Anda di halaman 1dari 15

BAB 9

TEKNOLOGI KOMUNIKASI

OBJEKTIF BAB

Setelah mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:


1. Menjelaskan konsep umum teknologi
komunikasi.
2. Mengenal pasti peranan teknologi komunikasi.
3. Membincangkan kepentingan teknologi
komunikasi.

9.1 PENGENALAN

Sebagaimana anda semua sedia maklum masyarakat


hari ini didedahkan dengan pelbagai bentuk alat
teknologi untuk berkomunikasi. Saya rasa anda sendiri
mempunyai sekurang-kurangnya satu alat teknologi
komunikasi. Contoh alat yang dikategorikan sebagai
alat teknologi komunikasi adalah seperti televisyen,
satelit, radio, telefon bimbit, komputer, CD/DVD dan
sebagainya. Kebanyakan alat ini bukan sahaja
digunakan untuk berkomunikasi, menyalurkan
maklumat malah menjadi medium hiburan yang
berkembang pantas dengan inovasi yang canggih. Kita
tidak boleh mengelak daripada menggunakan teknologi
komunikasi dalam mengharungi kehidupan yang
semakin mencabar dan kompleks. Dunia sekarang
adalah dunia perlumbaan dan pemilikan maklumat.
Sehubungan itu, kemahiran dan pembangunan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejak
sedekad lalu telah mendapat perhatian serius pembuat
dasar sama ada di peringkat nasional mahupun
antarabangsa. Inovasi teknologi komunikasi
membentuk hubungan antara manusia yang tiada
batasan malah merentasi sempadan dunia dan budaya
masyarakat.

123
9.2 SEJARAH PEMBANGUNAN TEKNOLOGI
KOMUNIKASI

Falsafah penciptaan teknologi dari dahulu sehinggalah


sekarang adalah dengan tujuan untuk membantu
manusia menjalani kehidupan yang lebih baik dan
selesa. Pernahkah anda terfikir bilakah teknologi
komunikasi yang pertama dicipta? Berdasarkan
catatan sejarah, teknologi komunikasi bermula dengan
terciptanya mesin cetak oleh Johanes Guttenberg pada
tahun 1456. Kejayaannya telah membawa kepada
perubahan dalam bidang penerbitan buku dan surat
khabar. Kemudian, revolusi elektronik bermula pada
tahun 1700-an sehingga akhir 1800-an. Telegraf yang
pertama dicipta oleh Charles Wheatstones dan Samuel
Morse pada tahun 1840. Teknologi telegraf telah
berjaya menghubungkan manusia dalam jarak jauh.

Teknologi komunikasi berkembang lagi dengan


terciptanya telefon oleh Alexander Graham Bell pada
10 Mac 1876. Kemudian dengan penemuan gelombang
Hertz (Hz) pada tahun 1887 oleh Heinrich Hertz telah
menyumbang kepada perkembangan teknologi radio,
iaitu mesej dapat disampaikan melalui gelombang.
Seterusnya teknologi komunikasi berkembang lagi
dengan teknologi wayang atau filem pada tahun 1894
oleh gabungan beberapa orang iaitu Eteinne Jules
Marey (ahli sains), Eadweard Muybridge (jurufoto),
Thomas Edision (ahli sains), William K.L Dickson
(pembantu Edison), Auguste Luimere dan Louis
Luimere (juruteknik kamera dan projektor filem). Filem
hitam putih tanpa suara mula diperkenalkan pada
tahun 1920-an.

Teknologi televisyen mula diuji pada tahun 1930-an


dan telah berkembang sebagai alat hiburan pada tahun
1940-an. Manakala teknologi komputer pula dicipta
sekitar tahun 1950-an. Apabila transistor
diperkenalkan, saiz komputer telah diperkecilkan. Ini
juga telah menyebabkan lebih banyak ciptaan
teknologi diperkenalkan bagi memudahkan kehidupan
manusia. Teknologi komunikasi terus berkembang
dengan kejayaan pelancaran sistem satelit

124
antarabangsa INTELSAT pada tahun 1971. Teknologi
satelit ini juga telah menyebabkan komunikasi dapat
dilakukan dalam masa yang lebih singkat kerana
perhubungan antara benua dapat dilakukan dengan
lebih cepat. Kini inovasi teknologi komunikasi
berkembang begitu pantas dan penuh dengan idea-
idea kreatif.

