligami samada positif atau negatif terhadap pembangunan keluarga.
Meskipun penulisan di atas tidak benar-benar topik kertas projek ini, tetapi ia telah
membantu kajian ini terutama dalam membina landasan teori yang jelas.

12. METODOLOGI PENULISAN


Dalam penyediaan sesuatu penulisan yang berbentuk ilmiah, penggunaan penyelidikan
adalah merupakan satu kemestian yang tidak dapat dinafikan kerana hasil daripadanya adalah
merupakan fakta-fakta yang boleh diterima tanpa keraguan. Diantara metode penulisan yang
digunakan oleh penulis dalam menyiapkan kertas projek ini adalah seperti berikut:

1. Metod Penentuan Subjek


Dalam menentukan subjek penelitian, penulis menggunakan metod sampling iaitu dengan
menjadikan Perlis,Wilayah Persekutuan dan Pahang dan sebahagian pasangan poligami terdiri
dari kalangan orang awam dan anggota keselamatan serta anak daripada ibubapa yang
berpoligami dipilih secara rawak sebagai sampel penelitian. Hasil daripada sampel tersebut
penulis dapat membuat kesimpulan keseluruhannya tentang pengamalan poligami di kawasan
kajian.
2. Metod Pengumpulan Data
Dalam usaha untuk mengumpul data, penulis menggunakan beberapa kaedah pengumpulan
data antaranya ialah:
i) Penyelidikan Perpustakaan
Dalam persediaan penulisan ini penulis telah membuat penyelidikan di beberapa buah
perpustakaan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara bahan bacaan dan rujukan
penting seperti buku-buku ilmiah, kitab-kitab fiqh, artikel-artikel dan dokumen-dokumen lain
yang berkaitan kebanyakannya didapati di perpustakaan-perpustakaan utama antaranya:
18

a) Perpustakaan Utama Universiti Malaya


b) Perpustakaan Peringatan Zaaba Universiti Malaya
c) Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa
d) Perpustakaan Negara
e) Perpustakaan Utama II Sains Malaysia
f) Perpustakaan Awam Pusat Islam
ii) Temubual
Metod temubual juga adalah salah satu cara pengumpulan data yang dilakukan melalui
temubual penulis samada secara formal atau tidak formal dengan mereka yang terlibat secara
langsung dalam permasalahan yang dikaji. Antara sasaran penulis yang utama temasuklah
temubual dengan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tuan
Haji Yunus Md Zain al Hafiz dan Penolong Pesuruhjaya (Pembangunan Keluarga), Jabatan Kor
Agama Angkatan Tentera Mejar Nadzri Munsman .

iii) Soal Selidik


Penulis telah menyediakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada 120 buah keluarga di
ketiga-tiga negeri yang terdiri daripada pasangan berpoligami dari kalangan orang awam dan
anggota keselamatan dan juga anak-anak daripada ibu bapa yang berpoligami sebagai memenuhi
keperluan kajian.
Penulis akan mengedarkan borang soal selidik mulai Januari 2016 sehingga Februari 2016
Disember 2016. Dalam tempoh itu, penulis akan menghubungi responden dan ketua kawasan
untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh responden semasa menjawab borang soal
selidik tersebut.
Dalam mengedarkan borang soal selidik ini, penulis menggunakan dua kaedah iaitu samada
dengan mendapatkan alamat awal responden yang berpoligami daripada Mahkamah Syariah dan
19

seterusnya meminta bantuan daripada ketua kawasan masing-masing untuk mengedarkan borang
soal selidik yang telah disediakan atau penulis akan membuat janji temu dengan responden agar
dapat meluangkan masa untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan.
iv) Pemerhatian
Dalam proses pengumpulan data, penulis juga mengambil kesempatan untuk membuat
pemerhatian secara teliti terhadap kehidupan responden yang berpoligami bertujuan untuk
mengatahui hal sebenar kehidupan mereka. Dari sini penulis dapat menganalisa secara logik akal
samada keterangan yang diberikan adalah benar ataupun yang sebaliknya.
3. Metod Analisis Data
Kaedah ini juga ialah proses mengkaji data-data dan maklumat yang telah dikumpulkan. Untuk
tujuan ini, penulis telah menggunakan beberapa kaedah analisis data iaitu:

