Anda di halaman 1dari 9

SKRIP SKETSA PENDEK NUJUM PAK BELALANG SEMPENA

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2019


Pelakon:
Pencerita, Ahmad, saib, Afnan, Zaki, Fauzan, Rezaq,Fadhlan,
Aizat, Syafikah, Wan

JALAN CERITA
Sultan Negara Masai dan Beringin rendang bertanding kekuatan
ahli nujum masing-masing dalam pertandingan teka-teki. Baginda
Masai mempertaruhkan Negara dalam pertandingan itu. Lalu
acara teka-teki bermula dan ahli nujum BERINGIN RENDANG
menang. Baginda masai tidak berpuas hati dengan
kekalahannya.
Konflik berlaku apabila tiba-tiba datang 2 orang jahat menasihati
baginda masai untuk menculik tuanku puteri dan dayangnya
sebagai ganti untuk mendapatkan semula negaranya. Puteri telah
diselamatkan oleh ahli nujum pak belalang selepas bergelut
dengan sangat hebat.
Terakhir, Sultan beringin rendang menyampaikan nasihat buat
semua yang berada di situ dengan nasihat yang murni.
Babak 1
Pencerita: di sebuah Negara yang aman bernama beringin
rendang, terdapat seorang raja bersama ahli nujumnya yang
terkenal dengan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah.
Pada suatu hari, sultan baginda masai berminat bertarung
kepandaian ahli nujumnya dengan mempertaruhkan negaranya.
Lalu terjadilah perbincangan antara sultan sahrul nizam dan
baginda masai.
---muzik cak lempong…..
(sultan beringin rendang, baginda masai dan semua hulubalang
mengadap sesame sendiri untuk sesi teka teki ahli nujum)
Mood : suasana ceria antara kedua-dua sultan.

Bm : bagaimana keadaan tuanku sultan shahrul nizam?


Sbr : Alhamdulillah, beta sihat-sihat sahaja.
Bm : Alhamdulillah, moleklah begitu. Errkk..tuanku, beta ada
mendengar yang tuanku mempunyai seorang ahlil nujum yang
bijaklaksana.
Sbr : oww..yaaa…ini dia ahlil nujum beta.(sambil tunjuk pak
blalang), Nujum pak belalang.
Bm : wahhh, segak sekali orang nya. Emmm..begini tuanku, beta
juga mempunyai ahlil nujum dan bolehkah kita beradu
kepandaian kedua-dua ahlil nujum kita?
Sbr : owhh..tidak pernah beta mendapat pelawaan seperti ini.
Namun, tidak mengapa , beta amat berbesar hati menerima
pelawaan ini. Namun, apakah imbalan pertandingan kita ini?
Bm : Jika tuanku menang ,Negara beta menjadi milik tuanku, jika
tuanku kalah…hahahah, Negara tuanku menjadi milik beta.
Bagaimana?
Sbr : (berfikir….) baiklah, beta setuju… silakan.
Bm : baik, silakan wahai ahlil nujum ku.
An 1 : Wahai Ahli Nujum di negara beringin rendang. Di dalam
tangan hamba, ada sebatang kayu. Nah sekarang, tolong
tunjukkan yang mana hujung, yang mana pangkalnya?

An 2 : Minta pada hamba...


Terima kasih Ahli Nujum.

[Ahli Nujum Negara Perigi Rendah memasukkan kayu ke dalam


air]
Aaa...jikalau Ahli Nujum mahu mengetahui yang mana hujung
dan yang mana pangkal, yang timbul itulah hujung dan yang
tenggelam itulah pangkal.

An 1 : Sebabnya?

An 2 : Sebabnya, tiap-tiap yang hujung adalah lebih ringan


daripada yang pangkal. Itulah jawapannya baginda Sultan
Shahrul Nizam.

Sbr : benarkah begitu baginda masai?


Bm : erkkk…benar tuanku(tertunduk)
Sbr : hahahah…kita beroleh kemenangan yang pertamaaaaa…
Silakan soalan kedua
An 1 : Ini dia dua ekor anak itik yang baru menetas. Seekor
jantan, seekor betina. Kalau nujum bijak laksana, cuba teka, yang
mana jantan yang mana betina?

An 2: Ini senang sahaja.