9.3 TAKRIFAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Perkataan teknologi berasal daripada perkataan Latin


texere yang bermaksud membentuk atau
menubuhkan yang juga bermaksud sebagai cara,
peralatan, bahan atau perisian untuk melakukan,
membuat atau membina sesuatu. Rogers (1986)
mentakrifkan teknologi komunikasi sebagai alat
perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial
yang dialami oleh individu semasa mengumpul,
memproses dan bertukar-tukar informasi dengan
individu yang lain. Menurut Musa (2002) pula
teknologi maklumat sebenarnya adalah kaedah,
peralatan dan perisian yang digunakan dalam kegiatan
menjana, mengumpul, memproses, mengurus,
menyebar dan menyimpan maklumat. Oleh yang
demikian dapatlah disimpulkan bahawa teknologi
bukan sahaja dianggap sebagai sistem perkakasan
yang mempunyai fungsi tersendiri malah ia adalah
sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini.
Justeru itu, gabungan perkakasan dan nilai-nilai sosial
semasa, kegiatan menjana, mengumpul, memproses,
mengurus, menyebar dan menyimpan maklumat
dengan individu yang lain dikatakan teknologi
komunikasi.

9.4 CIRI-CIRI TEKNOLOGI KOMUNIKASI

Berdasarkan takrifan ringkas di atas, bolehkah anda


mengenal pasti beberapa ciri-ciri teknologi
komunikasi?

Kaye dan Medoff (2001) (dlm. Mohd Baharudin


Othman & Mohd Khairie Ahmad, 2004) telah mengenal
pasti lima ciri teknologi komunikasi iaitu khalayak,

125
masa, paparan dan penyebaran, jarak dan
penyimpanan.

9.4.1 Khalayak

Setiap media teknologi komunikasi berbeza dari segi


keupayaannya menemui sasaran pengguna. Contohnya,
radio dan televisyen berupaya untuk sampai kepada
jumlah audien yang ramai secara serentak, manakala
telefon boleh menghubungi seorang penerima sahaja
pada satu-satu masa (kecuali telesidang yang boleh
menghubungkan beberapa orang secara serentak).
Internet pula boleh dicapai oleh pengguna di serata
dunia.

9.4.2 Masa

Media teknologi komunikasi boleh dibezakan dengan


keupayaannya untuk menghantar mesej dalam bentuk
selari dan tidak selari. Mesej selari tidak melibatkan
kelewatan masa, seperti radio, televisyen dan telefon.
Mesej tidak selari seperti CD-ROM, buku, majalah, pita
video dan filem telah diterbitkan terlebih dahulu.
Dalam konteks internet, terdapat beberapa
perkhidmatan yang dikategorikan sebagai selari dan
tidak selari. World Wide Web (WWW), mel elektronik,
mailing list dan Usenet adalah contoh tidak selari
kerana mesejnya disimpan dahulu sebelum dicapai
oleh penerima. Forum chat dan persidangan maya
pula adalah contoh selari kerana mesejnya ditaip oleh
penghantar dan terus diterima oleh pihak penerima.
Dari media yang berbentuk selari ini, maka wujudlah
proses interaktiviti. Interaktiviti melibatkan
komunikasi dua hala yang saling berpengaruh antara
sumber dan penerima. Dengan kata lain, maklum balas
mempengaruhi komunikasi tersebut.

9.4.3 Paparan dan Penyebaran

Media juga berbeza dari segi kaedah ia memaparkan


dan menyebarkan maklumat. Ini melibatkan unsur-
unsur teknologi seperti video, audio dan teks yang
dihantar melalui kabel sepaksi (coaxial cable),
penyiaran melalui udara dan kuasa elektrik. Sebagai

126
contoh, televisyen melibatkan penglibatan audio dan
imej visual yang disiarkan melalui udara, kabel gentian
optik ataupun satelit. Radio pula merupakan medium
berasaskan audio sahaja yang disiarkan melalui
gelombang udara. WWW memaparkan teks, grafik,
audio dan video yang diagihkan antara satu komputer
dengan komputer yang lain menggunakan teknologi
rangkaian dan kaedah elektronik.

