Anda di halaman 1dari 1

Beli hartanah guna pinjaman digalakkan beli atas 1 nama.

Jika sudah berkahwin juga digalakkan


beli hartanah atas 1 nama. Kenapa?

1. Insurans pinjaman akan cover 100% jika penama ditimpa musibah cacat kekal dan tidak
berupaya atau kematian. Jika 2 nama, salah seorang masih hidup maka insurans pinjaman hanya
cover 50% maka yang hidup masih perlu bayar bayaran bulanan.

2. Pinjaman rumah pertama dan kedua, bank akan biayai 90% dari harga pasaran. Jika sudah
berkahwin, maka suami isteri boleh beli 4 buah rumah dengan pinjaman 90%. Jika guna 1 nama
untuk 1 hartanah. Jika bergabung nama maksimum 2 hartanah sahaja 90% pinjaman. Rumah ke3
dan seterusnya 70% pinjaman sahaja.

3. Bagi pasangan suami isteri mempunyai 4 buah rumah, 3 buah rumah tersebut boleh
disewakan. Jika lebih KREATIF, pendapatan sewa dari 3 buah rumah tersebut boleh menampung
bayaran pinjaman bagi rumah yang kita duduk. Inilah yang dikatakan duduk dengan percuma.

4. 3 buah rumah juga boleh dijadikan sebagai simpanan jangka panjang untuk pendidikan anak-
anak atau sebagai wang pesaraan dengan menjualnya semula atau pembiayaan semula.

5. 3 hartanah tersebut juga boleh diwakafkan supaya pahala berterusan apabila kita tiada di dunia
lagi.

6. Jika kerja government boleh gunakan pinjaman perumahan kerajaan 100% pembiyaan untuk
property yang terakhir iaitu rumah ke3. Jadi pasangan suami isteri yang berkerja government
boleh memiliki 6 rumah sebenarnya.

Jika ada wang modal yang besar tiada masalah untuk beli lebih banyak lagi. Share semoga
bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai