Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.

Bilangan Jurnal : 11
Minggu Praktikum : Sebelas
Tarikh peristiwa / Kejadian : 4 April hingga 8 April 2016
Tajuk jurnal : Kesukaran kemahiran menganggar dalam kalangan murid buta
menggunakan alat maujud.

Masalah/Peristiwa
Pada 8 April 2016, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
matematik dengan topik yang baru iaitu menganggar. Kemahiran menganggar ini
sangat penting kerana kemahiran ini adalah asas belum murid mempelajari konsep
bundar pada topik yang akan datang. Semasa menjalankan PdP ini, saya mendapati
murid cenderung untuk mengira nilai objek yang sebenar dan bukannya menganggar.
Meskipun mereka faham akan konsep menganggar namun murid mempunyai satu
tabiat itu “takut salah” semasa membuat anggaran. Situasi ini agak menganggu proses
PdP kerana guru perlu menerangkan berkali-kali kepada murid bahawa menganggar
tiada jawapan yang betul atau salah sebaliknya aggaran adalah nilai yang terhampir
dan munasabah dengan nilai yang sebenar.

Analisis
Hasil daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan guru mendapati
murid mempunyai beberapa masalah dalam kemahiran menganggar.

a) Murid mempunyai perasaan “takut salah” dan tidak mempunyai keyakinan untuk
menganggar sesuatu objek meskipun dapat menyentuh objek tersebut.

b) Murid cenderung untuk mengira nilai objek bukan menganggar.

c) Murid menganggar dengan jumlah yang kurang munasabah misalnya bahan maujud
yang diberikan sedikit namun anggaran yang diberikan berjumlah yang besar.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.

d) Murid keliru apabila meminta murid menyentuh bahan maujud secara terus dan
menganggar nilai tanpa mengira terlebih dahulu.

Cadangan tindakan susulan


Pada pengajaran yang akan datang guru boleh menukar strategi pengajaran kemahiran
menganggar dengan membungkus bahan maujud dengan plastik untuk mengelakkan
murid untuk cenderung mengira. Selain itu, murid dapat menyentuh keseluruhan objek
secara penuh dan mampu memberikan gambaran pada mental anggaran jumlah objek
yang disentuhnya. Tambahan pula, guru dapat meningkatkan daya keyakinan murid
untuk menganggar dengan strategi ini.

Bukan itu sahaja, guru juga boleh mencuba strategi penerangan tentang
kemahiran menganggar dengan lebih mudah dan ringkas. Misalnya guru boleh
menyediakan aktiviti pengajaran seperti meneka “Jelly” di dalam balang. Konsep aktiviti
ini sama dengan konsep menganggar kerana murid perlu melihat atau menyentuh
“Jelly” sebelum menekanya. Oleh hal yang demikian, murid dapat menyamakan konsep
menganggar seperti meneka jumlah sesuatu objek. Ini akan membantu murid untuk
mengingat dengan lebih cepat di samping membuat aktiviti pengajaran lebih
menyeronokkan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.

Tempoh masa tindakan susulan


Saya akan mengambil masa selama seminggu untuk melaksanakan tindakan susulan
ini sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan Tandatangan .........................................

Nama Nama .........................................

Tarikh Tarikh .........................................


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.

Anda mungkin juga menyukai