9.4.4 Jarak

Teknologi komunikasi berupaya menghantar mesej


mengikut jarak tertentu. Sesetengahnya berjarak dekat
dan yang lain pula berjarak jauh. Peralatan elektronik
biasanya dapat menghantar mesej menggunakan
gelombang udara, wayar kabel dan telefon, satelit dan
gentian optik yang dapat menjimatkan masa dan kos
untuk penghantaran maklumat jarak jauh. Telefon
misalnya, berupaya menghubungkan dua individu yang
berjarak beratus kilometer. Radio pula disiarkan
melalui frekuensi yang tertentu di kawasan yang
berlainan. Teknologi internet boleh diakses oleh
sesiapa sahaja, tanpa mengira jarak dan sempadan.

9.4.5 Penyimpanan

Teknologi komunikasi terkini berupaya menyimpan


maklumat dalam kapasiti yang banyak. Contohnya,
teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data
sehingga 650 Mbytes, manakala Digital Video Disc
(DVD) mempunyai kapasiti data antara 4.7 hingga 17.0
Gbytes. Ini berbeza dengan media cetak seperti buku
dan surat khabar yang terhad kandungannya. Internet
menggunakan sepenuhnya proses digitasi yang
membolehkan ianya hampir berkeupayaan menyimpan
maklumat tanpa had. Menyentuh tentang keupayaan
internet ini, pernah suatu ketika dahulu, Vannevar
Bush, seorang jurutera Amerika mengutarakan ideanya
yang dipanggil memex. Semua maklumat di dalam
dunia ini boleh disimpan di dalam satu peranti atau
mesin dan boleh dicapai oleh semua individu (Winston,
1998). Malangnya memex tidak berjaya dilaksanakan

127
kerana skopnya terlalu besar. Namun begitu, fungsi
dan konsep internet juga seakan-akan memex.

Sebagai kesimpulannya, komunikasi yang terbentuk


melalui jaringan teknologi komunikasi bukan sahaja
mampu mempercepatkan proses komunikasi tetapi
penyebaran mesej dan maklumat yang lebih mudah
dan berkesan malah melangkaui jarak yang jauh.
Cuba anda kenal pasti ciri-ciri teknologi
komunikasi pada peralatan yang selalu
anda gunakan.

Sila akses laman web


http://www.industryspec
ific.co.uk/what_is_comm
unication_technology.ht
ml untuk mendapatkan
maklumat terperinci
sejarah pembangunan
teknologi komunikasi
dan inovasi teknologi
komunikasi terkini.

SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan TIGA (3) ciri-ciri teknologi


komunikasi menurut Kaye dan Medoff.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI


KOMUNIKASI

Apakah peranan teknologi komunikasi? Cuba anda


fikirkan satu peranan teknologi komunikasi dalam
bidang pekerjaan anda? Bagaimanakah ia berperanan

128
dalam membantu urusan di sesebuah organisasi?
Terdapat beberapa peranan besar yang dimainkan oleh
teknologi komunikasi terhadap masyarakat hari ini.
Berikut kita akan bincnagkan beberapa peranan
teknologi komunikasi berdasarkan bidang seperti
pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan perhubungan
sosial.

9.5.1 Peranan Teknologi Komunikasi dalam


Bidang Pendidikan

Internet adalah salah satu contoh teknologi komunikasi


yang digunakan secara intensif di kebanyakan
organisasi. Di institusi pengajian tinggi, para pelajar
dan pensyarah menggunakan internet mencari bahan
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam
bentuk digital seperti artikel, buku, majalah gambar
dan audio visual.

Selain internet, usenet juga adalah satu lagi


kemudahan yang digunakan pelajar dan golongan
pendidik. Usenet adalah sistem diskusi teragih yang
mempunyai set newsgroup tertentu dan dapat
digunakan sebagai satu medium komunikasi antara
pensyarah dan pelajar. Teknologi komunikasi
berpotensi memberikan sumbangan besar dalam
proses Pengajian Jarak Jauh (PJJ). Haslinda, Hajar dan
Wan (2000), menyatakan kemudahan seperti desktop
video conferencing, bulletin board, internet dan mel
elektronik amat sesuai sekali digunakan dalam
pendidikan khususnya dalam program pendidikan jarak
jauh. Justeru itu dengan adanya inovasi teknologi
komunikasi dalam pendidikan maka usaha-usaha
pendemokrasian dan promosi pendidikan sepanjang
hayat dapat direalisasikan tanpa mengira batasan
waktu dan sempadan geografi pelajar.

