Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO MANAN (INTEG)

45500 TANJONG KARANG, SELANGOR

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG

1.0 Pengenalan program :

Menyedari bahawa pentingnya murid-murid didedahkan dengan persekitaran luar, maka


Kelas Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Dato Manan (Integ), bercadang mengadakan
lawatan sambal belajar ke Negeri Pulau Pinang. Di situ murid-murid dapat menikmati
pemandangan jabatan Pulau Pinang yang menjadi tarikan pelancong dari luar Negara. Lawatan
ini juga merupakan salah satu kaedah dalam usaha meningkatkan motivasi belajar sebagai
persediaan untuk menambah pengetahuan sedia ada murid.

2.0 Objektif :

a) Memberikan pengalaman dan menambahkan ilmu pengetahuan murid Pendidikan Khas


b) Memberi motivasi kepada murid-murid
c) Mengeratkan hubungan antara murid, ibu bapa dan guru
d) Mengenal tempat-tempat bersejarah di Malaysia
e) Memupuk nilai berdikari di dalam diri murid-murid Pendidikan Khas

3.0 Tarikh :

26 Oktober hingga 27 Oktober 2016 (Rabu dan Khamis)

Masa Bertolak : 5.00 pagi (Rabu) 26 Oktober 2016

Masa Bertolak Pulang : 4.00 petang (Khamis) 27 Oktober 2016

Masa Dijangka Sampai ke SKDM : 11.00 malam (Khamis) 27 Oktober 2016

4.0 Tempat :

Sekitar tempat di Pulau Pinang seperti berikut :

1. Bukit bendera
2. Muzium P. Ramlee
3. Pantai Batu Feringgi
4. Padang Kota Lama
5. Muzium 3D art
6. Chow Rosta
7. Penang Street Art
8. Masjid Kapitan Kelin
9. Jambatan Pulau Pinang
4.1 Tentatif Program di Pulau Pinang

Masa Tentatif Program Catatan


HARI : 1
4.30 pagi : Berkumpul di sekolah
5.00 pagi Bertolak ke Pulau Pinang
6.30 pagi Berhenti di RnR Ulu Bernam Solat Subuh
Dan Sarapan pagi
11.00 pagi Tiba di Terminal Feri Pulau Pinang
Menaiki Feri ke Pulau Pinang
11.40 pagi Menaiki bas ke Muzium P. Ramlee
1.30 Makan tengahari
tengahari Menaiki bas ke tempat penginapan
Permata Sport Complex
2.00
tengahari Check in Tempat Penginapan
Permata Sport Complex
4.00 petang Menaiki bas
Melawat tempat
- Pesisiran pantai Batu Feringgi
- Padang Kota Lama
- Masjid Kapitan Kelin
- Penang Street Art
8.00 malam Makan malam di sekitar kawasan Pulau
Pinang
Jalan-jalan di kawasan Pulau Pinang

10.00 Pulang ke tempat penginapan


malam
HARI : 2
9.00 pagi Sarapan di sekitar Pulau Pinang
Check out tempat penginapan
9.30 pagi Bertolak ke Bukit Bendera
10.00 pagi Sampai di Bukit Bendera
Berjalan-jalan di bukit bendera
12.00 Turun Bukit Bendera
tengahari Makan Tengahari
12.30
tengahari Bergerak ke Muzium 3D art
1.00
Tengahari Sampai di Muzium 3D
2.30 petang Bergerak ke Pasar Chow Rosta
Membeli belah di pasar
4.00 petang Bergerak pulang ke Tanjong Karang
Solat di RnR yang di lalui
11.00 Sampai di Sek. Keb. Tanjong Karang,
malam Selangor
5.0 Kumpulan sasaran :

1. 21 orang murid Pendidikan Khas Sek. Keb. Dato Manan (Integ)


2. 5 orang guru, 2 orang pembantu murid dan ibu bapa/penjaga murid

6.0 Sumber Kewangan

Hasil kutipan yuran rombongan

21 orang x RM 150 = RM 3,150.00

7.0 Perbelanjaan terperinci untuk seorang

Pengangkutan RM80X1 RM80

Makanan RM60x1 RM60

Tiket RM10x1 RM10

JUMLAH RM150

Di sediakan oleh,

..

Nur Huda binti Mohammad Safie

(SETIAUSAHA LAWATAN)

Anda mungkin juga menyukai