Anda di halaman 1dari 10

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

BAHAGIAN A

ARAHAN: Pilih dan tanda jawapan yang paling tepat.

1. Apakah yang perlu dilakukan pada alatan yang telah digunakan untuk
membuat projek?

A Diselenggara
B Dibuang
C Disimpan
D Dibiarkan

2. Apakah kegunaan alatan pada gambar dibawah?

A Memotong Bod Lekap C Memotong Zink


B Memotong wayar D Memotong perspek

3. Mengapakah lakaran projek perlu dibuat terlebih dahulu sebelum mula


membuat projek yang sebenar?

A Untuk menentukan reka bentuk projek yang dikehendaki.


B Untuk menentukan harga projek.
C Untuk mencantikkan projek.
D Untuk melengkapkan proses kerja.

4. Sebelum menyapu glu (gam) pada permukaan, apakah yang perlu


dilakukan?

A Sapu cat pada permukaan.


B Bersihkan permukaan.
C Paku permukaan
D Jemurkan pada matahari
1
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

5.

GAMBAR 1

Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak memasang komponen seperti
dalam gambar 1 di atas dalam model kereta yang kamu buat?

A Kereta akan bergerak laju.


B Kereta akan bergerak perlahan.
C Kereta tidak bergerak.
D Kereta mengundur ke belakang.

6. Namakan bahan pada gambar dibawah.

A PVC C Perspek
B Kepingan Zink D Papan lapis

7. ………….. adalah sejenis plastik keras dan dinamakan sebagai akrilik.

A aluminium C prespek
B zink D kayu

2
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

8. Bahan ini diambil daripada hasil hutan dan mudah dipotong


menggunakan gergaji tangan. Apakah nama bahan tersebut?

A aluminium C prespek
B zink D kayu

9. Bahan ini adalah sejenis bahan logam yang mudah berkarat jika tidak
dijaga. Apakah nama bahan tersebut?

A papan lapis C prespek


B zink D kayu

10. Sejenis gentian yang dibuat daripada serat kayu lembut yang
dimampatkan. Apakah nama bahan tersebut?

A Papan lapis C prespek


B zink D MDF

11. Apakah nama alatan tangan tersebut tersebut?

A Gergaji Lengkung Halus C Pahat


B Pistol Pengokot D Pistol Perekat Panas

3
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

12. Apakah nama alatan tangan tersebut tersebut?

A Gergaji Lengkung Halus C Pahat


B Pistol Pengokot D Pistol Perekat Panas

13. Apakah fungsi pistol pengokot?

A Mencairkan rod perekat panas.


B Melucutkan penebat wayar.
C Memotong kayu secara halus.
D Mencantumkan kepingan yang nipis.

14. Namakan bahan pengikat dan pencantum dibawah?

A Dawai kokot C Glu panas


B Paku D Skru

4
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

15. Namakan bahan pengikat dan pencantum dibawah?

A Dawai kokot C Glu panas


B Paku D Skru

16. Gear perlu dipasang secara __________ antara satu sama lain untuk
menggerakkan sistem yang dipasang.

A bersentuhan C jarak
B berjauhan D terbalik

17. Apabila arus elektrik dialirkan ke motor, bahagian ________ akan


berputar dan menggerakkan bahagian lain dengan menggunakan gear.

A suis C rangka
B bateri D syaf

18. Gegancu (spoket) adalah _______________ yang digunakan bersama


dengan rantai. Gegancu pemacu dan gegancu dipacu dihubungkan
dengan rantai untuk berfungsi.

A roda C roda bergigi


B suis D roda penarik

5
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

19. Sistem pergerakan pada kit model yang menggunakan motor dan arus
elektrik dikenali sebagai sistem asas ______________ .

A elektrik C mekanikal
B elektromagnet D elektromekanikal

20. Apakah aktiviti yang sedang dilakukan dibawah?

A menanda C mengukur
B memotong D megukir

6
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

BAHAGIAN B

A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

gergaji lengkung Rod perekat


pahat tepi serong tenaga elektrik
halus panas

elektrik perspeks motor pahat

papan dawai kokot legap papan tanda

patah pencantum elektronik kukuh

1. PVC ialah sejenis bahan plastik yang ringan, keras ,________________,


mudah di lentur, kuat dan tahan lama.

2. PVC di buat daripada bahan ___________________ yang tidak dapat


menembusi cahaya melaluinya.

3. Paip PVC digunakan dengan meluas dalam sistem perpaipan bekalan air
dan pendawaian _______________.

4. Bahan bukan logam yang ringan, keras dan tahan lama adalah sejenis
bahan yang di panggil _________________.

5. Perspeks digunakan dengan meluas dalam penghasilan produk seperti


_____________________, pembuatan perabot dan plat nombor kenderaan.

6. Gergaji tangan digunakan untuk memotong kayu dan ______________


yang tebal.

7. __________________________________ digunakan untuk menggergaji bentuk


lengkung pada bahan yang nipis.

8. Kita perlu berhati – hati menggunakan mata gergaji lengkung halus


kerana mudah _____________________.

7
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

9. _____________________ adalah alat yang digunakan untuk kerja memahat,


meraut, meratakan tanggam dan membersihkan bucu tanggam.

10. Terdapat pelbagai jenis pahat yang digunakan dalam kerja kayu,
antaranya ialah ______________________________.

B. Namakan alatan tangan dan bahan di bawah.

1. 2.

3. 4.

5. 6.

8
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

7. 8.

9. 10.

C. Namakan sistem asas elektromekanikal di bawah.

1.

___________________________

2.

_________________________

9
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

D. Kenal Pasti Bahan Pembinaan Projek Dan Fungsinya.

Nama Komponen Fungsi

Gear  Mengurangkan dan menambah kelajuan serta


memindahkan tenaga putaran syaf pada sudut tertentu
Gegancu  Memindahkan kuasa pergerakan motor

Motor  Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik.


 Menaik dan menurunkan cangkuk kren.

Bil. Nama Komponen Komponen Fungsi

-SOALAN TAMAT-

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

________________ ________________
(NURAINI BINTI MADIAMAN) (RASHIDAH RAHMAN)
GURU SUBJEK RBT TAHUN 6 PENOLONG KANAN KURIKULUM
SEK. KEB. PERMAI SEK. KEB. PERMAI

DISAHKAN OLEH:

________________
(LUCY DULLAH KHAN)
GURU BESAR
SEK. KEB. PERMAI

10

Anda mungkin juga menyukai