Haa...
[Ahli Nujum Negara Perigi Rendah melepaskan dua ekor anak itik
tersebut bermain di atas air] Jikalau Ahli Nujum mahu mengetahui
yang mana jantan, yang mana betina, yang belakang itulah jantan
dan yang depan itulah betina.

An 1: Sebabnya?

An 2: Sudah menjadi lumrah dunia. Baiklah ahli nujum, kalau si


jantan berjumpa dengan si betina apa dibuatnya?

An 1: Dikejarnya la...
An 2: Siapa yang mengejar?
An 1: Jantan...
An 2: Kalau begitu, yang belakang itulah itik jantan.
An 1: Adoi, mati aku...

Sbr : Kita beroleh kemenangan yg keduaaaaa


An 1: Baiklah Tuanku, ada sebuah masalah, satu banyak-banyak,
dua sikit-sikit, tiga jarang-jarang, empat kadang-kadang, apa itu?
An 2: Kahwin
An 1: Kahwin? Buktikan...
An 2: Satu, banyak... artinya, orang yang kahwin satu memang
banyak di dalam dunia ini.
Dua, sedikit-sedikit, artinya, orang yang kahwin dua, sedikit
bilangannya daripada orang yang kahwin satu.
Tiga, jarang-jarang, artinya, orang yang kahwin tiga, jarang-jarang
yang kita dengar.
Empat, kadang-kadang, artinya orang yang kahwin empat
kadang-kadang baru kita dengar sekali.
Itulah jawapannya Tuanku.

Sbr: kita beroleh kemenangan yang ketigaaaa


An 1: Di mana terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang
Tuah? Di kerisnya ka? Di tenaga ka?

An 2: Kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah, bukanlah terletak


di kerisnya ataupun di tenaganya. Di mana terletaknya? Kekuatan
Datuk Laksamana Hang Tuah adalah terletak di atas huruf TA
nya?
An 1: Huruf TA?
An 2: Benar.
An 1: Buktikan.
An 2: Oleh sebabkan huruf TA la yang menguatkan ejaan TUAH,
TA WAU ALIF HA, TUAH. Cuba huruf TA digantikan dengan
huruf BA.
An 1: BUAH.
An 2: Datuk kenal pada Hang Buah?
An 1: Tak kenal. (pengsan)
Sbr: hahaha…kita beroleh kemenangan yang keempat
…hahahaha

---muzik cak lempong----


Pencerita: akhirnya ahli nujum pak belalang menang dan sultan
sahrul nizam Berjaya mendapatkan Negara baginda masai. Pada
masa yang lain, sultan sahrul nizam mempunyai seorang puteri
dan suka berjalan-jalan di taman.
---lagu…ala canggung ketipung paying-----
PUTERI DAN DAYANG BERBUAL MENYATAKAN RASA SUKA
KEPADA AHLI NUJUM
Dayang : (melihat muka puteri asyik tersenyum). Wahai tuan
puteri, sejak kebelakangan ini, patik asyik melihat tuan puteri
tersenyum sahaja. Adakah apa2 kabar gembira?
Puteri: (tersenyum sinis). Dayang, adakah nujum pak belalang itu
sudah berkahwin?
Dayang: setakat pengetahuan patik, belum tuanku puteri.
Ooooo…tuanku puteri syok dengan tok nujum itu yaaaaa.
Puteri: heheheh….beta rasa teruja dengan kebijaksanaan ahli
nujum itu menjawab soalan dari baginda masai. Mungkin…………
Dayang: mungkin apa tuan puteri?
Puteri: hmmm…tak apa2 lah dayang. Ayuh kita pulang, hari
sudah mahu gelap, kelak ayahanda pasti risau.
----lagu cak lempong-----
BAGINDA MASAI SEDIH DAN DIDATANGI 2 PENJAHAT
Bm : ishhh..tak di sangka ahli nujum beta akan kalah dalam
pertaruhan itu. Sungguh memalukan.
Aizat: maafkan patik tuanku. Sebenarnya, seumur hidup patik
sebagai ahli nujum sepenuh masa, tidak pernah ada orang yang
boleh menjawab soalan itu. Namun patik tak sangka ahli nujum
Negara beringin rending sungguh bijaklaksana.
Bm: aishhhhh…
………..datang 2 pemuda…………
Zaki : Assalamualaikum cikebum cikebum wahai raja baginda
masai .
Bm : waalaikumslm. Siapakah gerangan tuan hamba berdua?
Rezaq: kami adalah orang yang bekerja sebagai pencuri dan
penipu sepenuh masa di Negara beringin rendang ini.
Bm : pencuri dan penipu sepenuh masa? Wahai ahli nujum, ini
pertama kali beta mendengar pekerjaan seperti itu…..adakah
gerangan kamu mahu mencuri harta beta…hmmm…beta sudah
tidak punya apa2 sekarang.
Zaki: bukan tuanku, kami mahu bantu tuanku dapatkan semula
harta tuanku dan Negara tuanku.
Bm: bagaimana caranya?
Rezaq: begini tuanku, sultan sharul nizam mempunyai seorang
puteri rupawan. Kita culik sebagai tebusan untuk mendapatkan
semula harta dan Negara tuanku. Bagaimana?
Bm: ..(berfikir)….fuhh…tak sangka beta bahawa kamu ini
memang otak penipu, pembelit dan perompak.
Hahahahah…..baiklah, ayuh kita culik puteri dan beta akan
dapatkan semula takhta beta.hahah.
---muzik caklempong-----

