Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

Arahan: setiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan, iaitu A, B, dan


C. bulatkan satu jawapan yang betul dan tuliskan pilihan jawapan
dalam kotak yang disediakan.

1. Antara berikut, yang manakah bukan ciri benda hidup?


A. Benda hidup melihat
B. Benda hidup bernafas
C. Benda hidup membesar

2. Makanan, air, udara dan tempat perlindungan yang bersih penting


untuk ____________________.
A. tumbesaran
B. menjamin kesihatan
C. melakukan aktiviti harian

3. Apakah yang akan terjadi jika kita kurang memakan makanan di


bawah?

A. Tumbesaran kita akan terbantut.


B. Kita akan mudah dijangkiti penyakit.
C. Kita akan kekurangan tenaga untuk melakukan aktiviti.

4. Manakah antara penyataan berikut yang betul?


A. Rizal makan ikan dan udang untuk memberi tenaga bagi
melakukan aktiviti harian
B. Hock Seng makan jagung dan ubi kentang untuk membantu
tumbesaran badannya.
C. Raju makan sayur dan buah buahan untuk menjaga
kesihatan dan mengelak pelbagai penyakit.

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 1


5. Antara yang berikut, yang manakah dapat menjamin kesihatan
kita?
I. Makanan yang bersih
II. Air yang bersih
III. Tempat perlindungan yang mahal.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III

6. Antara urutan saiz berikut, yang manakah menunjukkan bahawa


manusia semakin membesar?

A.

B.

C.

7. Seekor ayam sedang mengais tanah untuk mencari cacing.


Keperluan asas apakah yang diperlukan oleh ayam itu?
A. Udara
B. Makanan
C. Minuman

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 2


8. Gambar di atas menunjukkan bahawa manusia memerlukan
_____________ untuk minum dan membersihkan diri.

A. air
B. udara
C. makanan

9. Tumbuhan manakah yang tidak mempunyai daun?


A. Cendawan
B. Paku pakis
C. Pokok durian

10. Manusia memerlukan ____________ untuk bernafas.


A. udara
B. makanan
C. minuman

11. Antara berikut, yang manakah melindungi kita daripada hujan dan
panas?
A. Pakaian
B. Makanan
C. Tempat perlindungan.

12. Apakah perbezaan antara harimau dengan burung helang?


A. Burung helang ada ekor, harimau tiada ekor.
B. Burung helang ada kuku, harimau tiada kuku.
C. Burung helang ada paruh, harimau tidak ada paruh.

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 3


13. Rajah di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan.
Mengapakah makanan di bawah penting kepada manusia?

A. Untuk menjaga kesihatan


B. Untuk mendapatkan tenaga
C. Untuk membantu tumbesaran

14. Manjit seorang olahragawan. Makanan manakah yang sesuai untuk


Manjit makan bagi membekalkan tenaga yang mencukupi?
A. Nasi dan roti
B. Ikan dan udang
C. Bayam dan nanas

15. Manusia memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi


dirinya daripada hujan, bahaya dan ____________.
A. habuk
B. penyakit
C. cahaya matahari

16. Mei Ling terkena selsema. Mei Ling perlu memakan


_____________ untuk segera sembuh.
A. ayam dan susu
B. sayur dan buah
C. kentang dan jagung

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 4


1 Tahun 8 Tahun
17. Gambar di atas menunjukkan gambar Azlee ketika berusia 1 tahun
dan 8 tahun. Apakah perubahan yang berlaku pada diri Azlee
semasa tumbesaran?
A. Azlee semakin tinggi.
B. Azlee semakin cerah kulitnya.
C. Rambut Azlee semakin kurang.

18. Gambar di atas menunjukkan seekor hamster. Setelah beberapa


hari, didapati hamster itu mati. Mengapakah hamster itu mati?
A. Hamster itu tidak mendapat air.
B. Hamster itu tidak mendapat udara.
C. Hamster itu tidak mendapat tempat perlindungan.

