Anda di halaman 1dari 2

HERBA & KHASIAT PILIHANKU KETIKA BERPANTANG :

HALIA : Boleh sembuhkan luka, hilangkan kesejukan yang terdapat dalam buah-buahan atau
sayur-sayuran kalau termakan ketika dalam pantang,keluarkan angin dlm usus kecil, elakkan
masalah kembung perut/sakit perut, bantu hpenghadaman makanan,menghilangkan bau
mulut,menghilangkan lendir dalam rahim (darah nifas) dan kahak ,tambah tenaga berjimak,awet
muda dan halang kedutan kulit.
LADA HITAM : Panaskan badan lepas bersalin, segarkan tubuh,ubat demam,pening
kepala,loya,cirit birit,melawaskan kencing,elak kembung perut bayi dan kuarkan tenaga dalaman
lelaki.
MANJAKANI : Merawat luka dalamam dan luaran lepas bersalin, penawar keputihan,
mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan
mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memebri tenaga.
PEGAGA : Awet muda, sejukkan badan,tonik untuk otak,merawat sakit badan,demam,berak
berdarah,sakit sendi,mencuci luka ulser.
SERAI : Mengecutkan rahim bengkak lepas bersalin, memecahkan lendir dalam rahim lepas
bersalin (darah nifas) ,memecahkan angin dalam badan,merawat bisa otot dan badan,kuatkan saraf
yang lemah,elakkan angin meroyan,mencegah kehamilan(family planning),awet muda, menyihat
dan menyegarkan rahim, meredakan sakit kepala,sengal sendi, melawaskan kencing dan pencegah
perut kembung.
BUAH PALA : Buang angin dari badan.
ASAM JAWA : Penyejuk badan,kurangkan berat badan,antiseptik,menyembuhkan
luka,gatal,bisul,demam,akit teakk,batuk dan lemah badan.
BAWANG MERAH : Mencegah bakteria, merawat sengal tulang dan insomnia.
BAWANG PUTIH : Penyembuh luka,menghalang penyakit sengal dan saraf,keluarkan angin dan
parasit dalam tubuh badan.
DAUN KUCAI : Membunuh bakteria dalam usus, merangsang proses pengecutan dan
pengembanagan usus,melancarkan pengaliran darah, elakkan pembekuan darah,merawat sakit
rengat senggugut,keputihan dan sembelit.
GINSENG/AKAR KAYU KERING HERBA : Meningkatkan stamina,mencegah kelesuan
badan,meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan awet muda.
HALBA : Menambahkan susu ibu dan menghangatkan badan.
Sebenarnya banyak lagi tau herba yang berkhasiat memang secara tak sedar semua ni senang
dapat kat dapur rumah kita.. Korang jangan ingat ni aje semuanya.. Tapi aku cuma serasi dengan
yang dekat atas ni sahaja. Yang lain mungkin tak sesuai dengan keadaan badan aku..

CARA AKU MENGAMALKAN KHASIAT HERBA INI KETIKA BERPANTANG :


Rebus biji manjakani dan gula batu jadikan pati : minum 1 cawan teh.
Tumbuk buah pala.Taburkan serbuknya dalam air suam.minum 1 cawan teh.
Rebus halia,manjakani,buah pala,serai,biji halba,asam keping dan gula batu.minum 1 cawan teh.
Buat salad pegaga/kucai. Tumbuk lada hitam, hiris pegaga,hiris bawng merah dn bawang
putih,sedikit garam,gula dan perahan limau nipis atau limau kasturi. Gaul semua bahan. Kalau nak
sedap boleh tumbuk ikan tenggiri atau ikan bilis yang digoreng dengan minyak zaitun.
Minum air rebusan serai dan halia. 1 cawan teh at least.

Anda mungkin juga menyukai