Anda di halaman 1dari 19

TAMAN HERBA

SMK PUCHONG PERDANA

1. Nama Biasa : Bangun-bangun


Nama Sainstifik : Solenostemon amboinicus
Keluarga : Labiatae
Kegunaan : Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina
terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-
mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai
daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan
dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.Jusnya pula
boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan
bronkitis.Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawr
gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara
menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada
bahagian yang terlibat.
2. Nama Biasa : Belalai Gajah
Nama Sainstifik : clinacanthus Nutans
Keluarga : acanthaceae
Kegunaan : Ia digunakan di thailand sebagai bahan untuk merawat
penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar
digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari
tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada
badan ketika terkena cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga
digunakan untuk mengubati dermatitis Ia juga digunakan
sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular.
3. Nama Biasa : Belimbing Tanah
Nama Sainstifik : tacca integrifolia
Keluarga : taccaceae
Kegunaan : Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. seluruh
pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga
mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. selain dari itu
tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing
manis, lemah jantung dan buah pinggang
4. Nama Biasa : Beluntas
Nama Sainstifik : Pluchea Indica
Keluarga : Compositae
Kegunaan : Ulam
5. Nama Biasa : Bisa Ular
Nama Sainstifik : Barleria lupulina
Keluarga : Acanthaceae
Kegunaan : dipercayai dapat merawat bisa terkena patukan ular dan
binatang berbisa. Caranya ialah dengan menghancurkan
daun tersebut dan ditampalkan pada tempat yang terkena
patukan.
6. Nama Biasa : Bunga Loceng
Nama Sainstifik : Allamanda cathartica L
Keluarga : Apocynaceae

1
Kegunaan : Mengubati kudis, gatal-gatal dan kurap.
Getah bunga jika dititiskan pada bekas-bekas kecil yang
berair seperti piring alas pasu bunga dan lain-lain bekas
bunga yang berair boleh mematikan jentik-jentik.

7. Nama Biasa : Bunga Kenanga


Nama Sainstifik : Cananga odorata
Keluarga : Annonaceae Annonaceae
Kegunaan : Minyak ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan
dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan
merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual
syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan
atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga
melancarkan kitaran haid.ia juga mampu menurunkan
tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah
tinggi. Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan
kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan,
menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat,
mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan
pertumbuhan rambut, menghilangkan kelumumur. Ia juga
boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia.
Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah
mati pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita.ia juga
dikatakan berkesan bila digunakan ketika demam biasa atau
demam malaria bronkitis dan asma .Cara menggunakan:
Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah
dikeringkan dimasukkan kedalam segelas air panas yag
mendidih dan ditutup,tapis dan minum apabila telah
sejuk.untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga
direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir
hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan
malam.untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga direbus
dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi
dan malam.Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat
kuat, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara
berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit
kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan
sebarang persediaan herba.
8. Nama Biasa : Bunga Melur
Nama Sainstifik Jasminum Samb ac
Keluarga : Oleaceae
Kegunaan Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan
: terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat
: india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah
untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur
digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu

2
pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk
halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang
lain pula. Ulang hingga berasa sedikit lega(sembuh). Untuk
mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya
diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang
terkena sengatan itu. Untuk demam dan sakit kepala
segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya
digunakan untuk membasahkan dahi. Untuk sesak nafas pula,
20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga
mendidih, tapis dan minum airnya.