a) Induktif
Metod induktif ialah satu cara menganalisis data melalui pola berfikir yang memberi pembuktian
dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang umum. Metod ini digunakan
dalam menganalisis persepsi responden di mana kesimpulan dibuat berdasarkan kepada data-data
dan maklumat yang telah dikumpulkan.
b) Penjadualan
Penggunaan metod ini akan memudahkan penganalisaan seterusnya dijalankan serta dapat
menyalurkan maklumat yang jelas kepada pembaca. Di samping itu, ia akan memperjelaskan lagi
peratusan dan statik sesuatu maklumat yang diperolehi. Untuk ketepatan penganalisaan, borangborang soal selidik ini dianalisa secara berkomputer dengan menggunakan teknik SPSS (Social
Statistical Package For The Social Sciences).
c) Deduktif
Ia adalah satu cara menganalisa data melalui pola berfikir yang mencari pembuktian dengan
berpegang kepada dalil-dalil yang umum terhadap dalil-dalil yang khusus. Contohnya dalam
20

menyatakan tentang perlaksanaan poligami samada dari segi hukum, syarat dan persyariatannya,
penulis akan membawa bukti-bukti yang akan menyokong kenyataan ini samada daripada alQuran, al-Sunnah, ijma dan pendapat-pendapat ulama.
d) Komparatif
Penulis juga menggunakan metod komparatif iaitu ketika membuat analisa data yang diperolehi
dari jawapan-jawapan para responden dalam bab kempat dan hasil dari perbincangan ini penulis
membuat kesimpulan untuk bab terakhir.
JANGKAAN KEPADA ILMU PENGETAHUAN BARU DAN NILAI GUNAAN HASIL
KAJIAN
Memandangkan terdapat kemusykilan dalam pengamalan poligami terutama dalam soal
kriteria lelaki yang layak untuk berpoligami. Maka pihak berkuasa seharusnya meletakkan garis
panduan dan syarat-syarat khusus untuk seorang lelaki berpoligami. Walaupun telah terdapat
peruntukan undang-undang tentang syarat-syarat untuk berpoligami di kebanyakan negeri di
Malaysia, namun masih timbul lagi kritikan dalam perlaksanaannya.
Pihak berkuasa haruslah mengkaji secara ditil tentang latarbelakang pemohon dan bukan
hanya bergantung kepada butir-butir yang diisi dalam borang permohonan. Tindakan memanggil
isteri yang sedia ada untuk memberi keterangan adalah jalan terbaik kerana isteri yang mengenali
kemampuan suami dari segi zahir dan batin. Walaupun Islam tidak mewajibkan keizinan isteri
untuk berpoligami, namun pandangan isteri seharusnya diambil kira apatah lagi dalam keadaan
mereka mempunyai anak-anak dan isteri yang sedia ada tidak mengalami sebarang keuzuran
untuk melayan suami. Keizinan isteri ini adalah suatu langkah untuk mengawal amalan ini
supaya ianya berlaku dengan tanggungjawab tanpa berlaku darar di pihak isteri pertama dan
anak-anak.
Pihak berkuasa perlulah sentiasa prihatin agar perlaksanaan poligami yang bertentangan
dengan syariat dapat dielakkan. Berhubung dengan sebab-sebab berpoligami, terdapat pemohon
yang memberi alasan bahawa poligami ini adalah bertujuan untuk mengelakkan diri daripada
melakukan maksiat atau sudah terlanjur. Walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai
ekonomi yang kukuh, namun keadilan suami bukanlah terletak kepada ekonomi semata-mata
21

