Anda di halaman 1dari 3

Stilistik

Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang
berkaitan dengan disiplin linguistik. stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang
dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. stilistik
memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya yakni gaya sastera dan gaya
bukan sastera. dengan lain perkataan, ilmu stilistik adalah ilmu linguistik yang
kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa.

Fokus stilistik
fokus utama ilmu stilistik adalah menjawab kepada apa gaya bahasa yang digunakan? gaya
bahasa merujuk terus kepada gaya unik seseorang penulis dalam menyampaikan idea
kepada pembaca mengikut pandangannya. selain itu, tupuan stilistik melingkupi kenapa
gaya bahasa sedemikian digunakan (tujuan) penulis menggunakan gaya bahasa tersebut
yang terbahagi kepada dua unsur iaitu gaya menurut sistem bahasa dan gaya menurut seni
bahasa.

Ciri-ciri stilistik bahasa


ciri utama stilistik bahasa adalah indah dan menarik. ciri tersebut merupakan gambaran
kepada keunikan penulis dalam mencetuskan sesuatu karya sastera menurut gaya dan
stailnya yang tersendiri. selain itu, stilistik bahasa juga bersifat menyenangkan dan
memiliki nilai estatika.

Stilistik dari sudut sastera


stilistik mengkaji secara keseluruhan karya dengan menerapkan kajian ilmu linguistik
dalam penggunaan bahasa. karya sastera berbeza antara satu sama lain kerana
penggunaan gaya bahasa digunakan untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan
Austin Warren 1966 menyatakan bahawa stilistik bertujuan untuk meneliti penggunaan
bahasa yang menyimpang daripada norma dan barusaha menemukan nilai estatik.

Prinsip Stilistik
1 - mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada
kemampuan berbahasa sebagai satu anugrah dan bakat seseorang penulis. karya sastera
adalah huraian tentang kebolehan mengarang bagi seseorang penulis.
2 - menerangkan aspek tema yakni pendekatan struktural. penelitian menggunakan
pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina
keseluruhan karya.

3 - memperlihatkan gaya keperibadian seseorang pengarang. Murry J.M (1967),


mengatakan bahawa kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam
eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diks serta struktur kalimat yang
mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. perbezaan stail dalam kalangan
penulis disebabkan oleh beberapa aspek iaitu, pendidikan, keperibadian, pengalaman dan
sikap penulis.

4 - menghuraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat


dilakukan. pendekatan kajian morfologi dan sintaksis mampu menghuraikan pelbagai
genre dan jenis perkataan dan ayat yang digunakan. oleh kerana itu, seseorang pengkaji
perlu mengusai aspek sosiologi dan dialektologi.

5 - membantu pembaca memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks
yang digunakan oleh pengarang. misalnya penggunaan kata dan diksi dari bahasa daerah
dan tempatan dapat memperkaya perbendeharaan kata di samping merupakan satu gaya
dan stail pengarang.

6 - menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya kerana semasa berkarya


seseorang didorong oleh pelbagai keadaan dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya.
hasilnya pengkaji dapat menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang
mendorong seseorang untuk berkreatif.

7 - digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak


ramai terhadap sesebuah karya. oleh itu, stilistik dapat menjelaskan kesan penggunaan
bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan, kesedihan, kemarahan,
semangat terhadap penggunaan penanda dan petanda bahasa yang yang digunakan untuk
mengungkapakan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Hubungan bahasa dan sastera


disiplin ilmu linguistik yang digunakan ialah Fonologi,Morfologi, Sintaksis dan Semantik
yang diguna pakai dalam menganalisis kesusteraan tradisional dan moden, prosa dan puisi
serta aliran dan pemikiran.

Kedudukan bahasa dalam sastera


bahasa merupakan suatu seni yang bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai
keindahan. susastera bermaksud seni bahasa yang indah.

Penulis dan bahasa


penulis merupakan pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk dalam masyarakat.
selain itu, penulis merupakan pentafsir kepada sesuatu isu yang berlaku di sekeliling
masyarakatnya.

Bahasa dalam teks sastera


penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka dengan
menerapkan unsur emotif, suspen, ketegangan dan peleraian. penerapan unsur
sedemikian ditandai dengan pemilihan kata dan diksi.

Ayat Tunggal
sering digunakan dalam karya sastera kerana pengucapannya cepat, aliran pemikirannya
selari dan sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas dan
interaksi bersemuka.

Hubungan bahasa dan kajian sastera


1. pendekatan stilistik
2. pendekatan analisis wacana
3. teori semiotik

Bahasa dan batas Makna


bahasa digunakan untuk
1. menyatakan maksud
2. menjelaskan sesuatu
3. mewujudkan kemesraan
4. mendapatkan kepastian dan membuat keputusan.

Penentuan makna
idea yang disampaikan berdasarkan kefahaman dan stail penulis tidak lari daripada
kelainan penerimaan daripada khalayak pembaca kerana sesuatu perkara sering kali
cendrung dilihat berdasarkan kepada budaya setempat. selain itu, faktor perbezaan
kerana perbezaan lambang bahasa yang dimiliki oleh anggota masyarakat setempat. oleh
itu, makna sesuatu ayat dan diksi seharusnya dilihat melalui isyarat bahasa.

Faktor pemahaman
setiap pembaca mempunyai tahap pemahaman yang berbeza disebabkan oleh beberpa
perkara iaitu intonasi, aliran pemikiran, pemilihan diksi, presepsi dan tanggapan serta
hubungan pembaca dangan penulis.

Anda mungkin juga menyukai