Anda di halaman 1dari 2

JURNAL (Minggu kelima)

Bilangan Jurnal : 5/12


Minggu Praktikum : Kelima
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 31 julai hingga 04 Ogos 2017
Tajuk Jurnal : Penerapan nilai.

1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini (31 julai hingga 04 Ogos 2017) saya telah menghadapi masalah
penerapan nilai-nilai murni murid. Sebagai contohnya murid tidak menuruti perintah guru
dan murid memarahi rakan sendiri. Hal ini demikian menyebabkan aktiviti yang telah
dirancangkan tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Hal ini menimbulkan masalah bagi
mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid mempunyai masalah multiple ( kepelbagaian kecacatan )
yang saya tidak tahu. Antara masalah ialah sukar memahami nilai-nilai dan sikap yang
baik serta bertimbang rasa yang betul. Hal ini demikian menyebabkan mereka bersikap
kasar terhadap rakan sekelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerapan nilai murid
dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masalah
masa dengan lebih sempurna.
b.) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada waktu keadaan murid-murid bersikap agresif seperti selepas waktu rehat.
c.) Bagi memastikan bahawa murid sentiasa menerapkan nilai-nilai murni, saya akan
menerapkan nilai-nilai murni sebelum memulakan sesuatu pengajaran di dalam kelas
d.) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penerapan nilai yang
baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang
telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia


Tandatangan : ................................ Tandatangan : .............................................
Nama : ............................................. Nama : .............................................
Tarikh : .............................................Tarikh : .............................................

Anda mungkin juga menyukai