Kertas Kerja Wonderjourneyfinal PDF

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT


WONDER JOURNEY
DI JOHOR

TARIKH PERLAKSANAAN

23 NOV HINGGA 26 NOV 2013

DISEDIAKAN OLEH :

PELAJAR M12F

KOLEJ MARA BANTING


TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk dibentangkan kepada Pengarah Kolej MARA Banting serta
pihak-pihak penaja mengenai cadangan lawatan sambil belajar bersama anak-anak yatim ke
Johor pada 23 November hingga 26 November 2013 untuk dipertimbangkan dan mendapat
kelulusan serta sokongan mereka.

PENGENALAN

Kecemerlangan akademik bukanlah satu-satunya penentu nilai modal insan. Kesempurnaan


modal insan juga dapat diukur melalui jasa dan khidmatnya terhadap masyarakat sekeliling
selain daripada kecemerlangan akademik. Atas dasar ingin membentuk modal insan yang
cemerlang, pelajar-pelajar kelas M12F Kolej MARA Banting telah merancang satu program
kemasyarakatan bersama anak-anak yatim di negeri Johor sebagai usaha melatih ahli-ahli
kelas M12F dalam berinteraksi secara berkesan dengan masyarakat di samping
menghulurkan bantuan dan menyemai sifat kasih akan golongan yang kurang bernasib baik.
Program ini penting dalam melahirkan generasi masa hadapan yang prihatin, penyayang dan
menyumbang kepada kemajuan negara.

OBJEKTIF

Oleh kerana program ini melibatkan anak-anak yatim dari Rumah Baitul Maghfirah maka
program ini lebih bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan meluaskan pandangan
mereka serta menghiburkan hati para anak yatim.

Antara objektif program ini adalah :-

1. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai keseronokan serta mendapat


infromasi baru melalui lawatan ke tempat-tempat menarik yang dirancang.
2. Menanam minat membaca dalam diri kanak-kanak dengan mewujudkan perpustakaan
mini.
3. Mewujudkan suasana persahabatan yang rapat sebagai asas untuk pada peserta
bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dengan lebih kritikal, terbuka dan
positif.
4. Menjalinkan perhubungan antara pelajar dan anak-anak yatim.
5. Memupuk semangat kerjasama dalam diri setiap ahli kelas sepanjang perancangan
proses.
6. Melatih diri menjadi lebih bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.
AKTIVITI UTAMA

1. Menubuhkan perpustakaan mini dan aktiviti bercerita (storytelling) di rumah anak yatim
sebagai usaha memupuk semangat suka membaca dalam diri anak-anak yatim serta
mendedahkan keseronokan amalan membaca kepada anak-anak yatim.

2. Mengadakan lawatan sambil belajar ke Hello Kitty Land dan Big Club sebagai salah
satu langkah dalam pembelajaran interaktif di samping mewujudkan suasana
kehidupan keluarga biasa kepada anak-anak yatim serta memberi peluang mereka
bersuka-ria di taman tema tersebut.

3. Mengadakan program Kembali Ke Sekolah di mana setiap kanak-kanak dibawa ke


pusat membeli-belah untuk membeli segala kelengkapan sekolah seperti uniform
sekolah, beg dan alat tulis.

4. Mengadakan konvoi kereta-kereta klasik hasil kolaborasi persatuan The Malaysian &
Singapore Vintage Cars Register (MSVCR) untuk memberi pendedahan kepada
kereta-kereta klasik yang pelbagai jenis serta menanam sikap menghargai nilai-nilai
estetika dalam jiwa anak-anak yatim di samping memberikan mereka pengalaman dan
keseronokan menaiki kereta-kereta tersebut.

PENDEDAHAN DAN PENEKANAN

1. Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan pendidikan melalui pelbagai medium


dalam kehidupan.

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkongsi pengalaman dan kisah hidup
masing-masing .

3. Berpeluang melihat dan merasai pengalaman ke tempat-tempat menarik yang ada di


Johor.