9. Nama Biasa : Bunga Raya


Nama Sainstifik : Hibiscus Rosa Sinensis
Keluarga : Malvaceae
Kegunaan : Bunga Raya Dan Daunnya Yg Ditumbuk Lumat:
-ditampal pd kulit untk merawat bisul, barah, gatal kulit,
demam panas,beguk, luka, bengkak dan penyakit kulit.
-daun bunga raya mampu melebatkan rambut dan bulu
kening.
Bunga Raya Direbus Dgan Air Mendidih :
-boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yg bengkak @
radang.
-boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar
parotid, bronchitis, selsema, mengeluarkan kahak dan hingus,
dan merangsang haid.
Kudup Bunga Raya Yang Telah Dihancurkan Dicampur Dengan
Garam:
-ditampal pd masalah bisul
Air Rebusan Kudup Bunga:
-boleh diminum dan mampu menambahkan banyak air mani
dan merawat bengkak salur kencing.
Daun Muda Dan Pucuknya:
-disapu pada peru ibu yang akan bersalin untuk memudahkan
melahirkan anak dan proses mengeluarkan uri.
Daun Bunga Raya Direbus Dlm Air Mendidih:
-boleh dijadikan losyen utuk rawat demam dan sakit kepala.
Akar bunga raya putih ditumbuk lumat dan direbus.
-boleh diminum untuk merawat jangkitan yang terjadi dr
hubungan seksual, melawaskan pembuangan air kecil dan
boleh dijadikan penawar racun.
-air rebusan akar diminum untuk rawat jangkitan pada
serviks, penyakit keputihan, tidak tentu haid, disapu pd
kelenjar tengkuk yang bengkak dan boleh mencuci mata yang
merah dan bengkak.
10 Nama Biasa : Buas-buas
. Nama Sainstifik : Premna faetida

3
Keluarga : Verbenaceae
Kegunaan : Buang angin, buang cacing, menambahkan susu badan
11 Nama Biasa : Kana
. Nama Sainstifik : Canna
Keluarga : Cannaceae
Kegunaan : Ragam Khasiat dari akar kana
1. Jerawat
Sediakan sekitar 100 gram akar kana segar, bersihkan, dan
rebus dalam 250 ml air. Biarkan sampai mendidih, lalu saring.
Air rebusan akar kana ini dapat dipakai sebagai masker untuk
wajah yang ditumbuhi jerawat.
2. Sakit Kuning
Sediakan sekitar 100 gram akar kana segar, bersihkan, dan
rebus dalam 250 ml air. Biarkan sampai mendidih, lalu saring.
Air rebusan akar kana ini diminum ketika masih hangat,
setiap pagi dan petang. Lakukan secara rutin selama 3-4
minggu.
3. Luka
Untuk mengubati luka, ambil 50 gram akar kana dan 25 gram
bunga kana kering. Campur kedua bahan tersebut dan
lumatkan, lalu tambahkan sedikit air masak. Tempelkan
bahan tersebut pada bahagian tubuh yang luka.

12 Nama Biasa : Cemamak


. Nama Sainstifik : Micromelum minutum
Keluarga : Rutaceae
Kegunaan : Ulaman, lepas bersalin, buang angin, lenguh-lenguh
13 Nama Biasa : Cengkam Bumi
. Nama Sainstifik :
Keluarga :
Kegunaan :
14 Nama Biasa : Jenjuang
. Nama Sainstifik : Cordyline terminalis
Keluarga : Asparagaceae
Kegunaan : Akar : Air rebusan diminum untuk merawat batuk darah, cirit-
birit, disentri, kencing berdarah, kurang atau tiada haid dan
tibi dalam paru-paru.
Bunga : Air rebusan diminum untuk merawat demam panas,
disentri dan radang dalam usus.
Daun :
Air rebusan diminum untuk merawat batuk, batuk
darah, disentri, demam panas, kencing berdarah dan
perit, kurang atau pun tiada haid, penyakit di dalam
ginjal, tibi dalam paru-paru, sakit kepala dan radang
usus.
Daun dipanaskan dan ditampal pada luka akibat
disengat ikan.
Daun segar ditumbuk lumat, cecairnya diperah dan
dititiskan pada luka dan lebam. Daun segar yanmg

4
ditumbuk lumat atau abu daun yang dibakar ditampal
pada bisul, kudis, kudis cacar dan sakit sendi.
Kayu : Kulitnya dikikis halus-halus, dicampur dengan sedikit
garam dan ditampal pada gusi yang bengkak dan sakit.
Ubi : Dimakan bersama daun sirih untuk menghentikan cirit.
Ubinya daripada pokok yang berdaun merah dimakan
bersama daun sirih untuk merawat disentri.
15 Nama Biasa : Derhaka Mertua / Celaka Mertua
. Nama Sainstifik : Plumbago zeylanica L
Keluarga : Plumbaginaceae
Kegunaan : Bahagian derhaka mertua yang biasa digunakan dalam perubatan ialah
akarnya.Air rebusan akarnya digunakan untuk mengatasi masalah sembelit.
Ia juga digunakan untuk menggugurkan kandungan. Ia bersifat anti radang .
Ia juga dapat mengembalikan kecergasan badan. Selain itu ia juga boleh
digunakan untuk mengubati batuk, bronkitis , angin dalam perut (colic) dan
kudis buta (scabies). Di Malaysia fungsi utama tumbuhan ini ialah untuk
melancarkan perjalanan haid. Untuk tujuan ini 2 atau tiga helai daunnya yang
segar, dibersihkan dan dikunyah begitu sahaja dalam tempoh seminggu dari
tarikh sepatutnya haid. Tumbuhan ini amat merbahaya dan boleh
menggugurkan janin jika diambil oleh wanita yang sedang hamil. Oleh itu
penggunaannya perlulah dilakukan dengan berhati-hati
16 Nama Biasa : Dukung Anak
. Nama Sainstifik : Phyllanthus niruri
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan : Demam kuning / jaundis, hepatitis, darah tinggi, cirit-birit