tetapi juga dikira ahklak dan tabiat suami. Alasan sebegini seharusnya diberi perhatian kerana ia
berkait rapat dengan ahklak suami yang akan mentadbir dua buah keluarga. Sekiranya hal yang
berkaitan dengan nafsu tidak dapat dikawal, bagaimana mereka boleh mentadbir keluarga dengan
baik dalam keadaan diri dikuasai nafsu.
Pihak berkuasa juga haruslah cepat mengambil tindakan sekiranya terdapat sebarang aduan
tentang permasalahan poligami. Hal ini jika dibiarkan berlarutan dan mengambil masa yang lama
untuk diselesaikan, banyak pihak yang akan menerima kesan negatif.
Keseragaman undang-undang juga penting bagi seluruh negeri di Malaysia samada dari segi
syarat, denda dan apa-apa prosedur yang berhubung dengan poligami. Ini adalah bertujuan untuk
mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan saling tuding menuding antara satu
sama lain tanpa penyelesaian. Walaupun sudah diwar-warkan oleh kerajaan tentang keseragaman
undang-undang ini, namun tindakan segera haruslah diambil kerana permasalahan akan
bertambah dari masa ke semasa.
Bagi menjamin pencapaian objektif pengharusan poligami dalam Islam, kajian-kajian lanjut
dan pandangan-pandangan tentang kekeluargaan Islam seharusnya diberi perhatian secara
berterusan agar permasalahan yang berhubung dengan institusi kekeluargaan tidak dipandang
remeh. Ini kerana keunggulan sesebuah masyarakat itu adalah berteraskan kepada keutuhan
sebuah keluarga yang tinggi nilai disiplin dan akhlaknya. Sebuah kehidupan yang berdasarkan
kepada syariat pasti akan menjamin kesejahteraan dunia dan akhirat.

22

BIBILIOGRAFI
AL-QURAN AL-KARIM
BUKU-BUKU DALAM BAHASA ARAB (TERMASUK KAMUS)
Abu Zahrah, Muhammad (1950), al-Ahwal al-Syakhsiyyah. Kaherah: Dar al-Fikri al-Arabi
___________ (1957), Al-Ahwat Al-Syakhsiyyah, ed. 3, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabi.
Albani, Muhammad Nasr al-Din al- (1988), Sahih Sunan Ibn Majah. ed. 3. Beirut: Al-Maktab alIslami.
Badran, Abu al-Aynayn Badran (1985), Al-Zawaj Wa Talaq Fi Islam. Iskandariyyah: Muassasah
Syabab.
Bukhari, Abu Abd Allah Muhammad b. Ismail b. Ibrahim b. al-Mughirah b. Bardaziyyah al(t.t.), Sahih al-Bukhari bi Syarh al-Karmani. Beirut: Dar lhya Turath al-Arabi.
Bukhari, Abu al-Tayyib Siddiq b. Hassan al- (1992), Fath al-Bayan Fi Maqasyid al-Quran.
Beirut: al-Maktabah al-Asriyyah.
Harun Din (1985), Al-Nafaqah wa al-Syiqaq wa Taaddud al-Zawjat wa Kaifa Alajaha alIslam, Kuala Lumpur: T.P.
Ibn Hajjaj, Abu al-Husayn Muslim (t.t), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi. Beirut: Dar al-Kitab
al-Ilmiyyah.

