Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : PIBG SKDD (K)/ 820/ 01/ 2012 (4)


Tarikh : 21 Januari 2013

Yang dihormati,

YBhg. Encik Abu Bakar bin Abdul,


Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Alor Gajah,
78000 ALOR GAJAH.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN MENAIKTARAF PRASARANA SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Sekolah Kebangsaan Durian Daun (K), memohon jasa baik
pihak tuan untuk mempertimbangkan agar dapat memberi peruntukan bagi menaiktaraf prasarana tersebut :

Bil Prasarana Catatan


1. Jalan tar di kawasan sekolah Memerlukan kepada penurapan baru kerana keadaan jalan yang
sudah teruk dan perlu diturap segera kerana sekolah terpilih
menjadi Pusat Mengundi PRU14
2. Lintasan Zebra Lintasan zebra yang perlu dinaik taraf di hadapan sekolah demi
keselamatan murid.
3. Cermin Cembung Lalu Lintas Kemudahan ini amat perlu diletakkan di hadapan pintu pagar demi
keselamatan kenderaan yang keluar masuk sekolah.

3. Pihak kami turut melampirkan gambar-gambar berkaitan untuk rujukan pihak tuan. (Sila lihat
lampiran).

4. Pihak kami memohon jasa baik tuan agar permohonan ini dapat diluluskan demi kebaikan bersama
khususnya untuk anak-anak pelajar SK Durian Daun K.

5. Segala perhatian, tindakan dan kerjasama tuan amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Pendidikan Bermutu, SKDD (K) No 1

Saya yang menjalankan tugas,

.
( ABDUL MUIZ BIN MOHD NOOR )
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Durian Daun (K).

s.k
1. Pegawai Daerah, Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah
2. Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Alor Gajah

Anda mungkin juga menyukai