17 Nama Biasa : Gandarusa


. Nama Sainstifik : Gandarussa valguris
Keluarga : Acanthaceae
Kegunaan : Mengubat lebam akibat terpukul, tulang patah, rheumatik dan
bisul.cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang
segar atau kering dikisar hingga lumat dan diampur cuka
untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat
tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.Untuk
rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga
mendidih dan airnya diminum.Untuk lebam pula daunnya
dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian
yang lebam.Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan
panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya
disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga.
18 Nama Biasa : Gelenggang
. Nama Sainstifik : Cassia alata
Keluarga : Caesalpinaceae
Kegunaan : Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti
kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang
dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik)
dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi.
campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap

5
tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit
akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi
penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk
kegunaan luaran sahaja. Untuk masalah sembelit, satu sudu
teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar
gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
uterus(rahim). Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat
cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas
disesetengah negara Amerika selatan. Air rebusan akarnya
dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit
malaria
**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan akan dan
kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan
persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit
birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari
menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan
boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya
disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.
19 Nama Biasa : Halia Bara
. Nama Sainstifik : Zingiber officinale var rubrum Rosc.
Keluarga : Zingiberaceae
Kegunaan : Asma - rebusan rizom, minum pagi dan malam
Bengkak, seliuh tumbuk rizom halia dan minyak kelapa,
sapu pada tempat sakit

20 Nama Biasa : Inai


. Nama Sainstifik : Lawsonia Inermis
Keluarga : Lythraceae
Kegunaan : Inai, selain dari digunakan untuk memerahkan kuku dan
hiasan mempunyai nilai perubatan antaranya ia digunakan
untuk:
1. Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman
(terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas
pembedahan). Caranya, untuk luka luaran, ambil daun inai
ditumbuk lumat dan ditampal pada bahagian yang luka untuk
menghentikan pendarahan.Untuk luka bersalin dan
pembedahan pula tujuh helai daun inai dimakan pagi dan
petang dikatakan dapat mempercepatkan proses
penyembuhan.
2.Untuk mengubat sakit perut pula daun inai direbus hingga
mendidih didalam bekas yang tidak ditutup, airnya ditapis

6
dan diminum.
3.Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas
bersalin daun inai direbus dan diminum 3 kali seminggu.
4. Untuk mengubat penyakit kuning pada bayi yang baru
lahir, daun inai dicampurkan dengan air mandian bayi.
5.Untuk melembutkan rambut pula, daun inai dikisar hingga
lumat dan dipanaskan sebentar kemudian disapukan pada
rambut, selain rambut menjadi lebih lembut ia juga menjadi
lebih berseri dengan warna oren semulajadi dari daun inai.
21 Nama Biasa : Jarum Tujuh Bilah
. Nama Sainstifik : Pereskia sacharosa
Keluarga : Cactaceae
Kegunaan : Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan
penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar),
kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan
memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air
panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya
dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan
ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat ,
campurkan air dan jusnya diminum.