9.5.2 Peranan Teknologi Komunikasi dalam


Bidang Ekonomi

Teknologi komunikasi telah mengubah corak kita


menjalankan kegiatan ekonomi. Kebanyakan syarikat
masa kini dilihat telah menggunakan teknologi
komunikasi dalam urusan perniagaan mereka seperti

129
menjalankan urusan jual beli produk mereka di
internet selain daripada mempromosikan syarikat
mereka untuk pengetahuan orang luar. Selain itu,
teknologi komunikasi juga dikenal pasti dapat
membantu negara-negara membangun dalam
menyediakan kemudahan kesihatan, pendidikan dan
mengurangkan kemiskinan. Contohnya, Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengatur pelbagai
inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat
dunia melalui program United Nations Development
Programme (UNDP). PBB telah merangka untuk
membantu 131 buah negara membangun dengan
latihan, dan kemudahan asas teknologi komunikasi dan
maklumat.

9.5.3 Peranan Teknologi Komunikasi dalam


Merapatkan Jurang Digital

Jurang digital merujuk kepada jurang antara mereka


yang mempunyai capaian kepada rangkaian serta
aplikasi komunikasi dan multimedia yang mana jurang
ini dilihat apabila terdapat golongan yang kaya
maklumat dan miskin maklumat (Nuraizah, 2002).
Jurang digital ini wujud disebabkan perkembangan
teknologi maklumat yang begitu pantas sehinggakan
penerimaan dan pemilikan teknologi di kalangan
masyarakat agak tidak seimbang. Ini menyebabkan
sesetengah pihak dapat mengaplikasikan sepenuhnya
penggunaan teknologi komunikasi manakala
sebahagian yang lain masih lagi dalam keadaan buta
ICT. Di Malaysia, usaha-usaha merapatkan jurang
digital banyak diprogram oleh kerajaan melalui
agensinya seperti MIMOS. Di samping latihan asas,
agensi kerajaan dengan kerjasama syarikat IT juga
turut mempromosi pakej celik IT di kalangan
masyarakat luar bandar.

130
MIMOS merupakan
sebuah agensi
kerajaan yang
bertanggungjawab
menjalankan
penyelidikan dan
pembangunan khusus
dalam industri
teknologi komunikasi
dan maklumat, dan
mikro elektronik.
Lawat laman web
www.mimos.my/
untuk mendapatkan
maklumat lanjut
tentang MIMOS dan
program agenda ICT
negara.

9.5.4 Peranan Teknologi Komunikasi dalam


Perhubungan Sosial

Lazimnya perhubungan sosial berlangsung secara


bersemuka tetapi dengan inovasi teknologi komunikasi
masa kini kita dapat berkomunikasi dengan rakan-
rakan kita yang berada jauh di perantauan. Malah
perkenalan seseorang yang tidak dikenali dan tidak
pernah ditemui boleh terjalin secara atas talian.
Komunikasi yang berasaskan komputer dan internet ini
dapat menyatukan penerima dan sumber mesej
walaupun berada pada tempat yang berbeza. Antara
aplikasi teknologi komunikasi yang dapat
merealisasikan perhubungan maya ini ialah e-mel,
newsgroup, internet messager, chat rooms.

