Anda di halaman 1dari 1

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latip bin Talib

Sinopsis Bab 7: Mereka Tidak Mengerti

Berita Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris menjadi gempar dalam kalangan
penduduk Kampung Sungai Ramal. Di masjid, Lebai Pian, Leman dan Abu mendesak Tok
Ketua mengambil tindakan keras, sama ada memberhentikan persekolahan Adnan di situ atau
dihalau dari kampung jika berdegil. Tok Ketua sebaliknya menempelak Abu, kerana anaknya
Nordin dilihat oleh orang kampung mencuri. Abu dan Leman terus merengus kasar, lalu
keluar dari masjid.

Setiba di rumah, Abu terus merotan Nordin walaupun cuba dihalang oleh isterinya. Nordin
terus berjumpa kawan-kawannya bagi merancang tindakan balas kepada Pak Saidi yang
dianggap mereka sebagai kaki sibuk. Mereka juga marah kerana Pak Saidi hanya mengajar
silat kepada anak-anaknya. Kemudian mereka mengambil keputusan tidur di masjid dalam
kesejukan hujan lebat dan gigitan nyamuk.

http://cikguazharrodzi.blogspot.my

Anda mungkin juga menyukai