19. Semasa menghidupkan komputer, suis pada _____________


perlu dihidupkan dahulu.
A. palam
B. unit sistem
C. monitor

20. Seekor burung sedang hinggap di atas pagar. Tiba tiba hujan
turun dengan lebatnya. Apakah keperluan asas yang oleh burug
tersebut pada ketika itu?
A. Minuman
B. Makanan
C. Tempat perlindungan

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 5


21. Semua makanan berikut memberikan kita tenaga, kecuali
A. Timun
B. Roti
C. Nasi

22. Makanan dalam rajah di atas sesuai dijadikan

A. sarapan pagi
B. makan malam
C. makanan petang

23. Saiz seorang bayi ________________ dalam proses tumbesaran.


A. berkurang
B. bertambah
C. berkembang

24. semua penyataan berikut betul kecuali


A. kiub ais dimasukkan ke dalam jus oren supaya sejuk.
B. Kita dapat tidur dengan selesa jika tilam keras
C. Batu pengasah digunakan untuk menajamkan pisau yang
tumpul.

25. Manakah antara berikut yang bukan keperluan asas manusia?


A. Air
B. Duit
C. Udara

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 6


26. Semasa tumbesaran, manusia mengalami perubahan dari segi saiz,
tinggi dan ____________.
A. berat
B. bilangan
C. warna kulit

27. apabila kita membesar, kita menjadi semakin tinggi dan


__________.
A. lebih ringan
B. lebih berat
C. lebih panjang

28. Minum air yang ______________ boleh menyebabkan sakit


perut.
A. paip
B. kotor
C. pelbagai jenis

29. Bunyi apakah yang membawa maksud ada kecemasan?


A. Bunyi loceng basikal
B. Bunyi jam berdering
C. Bunyi siren ambulans

30. Mengapakah makanan yang ditunjukkan di bawah penting kepada


manusia?

A. Untuk menjaga kesihatanmanusia


B. Untuk membantu tumbesaranmanusia
C. Untuk memberikan tenaga kepada manusia

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 7


31. Gambar makanan di bawah menunjukkan makanan yang diambil oleh
Aisyah. Apakah jenis makanan yang tidak terdapat pada makanan
yang diambil oleh Aisyah?

A. Makanan yang memberi tenaga


B. Makanan yang membantu tumbesaran
C. Makanan yang membantu menjaga kesihatan

32. Kekunci ______________ digunakan untuk menjarakkan


perkataan.
A. enter
B. space bar
C. delete

33. Selepas satu tahun, kanak kanak akan menjadi lebih


__________.
A. besar dan ringan
B. kurus dan ringan
C. tinggi dan berat

34. Makanan yang manakah membantu manusia membesar?


A. Sate dan telur
B. Bubur dan keju
C. Ayam dan salad

35. Rumah melindungi manusia daripadayang berikut kecuali,


A. Tikus
B. Beruang
C. Harimau

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 8


36. Manakah padanan yang betul?
Makanan Fungsi

Membantu
A
tumbesaran

Membantu menjaga
B
kesihatan

C Memberi tenaga

37. Antara yang berikut, yang manakah langkah langkah yang betul
untuk memastikan makanan kita bersih?
I. Gunakan bahan masakan yang bersih dan segar
II. Masak makanan dalam persekitaran yang bersih
III. Makanan hendaklah dibiar terbuka supaya segar
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III

38. Perhatikan gambar di bawah. Peyataan manakah yang betul


tentang gambar tersebut?

A. Halim lebih tinggi dan besar daripada Raju


B. Halim lebih besar dan ringan daripada Raju
C. Raju lebih rendah dan berat daripada Halim

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 9


39. Lina sedang bermain main dengan kawan kawannya. Dia
memakai penutup mta dan mengejar kawan kawannya. Kemudian,
Lina memberitahu kawan kawannya bahawa ada orang sedang
membakar sampah. Bagaimanakah Lina dapat mengetahui adanya
pembakaran di situ?
A. Lina merasa api itu dengan tanganya.
B. Lina melihat orang sedang membakar sampah.
C. Lina dapat menghidu asap menggunakan hidung.

40. Ibu melarang Laila makan makanan ini selalu kerana ia sangat
manis dan tidak baik untuk kesihatan. Laila akan berasa sakit gigi
selepas banyak memakan makanan ini. Apakah makanan tersebut?
A. Gula gula
B. Keropok ikan
C. Jeruk manga

Dunia Sains & Teknologi Tahun 2 10

Anda mungkin juga menyukai