9.5.5 Peranan Teknologi Komunikasi dalam


Bidang Ketenteraan

Penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang


ketenteraan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Teknologi komunikasi dapat memantau tahap
keselamatan dan pertahanan negara secara siap siaga.
Konsep tanpa wayar dapat memberikan pelbagai
kemudahan kepada pihak tentera dalam mengawal

131
pertahanan negara. Contohnya, sistem komunikasi
satelit yang boleh digunakan untuk penghantaran
suara dan video. Di Malaysia kita masih lagi
bergantung harap kepada inovasi teknologi komunikasi
yang berkaitan dengan persenjataan dan sistem
pengawasan keselamatan dari negara maju seperti
Perancis, German, Itali dan Britain. Sehubungan itu,
kemajuan teknologi komunikasi dalam bidang
ketenteraan telah mewujudkan persaingan agak
kurang sihat apabila negara-negara utama pengeluar
senjata memasarkan teknologi ciptaan mereka kepada
negara lain tanpa kawalan untuk kegunaan perang.
Lihat apa yang berlaku di Iraqteknologi komunikasi
digunakan secara intensif oleh pihak bersekutu
Amerika Syarikat.

SOALAN DALAM TEKS

2. Jelaskan peranan teknologi


komunikasi dalam perhubungan
sosial.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5.6 Peranan Teknologi Komunikasi dalam


Bidang Penyiaran

Bidang penyiaran merangkumi penyiaran radio,


televisyen, rakaman suara dan filem. Perkembangan
teknologi digital menyebabkan penghasilan visual dan
audio yang lebih berkualiti, jelas dan dapat
memuaskan penonton. Kelebihan teknologi digital
dilihat daripada kemampuannya memindahkan data
menerusi teknologi penyiaran kepada khalayak yang
luas. Selain itu, teknologi digital telah
mempelbagaikan bentuk rakaman audio yang terdapat
di pasaran. Di samping itu, teknologi digital juga dapat
mewujudkan kesan khas dalam penghasilan filem.

132
9.5.7 Peranan Teknologi Komunikasi dalam
Bidang Percetakan dan Penerbitan

Bidang percetakan yang merangkumi akhbar, majalah


dan buku mengalami perubahan yang besar dengan
perkembangan teknologi komunikasi ini. Dengan
adanya teknologi satelit penghantaran akhbar berserta
reka letak gambar dari agensi editorial yang berada
jauh di cawangan yang merata tempat dapat
dilaksanakan dengan cepat. Selain itu, internet
membolehkan penyebaran berita dilakukan dengan
lebih meluas. Penggunaan teknologi komunikasi dalam
aktiviti percetakan dan penerbitan dapat
mengurangkan kos operasi. Di samping itu, laman web
yang mempunyai elemen interaktiviti dapat
memudahkan penerbit menerima maklum balas
dengan cepat daripada pengguna.

SOALAN DALAM TEKS

3. Huraikan peranan teknologi


komunikasi dalam bidang penerbitan
dan pencetakan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.6 RUMUSAN

Teknologi komunikasi dilihat telah mengubah


pengalaman berkomunikasi masyarakat masa kini.
Keperluan komunikasi masa kini dilihat tidak lagi
bergantung kepada media tradisional seperti
televisyen, radio, muzik, filem dan media cetak.
Sebaliknya komunikasi masa kini menuntut interaksi
antara individu yang kini berlaku di ruang siber dan
ianya terjalin secara online. Kewujudan satu demi satu
inovasi teknologi komunikasi telah menjadikan hidup
kita lebih mudah, kondusif dan efisien. Masalah-
masalah yang timbul akibat daripada inovasi teknologi

133
komunikasi tidak membantutkan usaha untuk mencipta
teknologi komunikasi yang lebih canggih untuk
memberikan kemudahan, keselesaan dan
meningkatkan taraf hidup masyarakat.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan peralatan teknologi komunikasi yang


sering digunakan oleh rakyat Malaysia?

2. Berikan contoh hubungan peribadi yang


melibatkan peranan teknologi komunikasi dalam
menjayakan hubungan peribadi anda?

3. Bagaimana teknologi komunikasi mempengaruhi


bidang penyiaran radio?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus


ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Ciri-ciri teknologi komunikasi menurut Kaye &


Medoff:

(i) Khalayak
- Keupayaan untuk sampai kepada khalayak
berbeza.
- Contoh, radio dan televisyen berupaya
untuk sampai kepada jumlah audien yang
ramai secara serentak, manakala telefon
boleh menghubungi seorang penerima
sahaja pada satu-satu masa dan internet
pula boleh dicapai oleh pengguna di
serata dunia.

(ii) Masa
- Keupayaannya untuk menghantar mesej
dalam bentuk selari dan tidak selari.