23

Ibn Kathir, Imad al-Din Abu al-Fida Ismail b. Ibn Umar (1996), Tafsir al-Quran Azim,
Beirut: Dar al-Kitab al-Ibniyyah.
Ibn Arabi, Abu Bakar Muhammad b. Abd Allah (1998). Ahkam al-Quran Beirut: Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah.
Ibrasi, Muhammad Atiyyah al- (1980), Makanah al-Marah Fi al-Islam. Mesir: Maktabah Mir.
Maafiri, Abu Muhammad Abd Malik b. Hisyam al- (1978), al-Sirah al-Nabawiyyah,c. 3.
Kaherah: Maktabah al- Kuliyyat al-Azhariyyah.
Maqdisi, Abu Muhammad b. Ahmad B. Muhammad b. Qudamah al-(1990), al-Mughni, c, 4. AlMamkalah al-Arabiyyah al-Su udiyyah. Dar Alim al-Kutub.
Mughniyyah, Muhammad Jawaid (1964), al-Ahwat al-Syakhsiyyah. Beirut: Dar al-Ilm
Lilmalayin.
_______________ (1984), al-Fiqh Ala al-Madhahib al-Khomsah. Beirut: Dar al-Jawad
Abd al-Salam, Izz al-Din Abd al-Aziz (1996), Tafsir al-Quran, c. 1. Beirut: Dar Ibn Hazm.
Abdal-Wahab, Ahmad (1989), Taaddud Nisa al-Anbiya wa Makanat al-Murah al-Yahudiyyah
wa al-Masihiyyah wa al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah.
Asqalani, Ahmad b. Hajar al- (1993), Bulugh al-Maram Min Adillah al-Ahkam. Riyadh:
Maktabah Dar al-Salam.
Naysaburi, Abu al-Hasan Ali b. Ahmad al-Wahidi al-(1994), Al-Wasit Fi Tafsir al-Quran alMajid. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Naysahuri, Mahmud b. Abu al-hasan b. al-Husayn al-(1990), Wadah al-Burhan Fi Musykilat alQuran. Beirut: al-Dar al-Syamiyyah
Naysahuri, Nizam al-Din al-Hasan b. Muhammad b. Husin al-(1996), Tafsir Gharaib alQuran Wa Raghaib al-Furqan. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Umar Furukh (1951), al-Usrah Fi al-SyarI al-Islami. Beirut: T.P.

24

Uqlah, Muhammad (1989), Nizam al-Usrah Fi al-Islam. Amman: Maktabah al-Risalah alHadithah.
Qutb, Muhammad b. Ahmad al-Ansari al- (1947), Al-Jami Li Ahkam al-Quran. Kaherah:
Matbaah Dar al-Kutub al-Misriyyah.
____________ (t.t), Bidayah al-Mujtahid Fi Nihayah al-Muqtasid. T.T.P.: Dar al-Fikr.
Rida, Muhammad Rasyid (1984), Huquq al-Nisa Fi al-Islam. Beirut: al-Maktab al-Islami.
Sajastani, Abu Dawud Sulayman b. al-Asyath al- (t.t). Sunan Abi Dawud. Beirut: Dar Ibya alTabawiyyah.
Samarqandi, Ala al-Din al-(1984), Tuhfat al-Fuqaha. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Sarakhsi, Syams al-Din Muhammad b. Ahmad al- (1986), al-Mabsut. Beirut: Dar al-Marifah.
Sabiq, Sayyid (1985), Fiqh al-Sunnah, c.7. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.
Sayyis, Muhammad Ali al-(t.t). Tafsir Ayat al-Ahkam,T.T.P.: T.P.
Suyuti, Jalal al-Din Abd al-Rahman b. Abi Bakral-(t.t.), Sunan al-NasaI. Beirut: al-Maktabah
al-Ilmiyyah.
Syaibani Ibn al-Diba al-(t.t.), Tafsir al-Wusul Ila Jami al-Usul Min Hadith al-Rasul. Kaherah:
Muassasah al-Halabi.
Syaltut, Mahmud (1996), Al-IslamAqidah wa-Syariah. Kaherah: Dar al-Alam.
__________ (t.t.), Tafsir al-Quran al-Karim, 10j. c. 2. Kaherah: Dar al-Qalam.
Syarawi, Muhammad Mutawalli al-(t.t.), Tafsir al-Syarawi. T.T.P.: Akhbar al-Yaum.
Syawkani, Muhammad b. Ali b. Muhammad al-(1973), Fath al-Qadir. T.T.P.: Dar al-Fikr.
_____________ (t.t.), Nayl al-Autar. Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyyah.
SyafiI, Abu Abd. Allah Muhammad b. Idris al- (t.t.), al-Umm. Mesir: Matbaah al-Kubra.
____________(1980), Musnad al-Imam al-SyafiI, Beirut: Dar al-Kutub al Ilmiyyah
25

Syirazi, Abu Ishaq Ibrahim b. Ali Yusuf al-Fayruz Abadi al- (t.t.), al-Muhadhdhab Fi Fiqh alImam al-Syafi i. Mesir: Al-Babi al-Halabi.
Tantawi, Muhammad Sayyid al-(1997), al-Tafsir al-Wasit Lil Quran al-Karim. Kaherah: Dar
Nahdah Misr.
Tirmidhi, Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah al- (t.t.), Sunan al-Tirmidhi. Madinah: alMaktabah al-Salafiyyah.
__________(1973), Al-Jamial-Sahih wahuwa Sunan al-Tirmidhi. Kaherah: Matbaah Mustafa
al-Babi al-Halabi.
Tusi, Abu Jaafar Muhammad b. Hassan al- (t.t.), Al-Tibyan Fi Tafsir al-Quran, T.T.P.: Dar Ihya
al-Turath al-Arabi.
Wafi, Ali Abd. Wahid (t.t.), al-Marah Fi al-Islam. Al-Fujalat: Maktabah Gharib.
Zaydan, Abd al-Karim (1994), al-Mufassal Fi Ahkam al-Marah wa al-bayi al-Muslim Fi alSyariah al-Islamiyyah, c. 2. Beirut: Muassasah al-Risalah.
Zubayliy, Wahbah al-(1991), Al-Tafsir al-Munir. Beirut: Dar al-Fikr al-Maasir.

BUKU-BUKU DALAM BAHASA MALAYSIA (TERMASUK KAMUS)


Abbas Husni Muhammad (1996). Perkembangan Fiqah Islam. Mohd Asri Hashim (terj.). Kuala
Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Abd. Jalil b. mohd Hassan (1993), Perkahwinan Dalam Islam Berdasarkan Kepada Hukum,
Dalil, Hikmat Dan Panduan Kebahagiaan, Kuala Lumpur: A.S. Nordeen.
Abdul Aziz (1992), Kursus Dan Bimbingan Perkahwinan. Kuala Lumpur: Darul Numan.
26

Abdul Nasir , Taufiq AlAthar (1976), Poligami Di Tinjau Dari Segi Agama, Sosial Dan
Perundang Undangan. Chadidjah Nasution (terj.). Jakarta: Bulan Bintang.
Afzalur Rahman (1993), Ensiklopedia Sirah. Norhayati Mohd Nor (terj). Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Muhammad al-Hufi (1984, Kenapa nabi Muhammad Berpoligami.. Ibrahim Awang
(terj.). Kuala Lumpur: Pustaka Al Mizan.
Amran b. Kasimin (1990). Salah Guna Poligami. Wanita Menjadi Mangsa. Kuala Lumpur:
Pustaka Al-Mizan.
Asiah Ali (1993), Muslimat Pencorak Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.
Dusuki bin Haji Ahmad (1978), Poligami Dalam islam, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia.
Ibn Hasyim (1992), Personaliti Perkahwinan. Kuala Lumpur: G.G. Edar
Kamus Dewan, (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (1993), Kursus Perkahwinan Dan Undang-Undang Keluarga
Islam, Kuala Lumpur: Karya Abazie.
Mohd Rushdi Yusof (1993), Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Perspektif Islam.
Sumatera: Penerbitan Insan Digjaya.
Mohd. Sanusi bin haji Mahmood (1980). Undang-Undang Keluarga Dalam Islam. Kota Bharu:
Syarikat Dian Sdn. Bhd.
Muhammad al-Mansur (1998), Hukum Hakam Perkahwinan. Johor Bharu. Perniagaan Jahabersa.
Mustafa Hj Daud (1992), Institusi Kekeluargaan Islam, c. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

MAJALAH DAN JURNAL


27

Noritah Sulaiman (1997), Poligami Keadilan Suami, Al-Islam, Bil. 77, Januari 1997.
Raihanah Haji Abdullah (1997), Poligami Di Malaysia, Jurnal Syariah, Jil. 5, Bil. 2, Julai
1997.
Saodah binti Abdul Rahman (1996), Poligami Sunat Muakad?. Dakwah, Bil. 233, Oktober
1996.

28

Anda mungkin juga menyukai