22 Nama Biasa : Jarak Pagar


. Nama Sainstifik : Jatropha curcas
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan : Rawatan rambut gugur dengan cara menyapu minyak yang
dihasilkan oleh buahnya yang telah matang pada rambut.
selain itu ia juga berkesan sebagai penawar penyakit
rhuematism. Daunnya ditumbuk hingga halus dan dan
dicampurkan dengan air panas, letakkan pada bahagian yang
sakit dan balut.perubatan moden juga ada menggunakan
ekstrak dari biji jarak ini untuk mengubat penyakit seperti
hernia, kanser,gonorrhea, lumpuh,siplis dan tetanus(kancing
gigi). getah pokok jarak ini boleh digunakan untuk mengubat
sakit gigi dengan cara menampal pada bahagian gigi yg sakit.
23 Nama Biasa : Jemuju
. Nama Sainstifik : Eryngium foetidum
Keluarga : Apiaceae
Kegunaan : Merapi dan menyihatkan rambut dengan cara meramas
beberapa helai daunnya dan dilumurkan pada kepala. untuk
merawat luka, seriawan dan ulser pula lekapkan daunnya
pada bahagian yang terlibat. Jus atau ekstrak airnya boleh
digunakan untuk merawat kembung perut dan angin dalam
badan
24 Nama Biasa : Jerangau
. Nama Sainstifik : Acorus Calamus
Keluarga : Acoraceae / Araceae
Kegunaan : Minyak jerangau digunakan untuk mengubati sakit perut yang disebabkan
oleh gastrik. Ia juga digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi.
Jerangau juga digunakan dalam ramuan yang digunakan oleh wanita selepas

7
bersali bersama cekur.Ia memunyai ciri-ciri anti oksidan
25 Nama Biasa : Jering
. Nama Sainstifik : Archidendron jiringa
Keluarga : Leguminosae
Kegunaan : Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis
bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang
air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering
boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil
berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan
sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan
kandungan gula dalam badan.
26 Nama Biasa : Jeruju
. Nama Sainstifik : Acanthus Ilicifolius L.
Keluarga : Acanthaceae
Kegunaan : Daun biji dan akar jeruju digunakan sebagai ubat cacing
dalam perubatan tradisional melayu. 10 g akarnya direbus
bersama segelas air selama 15 minit untuk diminum oleh
pengidap penyakit kecacingan.Daun mudanya pula berfungsi
untuk merawat sakit perut. Daunnya juga digunakan untuk
merawat rheumatik dan Bisa akibat terkena racun
sumpit/panah.

27 Nama Biasa : Kaduk


. Nama Sainstifik : piper sarmentosum roxb
Keluarga : piperaceae
Kegunaan : Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan
kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam
malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan
itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema,
sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya
yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara
menambal pada bahagian panau itu.

28 Nama Biasa : Kantan


. Nama Sainstifik : Pheaomeria imperialis
Keluarga : Zingiberaceae
Kegunaan : Bunganya boleh mengawet muda.Pokoknya juga boleh
menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang
baru lepas bersalin.Untuk menghilangkan bau badan, ambil
beberapa batang pokok kantan yang segar, potong
batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat,
Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya
untuk mandi apabila telah sejuk.Untuk menghilangkan rasa
kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk
hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan
dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada
waktu pagi dan sebelum tidur.Amalkannya untuk beberapa
kali.Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin
bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak
juga.

8
29 Nama Biasa : Keladi Murai
. Nama Sainstifik : Tacca integriffolia
Keluarga : Araceae
Kegunaan : dapat menurunkan tekanan darah tinggi
buasir
menghilangkan gatal terkena ulat bulu
mandian serum bagi wanita selepas bersalin
air rebusan yang dicampurkan ramuan tertentu untuk
menguatkan buah pinggang