4. Memberi gambaran tentang kehidupan sebagai sebuah keluarga yang lengkap dan
bahagia.
FAEDAH DAN KEPENTINGAN

1. Menambah pengetahuan dan pengalaman dalam berinteraksi dengan masyarakat.

2. Menyediakan keperluan asas untuk seorang pelajar yang tidak mampu.

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang lebih matang dan berkeyakinan untuk lebih maju.

4. Memulakan perhubungan persahabatan dikalangan peserta agar ianya berterusan


untuk kepentingan bersama di masa-masa hadapan.

5. Melahirkan satu generasi yang peka kepada masyarakat lain yang kurang bernasib
baik.

6. Menaikkan status dan imej Kolej MARA Banting khususnya serta menaikkan martabat
negara Malaysia amnya.

MODUS OPERANDI

Tarikh : 23 NOV hingga 26 NOV 2013 (Sabtu hingga Selasa)

Peserta : 23 orang pelajar M12F

1 orang pegawai pengiring

Destinasi : Rumah Baitul Maghfirah, Hello Kitty Land, Big Club,

sekitar Johor Bahru, Johor.

Anjuran : Pelajar pelajar M12F

Kolej MARA Banting


JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Pengarah Kolej MARA Banting

Penasihat : En. Ghazali bin Shafie

Pegawai Pengiring : En. Mohamad Azizi bin Abdullah Thani

Ketua Delegasi : Ahmad Nasrun Amir bin Ezani

Pengarah Projek Bersama : Haleeda bt Hilmi

: Alia Nabihah bt Ali Azizan

Setiausaha : Asiah bt Salleh

Bendahari : Nabila bt Sheikh Ismail

Biro Program Lawatan : Muhammad Asyraf Kamil b Shahrin

Biro Makanan : Afrina bt Zainal

Biro Penginapan & : Michael Dylan Anak David

Pengangkutan : Rifhan Irdina bt Jupri

Biro Multimedia : Adib Fikri b Azalan

Biro Dokumentasi : Natasha Amiera bt Rosli

SUMBER KEWANGAN

Tabung EMR Pelajar


Sumbangan Ibu Bapa
Tajaan
Aktiviti pengumpulan dana
PROGRAM LAWATAN KE JOHOR

Tarikh/Masa Perkara Tempat

23.11.13 SABTU

07.00 08.00 Sarapan Pagi


08.30 13.30 Bertolak ke Johor Bahru
13.30 14.00 Dijangka sampai ke Johor Bahru
14.00 15.00 Check-in homestay
15.30 17.30 Sesi perkenalan dan ice-breaking bersama anak-anak yatim
18.00 20.00 Rehat dan makan malam
20.30 23.00 Program mendirikan perpustakaan mini dan storytelling
23.15 00.00 Balik ke homestay dan rehat

24.11.13 AHAD

07.00 08.00 Sarapan pagi bersama MSVCR


08.30 09.30 Program Konvoi Kereta-kereta Klasik MSVCR bersama anak-anak yatim
10.00 19.00 Lawatan ke Hello Kitty Land dan Big Club
19.00 20.00 Bertolak balik homestay
20.00 00.00 Makan malam dan rehat

25.11.13 ISNIN

07.00 08.00 Sarapan pagi


08.30 10.00 Senamrobik bersama anak-anak yatim
10.30 18.00 Program Back-To-School bersama anak-anak yatim
18.30 19.45 Balik ke homestay
20.00 23.00 Jamuan makan malam bersama anak-anak yatim
23.00 00.00 Sesi bergambar dan bersurai

26.11.13 SELASA

07.00 08.00 Sarapan pagi


08.00 09.30 Persiapan berangkat pulang
10.30 15.30 Bersiar-siar dan melawat tempat menarik di Johor Bahru
16.00 16.30 Dijangka bertolak pulang ke KMB
ANGGARAN KOS

