Anda di halaman 1dari 4

Pertandingan Bercerita Tahap 1 Zon Zosper

Sherenlyn Mary Ak Willson


SK Gunong Ngeli

WAK DAMAK, RAJA BOHONG

Terima kasih puan pengerusi majlis. Yang dihormati, barisan hakim yang menjunjung keadilan, penjaga masa yang
sentiasa berjaga-jaga, guru-guru serta rakan-rakan yang dekat di hati. Selamat pagi dan salam Malaysia Madani. Saya
Sherenlyn Mary dari SK Gunong Ngeli. Hari ini, saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk ‘Wak Damak, Raja
Bohong’. Dengar ya semua.

Syair : Tersebutlah kisah di satu desa


Kisah si Damak
Penglipur lara
Raja mendengar penuh setia
Menunggu cerita yang ada-ada

Dum...dum...dum...gong dibunyikan sebaik sahaja menerima arahan raja. Seorang pembesar berdiri lalu
membaca satu watikah. Beliau memberitahu bahawa mereka akan menyaksikan pertandingan cerita bohong di antara
Wak Damak dan Raja-raja bohong dari india. Sekiranya Wak Damak menang, dia akan mendapat 3 buah kapal raja-
raja bohong, tapiiiiiii sekiranya dia kalah, dia akan dihukum mati.

Rakyat yang hadir bersorak gembira. Raja memberi perintah supaya pertandingan itu dimulakan.

“ Ayah patik seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia masuk ke hutan mencari kayu. Dia berjumpa dengan
sebatang pokok yang amat besar. Dia cuba mengelilingi batang pokok itu. Dia mengambil masa tiga bulan untuk
mengelilingi pokok itu”, cerita peserta pertama.
“Bagus! Bagus!” titah raja sambil ketawa. Orang ramai juga ikut ketawa dan bersorak.
Gong dibunyikan. Peserta kedua pula bangun.
“Arwah ayah patik membuka perusahaan membuat perabot daripada rotan. Ketika dia mencari rotan, dia
terjumpa sebatang pokok rotan. Umbinya sebesar jari kelingking. Batangnya sebesar batang kelapa. Pokok rotan itu
menjulang naik ke langit. Ayah patik memanjat pokok itu hingga ke hujung. Pucuk rotan itu telah menembusi langit.
Ayah patik sesat dan jatuh ke sebuah negeri lain. Tiga tahun baru dia berjaya turun semula ke umbi pokok rotan itu”
cerita peserta ke dua.
“Hahahahah...Bagus! Bagus! Beta suka cerita kamu”, kata raja sambil ketawa.
Rakyat bersorak lagi sambil bertepuk tangan . Riuh-rendah suara mereka memekik dan ketawa. Gong
dipalu. Peserta yang ke tiga pula bangun berdiri. Orang ramai senyap menunggu cerita seterusnya.
“Ayah patik berniaga kerbau. Ada seekor daripada kerbau-kerbaunya itu amat besar. Seekor
gagak yang terbang dari hujung tanduk kiri ke hujung tanduk kanan mengambil masa tiga bulan baru
sampai. Begitulah besarnya kerbau itu tuanku”, cerita peserta ketiga pula.
Pertandingan Bercerita Tahap 1 Zon Zosper

“Bagus! Bagus! Jerit raja lagi sambil ketawa dan bertepuk tangan.
Sekarang tibalah giliran Wak Damak untuk bercerita.
Pantun : Terbang riang si Rajawali,
Duduk bertenggek burung kenari,
Jika ku tahu sakit begini,
Ku sogok pembesar sebelum kemari.
Begitulah bisik hati Wak Damak. Gong dipalu, Wak Damak berdiri. Dia membetulkan songkoknya dan
mengemaskan ikatan kain sarungnya. Suasana sunyi sepi. Semua orang ternanti-nanti ceritanya.
“Patik juga ada ayah, tetapi sudah meninggal dunia. Arwah ayah patik seorang ahli budaya. Dia
seorang pemain rebana. Pada suatu hari, dia menerima jemputan bermain rebana di majlis kenduri
perkahwinan. Ayah patik bermain rebana di situ selama tiga hari. Apabila selesai, dia membawa balik
rebananya. Dia gantung rebana itu di bangsal, tetapi gema rebana itu masih berbunyi. Entah berapa lama
pun patik tidak ingat’, kata Wak Damak.
“ Selama mana sebiji rebana boleh buruk dan rosak?, tanya raja.
“Dua Puluh Lima tahun tuanku,” jawab Wak Damak.
“Bagus! Bagus! Jerit raja dengan gembira mendengar pembohongan Wak Damak.
Orang ramai pun turut bersorak gembira. Kali ini lebih kuat dan gamat.
“ Dari mana ayah kamu dapat kayu untuk membuat rebana sehingga sehebat ini? Tiba-tiba
peserta pertama bertanya kepada Wak Damak.
“ Ayah aku beli kayu daripada ayah kamu,” jawab Wak Damak.
Raja bertepuk tangan apabila mendengar jawapan Wak Damak.
“ Dari mana pula ayah kamu mendapatkan rotan untuk membuat rebana itu?’ tanya peserta kedua
pula.
“Ayahku beli rotan daripada ayah kamu,” jawab Wak Damak dengan selamba.
Raja terus ketawa dan bertepuk tangan lagi. Orang ramai turut bertepuk tangan.
“Dari mana pula datangnya kulit kerbau untuk membuat rebana sebegitu besar? Tanya peserta
ketiga.
“Ayah kamu pelihara kerbau besar. Ayah akulah yang membeli kerbau itu,” jawab Wak Damak
dengan senyum lebar.
“Bagus! Bagus! Jawapan kamu bijak sekali. Kamu menang Wak Damak,” titah raja.
Syair : Raja gembira tidak terkata
Dengar cerita penghibur lara
Girang hatinya tidak terhingga
Bebaslah Damak dari diseksa
Pertandingan Bercerita Tahap 1 Zon Zosper

Ingat ya semua, kita tidak boleh menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan bantuan.
Usaha dan yakin pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.
Sekian, terima kasih.
Pertandingan Bercerita Tahap 1 Zon Zosper

Anda mungkin juga menyukai