Anda di halaman 1dari 3

buat sendiri teh jintan manis resepi

kandungan jintan manis:- vitamin C-B-A, garam galian (phosphorus, iron, magnesium, copper,
potassium & calcium), galian sureh (molybdenum, manganese & foliate), asid amino, tinggiserat & rendah-kalori.
dulu I panggil resepi ni teh jintan manis-masam-manis, bahan-bahannya senang dicari & murah,
iaitu jintan manis, cuka epal, madu & air. kos seterusnya menuntut sedikit kerajinan, keyakinan
& istiqomah. menjaga kecantikan & penampilan adalah kewajipan kita kerana tubuh kita sendiri
hanya pinjaman semata.. mana boleh jaga cincai-cincai saja tubuh yg dipinjamkan ini..?.. setuju
la ye..

khasiat & kelebihan jintan manis :cuci usus : jintan manis herba berserat tinggi, bertindak seperti julap untuk mencuci usus kecil &
usus besar secara sederhana. herba pelawas ini melancarkan proses perkumuhan &
mencuci dinding usus dari toksin, kotoran & mendapan degil. yang bagusnya, ia tidak
mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja & tidak terasa senak perut!
sistem metabolisma menjadi lebih teratur & semestinya ia membantu melangsingkan
badan!
mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas & asid : jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut & usus dengan cara
mengeluarkan gas, angin & asid yg berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia
membuatkan perut menjadi leper & kemas!
kawal tahap kolesterol :-

jintan manis kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan
terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya
dalam badan. kadar seratnya yg tinggi dapat mencegah berlakunya buasir & kanser usus.

rawat bengkak sendi, sakit badan & lenguh-lenguh otot : jintan manis mengandungi anethole, sangat perlu utk merawat masalah bengkak atau
radang pada sendi, tulang & otot! anethole juga diyakini dapat mengurangkan risiko
keberulangan (re-occurrence) penyakit kanser. kajian menunjukkan penggunaan
anethole dapat menyekat kemaraan tumor necrosis factor dalam tubuh manusia.
diuretik : jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam
badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit & senak perut!
menambah kuantiti & kualiti susu ibu : jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) & memberi kesan yg sama
pada tubuh sepertimana tugas estorgen. ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid
& menopos, masalah rendah-libido (dingin seks) & ketegangan saraf. dengan meminum
secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf & membuatkan anda
lebih mudah tidur malam.
merawat gejala pra-haid, pra-menopos & rendah libido : jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan & kekejangan saraf pra-haid,
mengurangkan simptom-simptom pra-menopos & menggalakkan daya keinginan seksual
secara semulajadi (berkesan!)
pelbagai manfaat lain : jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas
badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk & membuang
kahak.

cara penyediaan teh jintan manis : masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi.

rebus hingga mendidih. setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap
herba tidak keluar.

setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal /
cuka kurma / cuka anggur / suka delima.

kacau & minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch & dinner).

jika u all rajin bersenam lepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap
hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan
anda!!!)

cubalah secawan teh jintan manis hari ini. jika diamalkan berterusan, anda akan merasa
fadhilat & kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dalam badan
kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yag membersih darah, buah pinggang, paruparu & limpa.

Anda mungkin juga menyukai