134
- Contoh mesej selari tidak melibatkan
kelewatan masa, seperti radio, televisyen
dan telefon.
- Contoh mesej tidak selari seperti CD-ROM,
buku, majalah, pita video dan filem telah
diterbitkan terlebih dahulu.
- Internet mempunyai perkhidmatan yang
dikategorikan sebagai selari dan tidak
selari. Contohnya World Wide Web
(WWW), mel elektronik, mailing list dan
usenet adalah contoh tidak selari kerana
mesejnya disimpan dahulu sebelum
dicapai oleh penerima dan forum chat
dan persidangan maya pula adalah contoh
selari kerana mesejnya ditaip oleh
penghantar dan terus diterima oleh pihak
penerima.
- Dari media yang berbentuk selari ini, maka
wujudlah proses interaktiviti.

(iii) Paparan dan Penyebaran


- Keupayaan memaparkan dan menyebarkan
maklumat yang berbeza.
- Melibatkan unsur-unsur teknologi seperti
video, audio dan teks yang dihantar
melalui kabel sepaksi (coaxial cable),
penyiaran melalui udara dan kuasa
elektrik.
- Contoh, televisyen melibatkan penglibatan
audio dan imej visual yang disiarkan
melalui udara, kabel gentian optik
ataupun satelit. Radio pula merupakan
medium berasaskan audio sahaja yang
disiarkan melalui gelombang udara.
WWW memaparkan teks, grafik, audio
dan video yang diagihkan antara satu
komputer dengan komputer yang lain
menggunakan teknologi rangkaian dan
kaedah elektronik.

(iv) Jarak
- Keupayaan menghantar mesej mengikut
jarak tertentu.

135
- Peralatan elektronik biasanya dapat
menghantar mesej menggunakan
gelombang udara, wayar kabel dan
telefon, satelit dan gentian optik yang
dapat menjimatkan masa dan kos untuk
penghantaran maklumat jarak jauh.
- Contoh, telefon berupaya menghubungkan
dua individu yang berjarak beratus
kilometer manakala radio pula disiarkan
melalui frekuensi yang tertentu di
kawasan yang berlainan dan teknologi
internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja
tanpa mengira jarak dan sempadan.

(v) Penyimpanan
- Keupayaan menyimpan maklumat dalam
kapisiti yang banyak.
- Contoh, teknologi CD-ROM yang mampu
menyimpan data sehingga 650 Mbytes,
manakala Digital Video Disc (DVD)
mempunyai kapasiti data antara 4.7
hingga 17.0 Gbytes berbeza dengan
media cetak seperti buku dan surat
khabar yang terhad kandungannya.
- Internet pula menggunakan sepenuhnya
proses digitasi yang membolehkan ianya
hampir berkeupayaan menyimpan
maklumat tanpa had.

2. Peranan teknologi komunikasi dalam


perhubungan sosial ialah

(i) Boleh menjalinkan perhubungan sosial


walaupun berada pada jarak yang
berjauhan.
(ii) Boleh menjalinkan perhubungan sosial
walaupun saling tidak mengenali
secara bersemuka.
(iii) Terdapatnya aplikasi seperti e-mel,
newsgroup, intenet messager, chat
rooms dan seumpamanya telah
membentuk hubungan sosial dan juga
hubungan berbentuk peribadi.

136
3. Peranan teknologi komunikasi dalam bidang
penerbitan dan percetakan ialah

(i) Dengan adanya teknologi satelit


penghantaran akhbar berserta reka
letak gambar dari agensi editorial yang
berjauhan dapat dilaksanakan.
(ii) Selain itu, internet membolehkan
penyebaran berita dapat dilakukan
dengan lebih meluas dengan wujudnya
laman web rasmi syarikat akhbar-
akhbar yang popular.
(iii) Teknologi komunikasi dapat
mengurangkan kos percetakan, dan
pengagihan akhbar dan majalah.
(iv) Persembahan kandungan yang lebih
bersifat interaktif dan kreativiti.
(v) Laman web mempunyai elemen
interaktiviti yang memudahkan
penerbit mendapatkan maklum balas
yang lebih cepat daripada pengguna.

137

Anda mungkin juga menyukai