30 Nama Biasa : Keladi Tikus


. Nama Sainstifik : Typhonium Flagelliforme
Keluarga : Araceae
Kegunaan : amat mujarab dalam mengubati Kanser terutamanya kanser
payudara
31 Nama Biasa : Kemangi
. Nama Sainstifik : Ocimum sanctum Linn
Keluarga : Lamiaceae /Labiatae
Kegunaan : Air rebusan daun kemangi diminum untuk menangani
masalah pernafasan, batuk dan bronkitis yang kronik. Kaedah
yang sama juga digunakan untuk merawat masalah gastrik.
Untuk asma pula jus dari daunnya diminum.
32 Nama Biasa : Kerian
. Nama Sainstifik : Syzygium cumini
Keluarga : Myrtaceae
Kegunaan : dalam perubatan buahnya mengandungi sifat pelawas
(melawaskan kencing. Jus buahnya yang dicairkan dengan air
digunakan sebagai ubat kumur untuk mengubat sakit tekak.
33 Nama Biasa : Kesum
. Nama Sainstifik : Polygonum minus huds
Keluarga : Polygonaceae
Kegunaan : kesum banyak digunakan dalam masakan melayu kerana
aromanya. Ia digunakan untuk mengharumkan masakan
seperti laksa dan asam pedas. Selain dari digunakan dalam
masakan kesum juga boleh dijadikan penawar penyakit. Ia
digunakan untuk mengubati masalah perut tidak hadam
dengan cara merebus pokok kesum berasama air hingga
mendidih dan airnya diminum. Ia juga boleh menjadi penawar
kepada masalah kelemumur. Cara untuk menghilangkan
kelemumur menggunakan kesum ialah dengan menumbuk
daunnya hingga lumat dan airnya diperah.Gosokkan air yang
terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan selama 3-5 minit
sebelum dibilas dengan air bersih.

9
34 Nama Biasa : Kunyit
. Nama Sainstifik : Curcuma longa /curcuma domestica
Keluarga : Zingerberaceae
Kegunaan : Kunyit mempunyai sifat anti-radang,antioksida,anti kanser, pelindung hati.
Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen,
metil farbinol, d.kamper, dan kurkurminminyak atsiri, sikloiserin, mirsen,
metil farbinol, d.kamper, dan kurkurmin.Dalam perubatan tradisional melayu
kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam kuning,cirit-
birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit perut, sembelit, kening
berdarah,radang ginjal dan menyegarkan badan.Cara penggunakan untuk
penyakit diatas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus,campurkan
air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan.Kunyit
juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran
tempatan.Menurut perubatan cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi
dan melancarkan perjalanan darah.
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit
dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk
mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.Kunyit
yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan
haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina
yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami
isteri.Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda.
35 Nama Biasa : Lelipan
. Nama Sainstifik : Pedilanthus tithymaloides
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan : Tumbuhan ini juga sering ditanam sebagai pokok pagar.
Kegunaannya, akar pokok ini digunakan sebagai emetik.
Manakala getah daripada batangnya yang hijau digunakan
sebagai ubat kutu belut (kutil), atau ubat bisa sengatan
lipan dan kala jengking
36 Nama Biasa : Lempoyang
. Nama Sainstifik : Zingiber zerumbe
Keluarga : Zingiberaceae
Kegunaan : Rizomnya telah lama digunakan secara tradisional
digunakan untuk merawat sakit perut, kembung perut,
kurang selera makan, ubat cacing, diarea, penyakit kulit.
Bunganya digunakan untuk membuat syampu rambut.
Bersifat anti-inflamasi dan melancarkan perjalanan
darah.

10
37 Nama Biasa : Lengkuas
. Nama Sainstifik : Alpinia Galanga stuntz
Keluarga : Zingiberaceae
Kegunaan : Lengkuas mempunyai khasiat untuk menambahkan
selera makan,membersihkan darah, mencairkan kahak,
merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri afrodisiak.
Kerana itu ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan
dan jamu dan ubat untuk menguatkan tenaga.lengkuas
juga dapat digunakan untuk merawat penyakit limpa
bengkak dengan cara merebus 2 lengkuas sebesar ibu
jari, 3 temu lawak sebesar ibu jari, dan segenggam daun
dukung anak(segar atau kering) dan 3 cawan air hingga
mendidih.Air ini kemudiannya diminum 2 kali sehari,pagi
dan malam. kerana lengkuas juga mampu mencairkan
kahak ia juga boleh digunakan untuk merawat
bronkitis.Caranya: 2 ketul lengkuas,2 ketul temu lawak
dan 2 ketul halia sebesar ibu jari direbus bersama daun
kayu manis dan 3 cawan air untuk diminum pagi dan
malam.lengkuas juga dapat meningkatkan tenaga batin
dan merawat rheumatik

38 Nama Biasa : Lidah Buaya


. Nama Sainstifik : Aloe Vera linn.
Keluarga : Liliaceae
Kegunaan : Bahagian yang digunakan adalah daunnya. ia banyak
digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.ia juga
digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh
membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah,
juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi
kencing dan hati.Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3
asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus
besar. sifatnya yang beralkali juga dapat membantu
mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang
juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan
makanan.Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan
salur makanan(salur penghadaman). gel yang diekstrak dari
daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan
melecur, melepuh atau bangkat. ia boleh digunakan ketika
demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara
menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.Lidah buaya

11
juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan
luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan
serangga.Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya
boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit
muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka,
merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit.Ia juga
digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh
digunakan secara terus. untuk membuat jusnya, kupas
bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan
sedikit air.

39 Nama Biasa : Lidah Jin


. Nama Sainstifik : Sansevieria
Keluarga : Liliaceae
Kegunaan : Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli
yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk
mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan
tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan
pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan
untuk menyubur dan menghitamkan rambut.
Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu
dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar,
bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati
penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan
salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat
dikawal.
Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna
untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih
dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan
bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh
digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol
dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.
Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas
dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat
digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat
serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.

40 Nama Biasa : Limau Kasturi


. Nama Sainstifik : Citrofortunella microcarpa
Keluarga : Rutaceae
Kegunaan : Limau kasturi banyak digunakan khususnya dalam masakan
di Asia tenggara terutamanya Thailand dan Filipina.Ia juga

12
dijadikan perisa minuman.jusnya kaya dengan kandungan
vitamin c.
41 Nama Biasa : Limau Purut
. Nama Sainstifik : Citrus Hystrix
Keluarga : Rutaceae
Kegunaan : Mandian lepas bersalin, sakit kepala dan anti oksidan
42 Nama Biasa : Mahkota Dewa
. Nama Sainstifik : Phaleria papuana
Keluarga : Thymelacea
Kegunaan : dilaporkan di indonesia ianya digunakan untuk merawat
pelbagai jenis kanser, masalah buah pinggang,darah tinggi,
stroke, kencing manis, kolesterol tinggi dan pelbagai
kegunaan yang lain
43 Nama Biasa : Mas Cotek
. Nama Sainstifik : Ficus deltoidea
Keluarga : Moraceae
Kegunaan : untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan
membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara
mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok
jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga
tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh
digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal
dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas
bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru
berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya
juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5
biji sehari
44 Nama Biasa : Melada Pahit
. Nama Sainstifik : Brucea amarissina
Keluarga : Anacardiaceae
Kegunaan : merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan
gigitan serangga berbisa.
Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit
yang sudah dikeningkan dan tumbuk sehingga lumat.
Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian
diminum. Tetapi rasanya amat pahit.

45 Nama Biasa : Mengkudu


. Nama Sainstifik : Morinda citrifolia
Keluarga : Rubiaceae
Kegunaan : Di malaysia mengkudu biasanya dijadikan penawar untuk
gangguan semasa kencing tidak lawas, batu karang,
senggugut dan pendarahan. Daun mengkudu juga biasa
dijadikan campuran mandian untuk perempuan selepas
bersalin untuk memulihkan kecergasan badan. Daunnya biasa
dijadikan alas batu tungku, dikatakan dapat membantu mengeluarkan darah
nifas selepas bersalin. mengkudu mempunyai khasiat untuk mencegah
diabetes dan penyakit barah serta tekanan darah tinggi. engkudu dapat
mencegah dan melegakan asma, hay fever dan rheumatis. Pengambilan jus
mengkudu juga boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan

13
hormon seperti nyanyuk dan juga melambatkan proses penuaan.
46 Nama Biasa : Naga Buana
. Nama Sainstifik : Phyllanthus pulcher
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan : Dipercayai dapat mengubati sakit gigi, melecur, panas badan
dan sakit perut.
Getah yang mengalir dari daun naga buana selepas ia dipetik
hanya perlu dititikkan terus pada gigi yang sakit terutama
ketika anda sedang menahan sakit berdenyut-denyut akibat
gigi berlubang.
Bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur pula, beberapa
helai daun naga buana perlu dikisar atau dihancurkan terlebih
dahulu sebelum ditampalkan pada bahagian yang sakit.
47 Nama Biasa : Nangka
. Nama Sainstifik : Artocarpus heterophyllus
Keluarga : Artocalpeae
Kegunaan : Biji nangka boleh direbus dan dimakan atau dihancurkan
menjadi tepung yang boleh dicampur dalam air untuk
diminum bagi mengubat penyakit kelebihan hempedu. Bijinya
juga dipanggang dan dimakan sebagai tonik kelamin.
48 Nama Biasa : Nilam
. Nama Sainstifik : Pogostemon cablin
Keluarga :
Kegunaan : mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak.
air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan
sebagai air bilasan bagi mengambalikan kewangian kain batik.

