Anda di halaman 1dari 7

Perkara yang ditaksir merupakan kandungan di dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan. Merujuk kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, perkara-perkara


(merangkumi domain pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang ingin dikembangkan dalam diri
murid dikategorikan mengikut enam tunjang iaitu:

Tunjang Komunikasi

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Komunikasi

Sebagaimana yang kita ketahui, tunjang ini terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib
dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Malah, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari
oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bahasa Malaysia
perlu diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa
Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pegantarnya bukan Bahasa
Malaysia.

Perkara yang perlu diberi pendedahan oleh guru prasekolah kepada ibubapa bagi
Tunjang Komunikasi adalah Kemahiran Bahasa. Kemahiran Bahasa dimana merangkumi
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Guru
prasekolah hendaklah menjelaskan kemahiran menulis misalnya kanak-kanak sudah boleh
menulis huruf dan adakah mereka belum menguasai, sedang menguasai ataupun telah
menguasai sesuatu kemahiran dengan menunjukkan hasil kerja anak mereka. Oleh itu, guru
prasekolah perlu menyimpan dan mengemaskini hasil kerja setiap kanak-kanak dalam portfolio
mereka supaya dapat menjadi bukti semasa perjumpaan ibubapa. Bahan yang digunakan perlu
sesuai dengan peringkat perkembangan bertutur dan bahasa kanak-kanak.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Selain itu, Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan
pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam
seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun
Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci,
berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan
amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama kanak-kanak ini juga mengenal asas
bahasa Al Quran, huruf hijaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa
pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti
bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain. Guru
prasekolah boleh mentaksir kanak-kanak dengan menggunakan instrumen iaitu rekod
berterusan dimana catatan dalam bentuk cerita narrative yang dibuat ke atas kanak-kanak
semasa berwuduk dan cara solat. Tambahan pula, setiap perlakuan dan rutin kanak-kanak akan
dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian oleh guru Prasekolah.

Pendidikan Moral

Pendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk
secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak
dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan
dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti
berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi,
hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama,
kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin. Guru prasekolah boleh menyediakan senarai
semak iaitu senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan kanak-kanak dari
segi sikap dan nilai. Senarai Semak juga boleh dilengkapkan dengan skala kadar ataupun
dengan skor ya atau tidak supaya ia dapat menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian
dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai kanak-kanak. Hal ini memudahkan
guru prasekolah untuk berbincang dengan ibu bapa tentang perlakuan anak mereka dengan
jelas.

Tunjang Ketrampilan Diri - Perkembangan Sosioemosi

Selain itu, pendidikan prasekolah juga memberi penekanan kepada perkembangan


sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di
sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan kurang mantap. Perkembangan
sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi
yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan
kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di
prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada
aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lain.

Oleh hal yang demikian, guru prasekolah perlu mentaksir dan menilai kanak-kanak
dengan menggunakan instrumen rekod anekdot iaitu catatan ringkas mengenai sesuatu
peristiwa atau tingkah laku kanak-kanak yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif
atau negatif untuk direkod. Sebagai contoh, Faiz tekun menyiapkan hasil kerjanya; dia berjaya
menulis huruf dan ayat mudah ; dia menunjukkan usaha untuk membetulkan kesilapan sendiri.
Maka, guru prasekolah selalu peka dan prihatin tehadap perasaan kanak-kanak dan menulis apa
yang dilihatnya secara objektif bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir dan
menunjukannya kepada ibu bapa.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.

Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan


Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot
mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa
perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan
aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam
aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan
prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus,
kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang
dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek
serta postur yang betul semasa duduk. Oleh hal yang sedemikian, guru prasekolah boleh
menggunakan instrumen senarai semak yang dilengkapkan dengan skala kadar untuk
mengetahui darjah kemajuan seseorang kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak tersebut sudah
menguasai ataupun belum menguasai perkembangan motor kasar seperti berlari, menendang
bola dan perkembangan motor halus seperti menguntai manik, memetik jari, menulis dan
sebagainya.

Tambahan pula, tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan
penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat
yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Rentetan itu, guru
prasekolah boleh membuat rekod berterusan dalam prasekolah bagi aspek pemakanan.
Contohnya, adakah kanak-kanak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Melalui ini, guru
prasekolah dapat merekod pengambilan makanan kanak-kanak secara terperinci dan ia akan
menjadi bukti semasa berbincang dengan guru. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai
badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai
konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekanan aspek keselamatan diri daripada sumber
yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah
menjaga kehormatan diri.

Perkembangan Kreativiti

Perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan gerakan
kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak diberi peluang untuk
menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti.

Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni
merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan
sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan
proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan
persekitaran serta hasil kerja orang lain. Oleh itu, guru prasekolah dapatlah mentaksir dan
menyimpan hasil kerja contohnya lukisan kanak-kanak dan meminta mereka menunjukkan
kepada ibubapa di rumah.

Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan


perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi, dan apresiasi muzik. Drama
dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang
untuk main peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Aktiviti tunjang ini
bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk
mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa
digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain. Bagi pendidikan Muzik pula,
guru boleh menyediakan satu senarai semak dimana kanak-kanak boleh menyanyi, berlakon dan
membuat pergerakan mengikut rentak lagu. Hal ini memberi suatu gambaran yang jelas untuk
guru prasekolah membuat tindakan susulan bagi kanak-kanak tersebut.

Tunjang Sains dan Teknologi Awal Sains dan Awal Matematik

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan
menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains

Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka
menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik
yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses
penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur
menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.
Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan(contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh:
objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi,cuaca). Tunjang
ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu
bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk
membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta
awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Awal Matematik

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak ini.


Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang,
konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan
juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang
menyeronokkan. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak
menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di
tahap kemahiran asas sahaja. Lebih-lebih lagi, pada pembelajaran abad ke-21 ini guru
prasekolah boleh meminta kanak-kanak membuat bentuk seperti segi empat, bulat dan segi tiga
dengan tanah liat dan pada masa yang sama guru prasekolah boleh membuat pemerhatian
dengan menggunakan instrumen rekod anekdot untuk mencatat sama ada kanak-kanak itu boleh
menyelesaikan sesuatu masalah ataupun tidak.

Guru boleh menyimpan hasil kerja kanak-kanak dan boleh mempamerkan di luar bilik
darjah prasekolah supaya kanak-kanak menjadi motivasi dan lebih bersemangat untuk membuat
lembaran kerja atau sesuatu tugasan yang seterusnya. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak berasa
gembira dan rasanya dihargai oleh guru. Maka dengan cara ini, guru prasekolah mudah untuk
mentaksir perkembangan kanak-kanak secara holistik dengan melihat perkembangan kanak-
kanak dari satu peringkat ke peringkat yang lebih baik. Ini akan memberi gambaran yang jelas
kepada ibu bapa bahawa anak mereka menguasai sesuatu kemahiran dengan melihat hasil kerja
anaknya.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami


diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam
sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-
perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi
pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
Tunjang Kemanusian menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan
dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

Di peringkat prasekolah, pemerhatian adalah satu kaedah yang lazim digunakan untuk
mengumpul evidens contohnya penglibatan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti permainan sama
ada kanak-kanak dapat bermain dengan membahagikan alat permainan dengan rakan mereka
ataupun tidak. Oleh itu, guru prasekolah hendaklah membuat pemerhatian iaitu pengamatan
kepada perlakuan kanak-kanak. Instrumen ini boleh dilakukan secara bersahaja tanpa kanak-
kanak tahu bahawa dia diperhatikan. Catatan ini akan menjadi panduan untuk guru prasekolah
untuk mengukur perkembangan kanak-kanak secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai