Anda di halaman 1dari 17

MUTIARA HATI - ARTIKEL PILIHAN

Koleksi Mutiara kata 1


* Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai
dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu
kawan.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu
di dunia.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
Koleksi Mutiara Kata 2
Mutiara Kata
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang
harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk
mengesat
benda -benda yang kotor
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah
kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada
ALLAH
s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar
ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi
yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita
ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca
itu
sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk
beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu
adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...
SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN
BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT
ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap
Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "
WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS
UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,
TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN
DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG
MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.
" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika
kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia
boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn
baik
berlandaskan kenyataan"
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima
penderitaan.
( Harieta Wahab)
Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang
lelaki.
( A.L Alek Wong)
" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula
terlalu
membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."
"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan,
maka
tiadalah perpisahan"
" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu
cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal
supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu
satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah
dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)
" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek
moyang"
(Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut dengan
hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali
ingat apa yang
orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan
padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal
pada hal
tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya
dapat
ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang
menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak
pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara
yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti
akan menghasil kecemerlangan."
Koleksi Mutiara Kata 3
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah
ramai kapal
karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita
akan
selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam
sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup
tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi
sedikit
dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa
yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata
yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan
agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu
cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar
akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang
amat
kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan
kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula
bercakap
kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya
digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu
jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk
bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu
serendah
mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum
bererti ia
melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong
pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat
merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu
kepada
teman anda.
28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok
yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi
.
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita
ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu
sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk
beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu
adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana
takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya
dalam
hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah
Dengan
Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap
Perkara
Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan
itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia
boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti
unggulnya
perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat
sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima
penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :
-> Kepada kawan - Kesetiaan
-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan
menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya
hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta
itu satu tamu
yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih
lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi
dari nenek
moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak
berteman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika
membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan
terkejut
dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering
kali ingat apa yang
ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita
berikan
padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal
tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
57)"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya
dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi! a untuk menyambut kesempatan
yang
menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari
semangat yang
tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara
yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang
terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan,
pasti akan menghasil kecemerlangan."
63) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata
keinsafan, Lidahmu
basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu." "
Himpunan Mutiara Kata 4
Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh
menjadikan
orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak mampu buat semua jangan tinggal semua DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit
sebab kadangkadang
yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air
mata tatkala
gembira, berjaya dan ternama DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin
payah DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi
sempurna.
Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik
suatu
kekuatan DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh
atau kaya
perasaan DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu
lebih bererti
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
"Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita.
Bawalah hati itu
dan pergilah dari situ."
"Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk
mengingati,
merindui."
"Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya
meragam
juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya
dia lebih
mengerti."
"Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya
setelah kita
miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai
bila-bila,
ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan."
"Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan
sendiri
sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang
sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki."
"Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang."
Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.
Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi
anda ialah
tingkah laku anda.
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan
kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah
hanya
dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.
Dan esok,
hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna...
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang
kejam, dan
pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia
dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa
dendam.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan
berbalah
dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu
mungkin
memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda
dengan orang itu.
Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar 5
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke
garisan
penamat tidak pernah selesai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan
mati,
daripada hidup bagaikan arang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun
anda
pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang
berharga. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi
tak cerdik.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu
tentu terlebih
pandai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan. DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang
orang yang
tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan
pilih orang jahat
untuk diperdayakan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang. DR. HM
TUAH
ISKANDAR al-Haj
Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak
bertindak. DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau
menyerang
boleh padam. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita. DR. HM
TUAH
ISKANDAR al-Haj
Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak
indah bila
dah dapat itulah punca masalah hidup kita. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.
DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya
kecemerlangan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang
menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita
tidak baik
untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia. DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul,
tapi
penghujung yang betul. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca
buku.
Kan buku tu penuh khasiat. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat buku. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air
mata. DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu. DR. HM TUAH ISKANDAR
al-
Haj
Fikir itu kepalanya berkat. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata,
bila di
tangan sendiri ia berubah warna. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin
dicapai, bumi
setia di bawah telapak kaki. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi
sepanjang
masa, ada ketikanya untung jugak. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita
berada di atas
yakinlah kita tak selamanya di situ. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik
pemisah kita
daripada tertipu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari
keredhaan
TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita
lakukan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Hidup bukan perjudian tapi perjuangan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah
pengetahuan. Setiap
pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih
istimewa. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Perjalanan adalah sebaik-baik guru. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti
bercakap.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab. DR. HM
TUAH
ISKANDAR al-Haj
Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak
kenal buku.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.
DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit. DR. HM TUAH
ISKANDAR
al-Haj
Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih
terbelenggu oleh
penjara diri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi
tengoklah orang
rendah. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu
adalah susah.
Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang
yang
tahu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah
untuk dibuat
ialah membayar hutang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup
itu suatu
kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung
dunia.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala. DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
Genggam bara api biar sampai jadi intan. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik
berhingus itu
mungkin tanda menyesal sebab berkahwin. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan
kepala.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di
tanah, tapi
merasakan tidak jejak ke bumi. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi. DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari
igauan ngeri,
bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti
kemerdekaan itu. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi. DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara
besi. DR.
HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi
arang, tapi
terus teguh memotivasi diri. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus. DR. HM
TUAH
ISKANDAR al-Haj
Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada
daripada kita
langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa. DR. HM TUAH
ISKANDAR
al-Haj
Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula
cerdiknya.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja
matlamatnya, tapi kesihatan yang utama. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya. DR.
HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya
diri kita
sendiri yang jadi dalang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik. DR. HM
TUAH
ISKANDAR al-Haj
Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung
tekak
menjadi pahit. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Maut juruintai yang tak pernah lalai. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan
mati,
daripada hidup bagaikan arang. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari
kerja, dah ada
kerja tak senonoh pula. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu
berdiri.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya
orang yang
bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang
berani saja
akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang
betulbetul
larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang
jarangjarang
orang mampu memilikinya. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal
kita saja nak
bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik. DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun
adalah hati kita.
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran
namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar. DR. HM TUAH
ISKANDAR
al-Haj
Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti. DR. HM TUAH
ISKANDAR
Kata-kata Motivasi
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.
Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier
Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen
Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina
Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli
Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin
Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze
Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze
Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.
Kata-kata hikmah
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.. Iman itu
bukan
hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan
amalan
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa
usaha keajiabpan
tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita
boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di
cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata
fikirkan
akibatnya..
zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan
menyebabkan mereka
menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapatbukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat
bebas dengan
sempurna..kecuali tali itu putusbarulah ia bebas melayang
Koleksi mutiara kata
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai
dengan satu
perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu
kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan
sebagai
persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak
pernah membuat
kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan
mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak
perempuan kekal
menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi
pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca
terlebih
dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu
di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan
mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau
mencintai
lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk
menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa
silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada
menuding
kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda &
menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa
depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen
yang
indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah
kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak
dapat
mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap
orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak
melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar
impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri
anda kini
sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan
kita semasa
hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak
memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa
untuk
melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih
ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan
yang orang lain
capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus
gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya
sentiasa
menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui
perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan
lebih
menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau
kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya
sehinggalah dia
mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita
terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan
manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha
memperbaiki
kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima
juga
setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita
hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
Mutiara Kata 6
* Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang
tidak pernah
mengalah
* Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan
sanggup
melaksanakan sesuatu dgn tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
* Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus
kepadanya tanpa menyimpang.
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau
kekurangan.
* Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
* Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
* Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan
kekesalan di
dlm diri kelak.
* Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri
terlebih dhulu,
kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
* Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang
baik dalam
usahanya.
* Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
* Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak
disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan
yang
subur.<PIXTEL_MMI_EBOOK_2005>5#####################################################
######</PIXTEL_MMI_EBOOK_2005>

Anda mungkin juga menyukai