Pencerita: komplot antara penjahat dan baginda masai adalah


menculik tuanku puteri untuk dijadikan tebusan mendapatkan
semula negaranya.
PUTERI DAN DAYANG BERMAIN-MAIN DI TAMAN
----lagu puteri----ala canggung la canggung ketipang payung
Bm: hahahah…tak sangka sultan sahrul nizam mempunyai puteri
yang rupawan.
Puteri: siapakah gerangan tuan hamba?
Bm: beta adalah baginda masai, datang untuk menculik kamu
wahai puteri.
Puteri: oh…tidak..tolonggg…tolong…(puteri diculik----adegan
diculik yang paling sopan)
Pencerita: Tuanku puteri telah diculik oleh baginda masai dan
sekutunya. Berita tersebut telah tersebar seantero negeri dan
baginda sultan sahrul nizam sgt risau. Beliau meminta ahli nujum
untuk mencari dimanakah puteri berada. Alhamdulillah, ahli nujum
berhasil menemukan tuanku puteri di suatu tempat rahsia. Lalu
tuanku sultan sahrul nizam membawa seluruh bala tentera ke
tempat tersebut bersama ahli nujum untuk menyelamatkan
tuanku puteri.

SULTAN SAHRUL NIZAM DAN AHLI NUJUM BERSAMA


SEMUA HULU BALANG DATANG SELAMATKAN PUTERI
---muzik-----
Puteri: ayahanda, tolong…tolong ayahanda.
Sbr: wahai sultan baginda masai, tidak ku sangka, kamu ini org
yang tidak berperikemanusiaan. Sengketa antara kita tidak
melibatkan puteri beta. Mengapa lahhh kau culik puteri akuuuuu.
Bm : hahahah…..sudahlah sahrul nizam. Jangan banyak bunyi
lagi, pulangkan semula harta dan Negara aku.
Sbr: oooo…itu rupanya tujuan utamamu. Tidak sekali berjanji,
melainkan perlu kau tepati. Kau yang bagi, aku ambillaaaa.
Bm : cis, tak guna berbicara. Kau dan kau, hapuskan mereka.
------muzik nafiri on-----
(…..pertarungan sengit bermula…..fauzan lawan aizat, aizat
kalah, saib lawan rezaq, rezaq kalah. Zaki lawan fadhlan….zaki
kalah…habis)
(saib, fauzan pegang masai, rezaq, zaki, aizat melutut…)

Sbr: baginda masai, bukanlah ini ciri pemimpin mulia. Sudah


berjanji harus dikota. Harus berfikir sebelum berbuat. Kelak
menyesal kemudian hari.
Beta sungguh sedih dengan perbuatan ini. Namun beta tahu
perasaanmu, beta kembalikan semula negaramu dan hartamu.
Ayuhlah kita berdamai bukan bersengketa, membangun Negara
dan rakyat jelata. Agar hidup kita bahagia.
Buat guru-guru semua, (sambil semua berdiri satu baris di
belakang..) selamat hari guru dan kepada anak2 murid kami,
sayangilah guru anda.
----lagu upin ipin guruku tersayang----

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai