Anda di halaman 1dari 5

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda bernama Hakim yang berusaha untuk
mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalam
pertandingan ayam suatu ketika dahulu. Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya
ialah Pak Kaduk, iaitu suatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu.
Datuknya telah kalah dalam pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak
Kaduk tidak kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas
tanah miliknya. Anak Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan.
Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya
semula yang tergadai dengan bantuan rakannya, Azam yang juga merupakan seorang
peguam. Dengan hujah dan bukti yang baik Akhirnya Hakim berjaya mendapatkan tanah
tersebut semula. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam
secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam kerana
dia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa mengimport
bahan makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang sangat
banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk membantu negara bagi
menyediakan bahan makanan kepada rakyat.
Dengan pinjaman daripada pelbagai pihak, akhirnya Hakim berjaya memulakan
penternakan ayam sebanyak 10 000 ekor. Setelah hampir setahun, Hakim berbincang
dengan azam tentang pendapatan hasil ternakan ayamnya. Hakim menjelaskan kepada
Azam bahawa pendapatannya yang banyak telah dipotong untuk membayar hutang
kepada pihak RAJA dan juga hutang bank. Walaupun Hakim sendiri yang menternak
ayam, tetapi hasilnya telah diekspoitasi oleh pihak lain. Bagi Hakim, keadaan ini tidak
ubah seperti kisah datuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk merampas tanahnya.
Hakim perlu meneruskan ternakan ayam kerana tanahnya juga akan dirampas jika dia
gagal membayar hutang bank atau hutang RAJA.

Tema
Cerpen ini bertemakan kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang menceburi
bidang keusahawanandan cabaran yang dihadapi olehnya, Hakim yang mempunyai
pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai
dengan bantuan rakannya, Azam. Dengan hujah dan bukti yang baik, akhirnya Hakim
berjaya mendapatkan semula tanah tersebut. Tanah seluas empat ekar itu telah
digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

Persoalan
Pemberian nama yang baik kepada anak Pak Kaduk dan Hassan telah memberikan nama
yang baik kepada anak masing-masing . Kaduk menamakan anaknya HassanHassan
juga telah memilih nama yang baik untuk anaknya (hal.46)
Sikap cakna seseorang tentang sejarah keluarga Hakim menyedari kedudukan sebenar
Pak Kaduk dianiaya oleh raja. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama
dalam kes tanah datuknya (hal. 46)
Perjuangan bagi mengembalikan maruah keluarga yang tercemar Hakim telah berusaha
untuk menuntut hak atas tanah datuknya yang telah dirampas. Hakim memfailkan
saman menuntut hak milik Kaduk. (hal.46)
Kegigihan pemuda bagi menjayakan sesuatu perancangan Hakim sangat gigih dengan
cara berbincang dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menjayakan
ternakan ayamnya. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan (hal.48)
Penganiayaan dalam perniagaan Hakim berasa teraniaya kerana kebanyakan hasil jualan
ayamnya masuk ke kantung pihak lain. Syarikat besar seperti RAJA itu akan untung
berlipat ganda(hal.51)

Plot

Permulaan Pak Kaduk berkaga ayam dengan raja. Walaupun ayamnya menang tetapi
tanahnya dirampas oleh raja. Sejak itu, Pak Kaduk menjadi semakin miskin dan susah.
Pak Kaduk mempunyai seorang anak bernama Hassan. Hassan pula mempunyai seorang
anak bernama Hakim.
Perkembangan Hakim merupakan seorang pemuda lulusan universiti yang telah berusaha
untuk menebus tanah pusaka yang tergadai disebabkan peristiwa lampau itu. Hakim
telah meminta bantuan Azam, iaitu rakannya yang berkelulusan undang-undang. Hakim
berjaya mendapatkan tanah itu semula.
Konflik Hakim menggunakan tanah itu untuk menternak ayam secara komersial. Hakim
terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak untuk memulakan penternakan ayam.
Klimaks Hakim hanya mendapat keuntungan yang sedikit kerana hasil ternakan ayam
terpaksa dibayar kepada Syarikat RAJA dan menjelaskan hutang bank. Hakim berasaskan
bahawa keadaan ini merupakan penganiayaan terhadap dirinya.
Peleraian Akhirnya, Hakim sedar bahawa penganiayaan berlaku sejak zaman dahulu
sehingga sekarang. Pihak yang memegang kuasa ekonomi sentiasa menindas rakyat
yang miskin.
Teknik Penceritaan Pemeriaan Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup merempat
dan menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin menjadi
bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah. (hal.45)
Dialog Dah berapa kali kau menjual ayam? tanya Azam. Sudah enam kali. Ayam-ayam
kecil yang lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh. (hal.50)
Imbas kembali Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, Tuan- tuan dan puan-puan
(hal. 48)
Imbas Muka Apa gunanya membina mana ada pelancong yang nak datang (hal.66)

Watak Perwatakan
Watak Utama
Hakim Cucu Kaduk Hakim ialah anak Hassan dan cucu Kaduk. Kaduk menamakan
anaknya Hassan Hassan juga telah memilih nama iaitu Hakim yang bererti
bijaksana. (hal.46)
Peka akan perkara yang berlaku di sekeliling Hakim peka akan penganiayaan yang telah
berlaku terhadap datuknya Kaduk. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan
terutama dalam kes tanah datuknya (hal.46).
Bijaksana dalam tindakan Hakim sangat bijaksana ketika membuat perancangan untuk
mendapatkan tanah datuknya semula. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti
mencari segala bahan bukti (hal.46)
Sangat gigih melakukan sesuatu Hakim sangat gigih berusaha untuk menjayakan
ternakan ayamnya. Hakim telah beberapa kali turun naik tangga bank untuk
berbincang (hal.49).

Watak Sampingan
Azam. Azam ialah sahabat baik Hakim yang berkelulusan undang-undang. seorang
mahasiswa jurusan undang-undang. (hal.46)
Peguam yang bijak Azam merupakan seorang peguam yang bijak. Azam dengan lidah
yang fasih telah berhujah di mahkamah. (hal.47).
Suka memberikan nasihat kepada Hakim Azam seuka memberikan nasihat kepada Hakim
jika didapati Hakim membuat keputusan yang kurang bijaksana. Kau nak buat tugu Pak
Kaduk ke? Mana ada pelancong yang nak datang melawat ? tanya Azam. (hal.48)
Pandai memujuk Azam ialah seorang yang pandai memujuk Hakim ketika menghadapai
konflik. Azam memujuk pula, Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya (hal.52)

Latar
Latar tempat
Di mahkamah tempat Azam berhujah untuk mendapatkan tanah datuk Hakim yang
telah dirampas oleh raja suatu masa dahulu. (hal.47)
Reban ayam Hakim berbual-bual dengan Azam di reban ayam. (hal.56)

Latar masa
Dalam tempoh setahun Azam sampai ke reban ayam Hakim setelah setahun usia
ternakan itu. (hal.50)

Latar Masyarakat
Masyarakat yang cinta akan salasilah keluarga. Hakim berjaya membersihkan nama baik
datuknya, Pak Kaduk (hal.47)
Masyarakat yang mempunyai semangat juang. Hakim telah berjuang di mahkamah untuk
mendapatkan tanah datuknya semula dan berjuang untuk menjayakan ternakan
ayamnya. (hal.47)
Masyarakat yang sentiasa membantu dan memberikan nasihat Azam sentiasa
memberikan nasihat dan membantu Hakim. (hal.52)
Masyrakat yang menindas pihak lain. Syarikat RAJA hanya untuk mementingkan
keuntungan dan tidak mempedulikan susah payah penternak ayam. (hal.51)

Gaya Bahasa
Sinkope
aku nak dirikan sebuah memorial. (hal.47)
Repetisi
Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak (hal.51)
Personifikasi Hanya angin petang yang sesekali datang menyapa. (hal.51)

Nilai
Kegigihan - Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka
menghantar langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti (hal.46)
Kesabaran - Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun
mendapat keuntungan yang sedikit. Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan
kerja-kerja membela ayam (hal.52)
Setia kawan - Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat dan
memujuk Hakim . Azam memujuk pula, Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya
(hal.52)
Ketabahan - Hakim tabah apabila beberapa kali kertas kerjanya terpaksa dipinda dan
beberapa kali turun naik bank untuk berbincang. Hakim sudah beberapa kali turun naik
tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman (hal.49)

Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan. Hakim tetap bersabar dan
meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit.
Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan
(hal.55)

Kita hendaklah berusaha dengan gigih jika inginkan kejayaan. Hakim berusaha dengan
gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka mengatur langkah dengan tekun
dan teliti mencari segala bahan bukti

Kita hendaklah sentiasa bersama-sama rakan, sama ada ketika senang atau susah.
Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat apabila diperlukan
dan memujuk Hakim apabila dia berada dalam kesusahan. Azam memujuk pula,
Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga (hal.52)

Kita jangan mudah berputus asa dan kita mestilah terus berusaha hingga berjaya.
Hakim tidak berputus asa semasa dia berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Hakim
sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman(hal.49

Anda mungkin juga menyukai