49 Nama Biasa : Pandan


. Nama Sainstifik : Pandanus amaryllifolius
Keluarga : Pandanaceae
Kegunaan : Halau tikus, lipas, pijat-pijat dan mewangikan badan,
cantikkan rambut, bersihkan kesan campak.
50 Nama Biasa : Pecah Kaca
. Nama Sainstifik : Strobilanthes crispus
Keluarga : Acanthaceae
Kegunaan : mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk
bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,anti-diabetes dan juga
antimikrob.
51 Nama Biasa : Petai
. Nama Sainstifik : Parkia speciosa
Keluarga : Fabaceae
Kegunaan : Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai
berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit
kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk
mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
52 Nama Biasa : Pulut-pulut

14
. Nama Sainstifik : Urena Lobata L.
Keluarga : Malvaceae
Kegunaan : Dalam perubatan tradisional , daunnya digunakan sebagai
penawar untuk sakit perut. Akarnya pula digunakan untuk
merawat rheumatik dan lumbago.
53 Nama Biasa : Putat
. Nama Sainstifik : Barringtonia racemosa
Keluarga : Lecythidaceae
Kegunaan : Ekstrak biji putat terbukti secara saintifik mempunyai sifat
anti kanser. Di kerala India biji putat digunakan untuk
merawat pelbagai penyakit yang menyerupai
kanser(ketumbuhan).
54 Nama Biasa : Sambung Nyawa
. Nama Sainstifik : Gynura procumbens
Keluarga : Asteraceae
Kegunaan : Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan
darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat
sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk
merawat masalah buah pinggang.
55 Nama Biasa : Sepulih
. Nama Sainstifik :
Keluarga :
Kegunaan :
56 Nama Biasa : Semambu
. Nama Sainstifik : Melia indica
Keluarga : Meliaceae
Kegunaan : Demam campak : daun + beras + kunyit & ditumbuk sapu
seluruh badan
57 Nama Biasa : Semangkuk
. Nama Sainstifik :
Keluarga :
Kegunaan :

58 Nama Biasa : Sembung


. Nama Sainstifik : Blumea Balsamifera
Keluarga : Compositae
Kegunaan : Daun sembung digunakan untuk mengubati demam. Caranya
daunnya direbus bersama air dan di campur dalam air
mandian. Kaedah yang sama digunakan untuk mandian
selepas bersalin.Untuk mengubati senak perut yang
disebabkan oleh angin, daunnya direbus dan airnya
diminum.Daunnya juga boleh digunakan untuk mengubati
kencing manis.Flavanol yang terdapat dalam daunnya juga
menjadikannya sebagai ubat antiradang.Ia juga dapat
melancarkan perjalanan darah.daunnya yang direbus juga
boleh melancarkan haid yang tidak teratur dan dapat
menambahkan selera makan

15
59 Nama Biasa : Senduduk Putih
. Nama Sainstifik : Melastoma decemfidum roxb.
Keluarga : Melastomaceae
Kegunaan : Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat
mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat
mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah
pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua
ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air
digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak
berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa
dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus
bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk
diminum air
60 Nama Biasa : Serai
. Nama Sainstifik : Cymbopogon citratus
Keluarga : Graminae
Kegunaan : Serai banyak digunakan dalam masakan melayu , indonesia
dan thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah
tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu serai juga
digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang
diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk
kosmetik ,syampu dan sabun.Serai mengandungi kandungan
sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian
lain yang terdapat dalam serai ialah inalol, geraniol,
sitronelal, sitronenol, farnesol, farnesal, limonena dan nerol.
61 Nama Biasa : Serapat Pandan
. Nama Sainstifik : Mapania cuspidata
Keluarga : Cyperaceae
Kegunaan : Membaiki dan menegang tisu faraj yang longgar
Mengurangkan bengkak selepas bersalin
Menegangkan payudara
Merawat masalah dalaman wanita
Mencantikkan dan menegangkan kulit.
62 Nama Biasa : Seringan
. Nama Sainstifik : Flemingia macrophylia
Keluarga : Leguminosae
Kegunaan : Kanak-kanak susah berjalan: gunakan tangkai pokok ini
disebat perlahan-lahan pada kanak-kanak yang lambat
berjalan setelah 1 1.5 tahun.
63 Nama Biasa : Sesudu
. Nama Sainstifik : Euphorbia nerrifolia
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan : Bagi kegunaan sakit telinga dan bisul, daunnya diramas hingga lembut dan
perah airnya ke dalam telinga atau tampal tempat yang sakit serta ulang
sehingga rasa lega.
64 Nama Biasa : Setawar Putih
. Nama Sainstifik : Costus speciosus
Keluarga : Zingerberaceae
Kegunaan : Dalam perubatan ayurveda, rizom setawar putih di jadikan
penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit

16
kulit,demam, asma,bronkitis dan anaemia dan sembelit. Ia
juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar.Ia juga
dijadikan ubat untuk menghilangkan rasa loya, pening dan
muntah
Setawar putih dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin
lelaki. Caranya sulur atau tunasnya yang muda dijadikan
sup,boleh dicampur bersama bahan lain untuk
menyedapkannya.
65 Nama Biasa : Tembaga Suasa
. Nama Sainstifik : Crinum asiaticum
Keluarga : Amarylidaceae
Kegunaan : Sakit perut, patah, bengkak atau salah urat.
Dilayur atas api, sapu minyak dan dibalut di tempat yang
sakit.
66 Nama Biasa : Temulawak
. Nama Sainstifik : curcuma xanthorrhiza
Keluarga : Zingiberaceae
Kegunaan : Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk
mengubat penyakit-penyakit seperti:
1.Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.Ubat demam( anti-pyretic)
3.Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.Penyakit kulit
5.Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.Berak berdarah(bloody diarrhea), merawat masalah
sembelit
8.Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida
albican pada vagina.
10.Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
Capa penggunaan ialah dengan mengambil 3-9 g rizomnya
yang segar(kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak
sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali
sebelum makan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi
ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan
kecergasan tubuh badan ** peringatan, jangan sesekali
menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh
menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada
keguguran janin diperingkat muda kehamilan.
67 Nama Biasa : Tenggek Burung
. Nama Sainstifik : Euodia redlevi
Keluarga : Rutaceae
Kegunaan : Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah
tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal
belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh
dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan
pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan

17
68 Nama Biasa : Terung Asam / Terung Bulu
. Nama Sainstifik : Solanum ferox Linn.
Keluarga : Solanaceae
Kegunaan : Dalam perubatan tradisional melayu buah terung asam
dikatakan dapat mengubat cacing kerawit
Digunakan sebagai pengganti asam untuk gulai lemak ikan.
Selain itu, buah terung ini dieelur dan dimakan bersama
dengan sambaI belacan. Bulu pada buah boleh dibuang
terlebih dahulu dengan menyapunya dengan sabut kelapa.
Biji dan akar terung bulu berkhasiat sebagai ubat. Biji
digunakan untuk mengubati sakit gigi; air rebusan akar
digunakan sebagai air mandian untuk mengubat demam dan
dibuat campuran ubat untuk luka, gatal-gatal serta sakit-sakit
badan.
69 Nama Biasa : Tetulang
. Nama Sainstifik : Euphorbia tircalli
Keluarga : Euphorbiaceae
Kegunaan : Merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.
Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila
kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok
tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau
patah tadi. Kemudian balutlah dengan kain bersih.
70 Nama Biasa : Yesterday Today Tomorrow (YTT)
. Nama Sainstifik : Brunfelsia pauciflora
Keluarga : Solanaceae
Kegunaan : Aromaterapi

18
RUJUKAN

1. http://serisubuh.blogspot.com
2. http://wan-akuseorangpetani.blogspot.com
3. http://myherbs.wordpress.com
4. http://www.scribd.com/doc/7692627/Khasiat-Tumbuhan-Herba-1
5. http://fazlisyam.com
6. http://linaherbs.blogspot.com
7. http://www.perlisforestry.gov.my
8. http://agromedia.mardi.gov.my
9. http://www.melur.com
10.http://malaysianherbs.multiply.com/
11.http://acp.upm.my

19

Anda mungkin juga menyukai