Anda di halaman 1dari 4

BEBERAPA CADANGAN AKTIVITI-AKTIVITI

GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH


(DI BAWAH PROGRAM NILAM)
(BAKAL DIBUAT KERTAS KERJANYA)

1. Buat Seekor Ulat Buku Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila
yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk
segmen ulat buku.
2. Rakan Membaca Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya
sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi
pengalaman membaca.
3. Mendirikan Satu Program Membaca Pelajar menguruskan masa untuk
membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat
diperolehi.
4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri Pelajar dalam satu kumpulan
atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti
yang tersendiri.
5. Diari Membaca Mingguan Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu
demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan Buku Mobail Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk
memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
7. Menghayati Puisi Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi
yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris Demi Baris- Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi
untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul Perkataan Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk
mengumpul perkataan menurut kumpulan supaya mereka dapat membuat
rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita Pelajar melukis beberapa adegan daripada
cerita yang dibacanya, kemudian menulis Pelajar melukis beberapa adegan
daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan
sendiri.
11. Melukis Model Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran
tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya
masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan
membandingkannya kemudian.
12. Halaman Masalah Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam
sebuah buku cerita, pelajar menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam
sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka Cerita Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya
fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.
14. Urutan Cerita Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang
disukainya untuk menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa
perenggan daripada sebuah buku cerita, dan memikirkan apa idea utama
perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan
novel untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam
karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea
dan kefahamannya berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya
dengan menggunakan segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan
keadaan watak itu pada zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang
sesebuah cerita dengan menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan
kemudian melakonkannya di dalam kelas.
19. Tamu Minggu Ini Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin
menampilkan watak kegemarannya dalam rancangan Tamu Minggu Ini. Oleh itu
dia terpaksa menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga
dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza Pelajar menggunakan rajah Venn untuk
membandingkan keadaan sesuatu watak sebelum dan selepas sesuatu peristiwa
yang dialaminya, atau membandingkan dua watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan
maklumat seperti ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak
disekeliling satu tajuk dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan
tajuk itu dan kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada
ensaiklopedia dan kemudian menyalin dan melengkapkannya untuk membuat
sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca
bersama-sama sebuah buku untuk mencari maklumat tentang satu tajuk yang
dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan
mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati
menggunakan seberapa banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis
arahan dan membacakan arahan itu kepada kawan-kawannya untuk memandu
mereka mencari khazanah yang disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah
yang dipilih dari sebuah buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu
hanya dengan mendengar gambarannya.
29. Surat Berita Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari
aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja
mereka berada.
31. Projek Pukal Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan
oleh guru kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui
proses pengajaran dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan
hasilan projek dan persembahan di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari Kuiz berkaitan dengan matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai
mengikut jadual waktu. Hari dan masa akan berubah pada minggu berikutnya
melibatkan semua warga sekolah. Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru
matapelajaran pada waktu tersebut. Catatan dimasukkan dalam buku program dan
buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti
yang dirancang biasanya dalam bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan
majalah atau akhbar.
38. Wadah Bestari Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk
beberapa buah buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa
perhimpunan mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan
pelajar tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi
perbincangan.
39. Menulis Buku Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih
watak berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku
dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku.
Biasanya buku yang dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik
pulih).
41. Projek Berwawasan Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat
sinopsis, ulasan, perkataan baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu
untuk dibaca oleh murid pada waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan
kepada 100 orang rakannya.
44. Projek Cakna Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh
guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru
pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan
betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara
lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca.
Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan
kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45. Program Walking Dictionary- Pelajar memakai tag nama dimana perkataan
perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai