Anda di halaman 1dari 1

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya Abdul Latip bin Talib

Sinopsis Bab 2: Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi membantu Hang Tuah yang tinggal keseorangan menghadapi ketua
penyamun yang tiba-tiba bertukar menjadi raksasa. Mak Milah mengejutkan Adnan yang
mengigau, lalu menyuruhnya pergi mandi. Adnan yang berusia 10 tahun itu kemudian
mengikut Pak Saidi ke kebun getah. Adnan membonceng basikal tua ayahnya melalui jalan
tanah merah yang becak. Disebabkan malam sebelumnya hujan, mereka hanya mengutip
getah skrap dan tidak jadi ke sawah.

Pak Saidi singgah di warung kopi Pak Samad, tempat orang kampung berborak kosong
seharian. Pak Saidi memesan dua cawan kopi O panas. Pak Samad memuji kerajinan dua
beranak itu sambil menyindir anak muda yang membuang masa di kedainya. Sebaliknya
Nordin dan kawan-kawannya secara sinis mengatakan bahawa kerja kuat pun tidak boleh jadi
kaya.

http://cikguazharrodzi.blogspot.my

Anda mungkin juga menyukai