BIL ITEM PERBELANJAAN KOS PER UNIT KUANTITI JUMLAH PER JUMLAH MENGIKUT ITEM
1. Pengangkutan
Pergi-balik 1800.00 2 kali 3600.00 4200.00
Dalam kawasan Johor 300.00 2 hari 600.00
2. Penempatan
Lelaki 250.00 3 hari 750.00
1200.00
Perempuan 150.00 3 hari 450.00
3. Tiket Taman Tema
Big Club 100.00 47 orang 4700.00
4700.00

4. Barang Kelengkapan Sekolah 200.00 17 orang 3400.00 3400.00


5. Makanan
Pelajar 20.00 4 hari x 23 orang 1840.00
Anak-anak yatim 15.00 3 hari x 17 orang 765.00 3445.00
Pengiring 20.00 4 hari x 7 orang 560.00
6. T-shirt 30.00 50 helai 1500.00 1500.00
7. Rak Buku 50.00 3 buah 150.00 150.00
8. BBQ 500.00 1 sesi 500.00 500.00
9. Cenderamata 100.00 1 buah 100.00 100.00

JUMLAH 18915.00
PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini akan memberi makna dan manfaat yang besar dalam
membina kematangan dan sahsiah serta mendidik pelajar agar lebih bersikap empati
terhadap golongan yang kurang bernasib baik di samping menanam perasaan cinta serta
mementingkan pengetahuan. Setiap aktiviti memberi impak terhadap kedua-dua pihak dan
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama manusia. Semoga setiap pelajar akan terus
berkembang selari dengan kemajuan teknologi dan ekonomi untuk mempertingkat budaya,
agama dan bangsa.

SENARAI NAMA PESERTA

NO. NAMA NO. IC NO. TELEFON


1. ADIB FIKRI BIN AZALAN 940321-13-5257 018-9808994
2. AFRINA BINTI ZAINAL 941224-02-5106 012-5225842
3. AHMAD NASRUN AMIR BIN EZANI 940317-03-6125 019-6458141
4. AININ SOFIYAH MANSOR 941129-02-5714 013-5282694
5. ALIA NABIHAH BINTI ALI AZIZAN 941229-10-6028 013-2325157
6. AMIRAH BINTI MOHD AZMY 940608-11-5050 019-7617414
7. ASIAH BINTI SALLEH 940222-03-5162 019-2879065
8. AZAMUDDEEN BIN AZHAR 941214-14-6369 013-6728230
9. HALEEDA BINTI HILMI 940224-14-6081 012-2889588
10. MICHAEL DYLAN ANAK DAVID 940125-13-5591 019-8267453
11. MUHAMMAD AMIRUL SHAFIQ BIN MOHD RASHID 940619-03-5961 011-19921587
12. MUHAMMAD ASYRAF KAMIL BIN SHAHRIN 941103-02-5169 019-3533394
13. NABILA BINTI SHEIKH ISMAIL 941212-10-6478 017-6717991
14. NATASHA AMIERA BINTI ROSLI 940714-02-5526 019-5110548
15. NOR HIDAYAH BINTI MOHD KADIR 940518-06-5520 011-28980518
16. NOR SYUHADAH BINTI ARIFFIN 940222-08-5776 017-9482422
17. NUR FATIHAH NABILLA BINTI AMI NORDIN 940415-10-5016 016-7156483
18. NUR FATIN NADHIRAH BINTI YUSOFF 940321-12-5892 018-9660722
19. NUR FATIN SAKINAH BINTI ROSMAN 941125-14-6244 017-6066920
20. NUR SAKINAH BINTI ISMAIL 941102-02-5036 011-2709472
21. NUR SUHAIDA BINTI SANUSI 940512-08-6224 019-9256507
22. NURUL ATIKA BINTI KHAIRUDDIN 940722-14-5800 013-6611509
23. RIFHAN IRDINA BINTI JUPRI 940508-06-5420 016-5851232

Anda mungkin juga menyukai