Anda di halaman 1dari 18

Garis Panduan Keselamatan SPTB

GARIS PANDUAN KESELAMATAN


SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER (SPTB)

1.0 PENDAHULUAN

Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan-peraturan dan


panduan yang perlu dipatuhi bagi menjaga keselamatan aset
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dengan adanya
peraturan ini, adalah diharapkan tahap keselamatan dapat
ditingkatkan.

Panduan ini juga selaras dengan Memorandum Persefahaman


(MoU) yang telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Kandungan MoU tersebut antaranya telah
menggariskan peranan, tanggungjawab dan bidang kuasa
Kerajaan Negeri sebagai pelaksana sistem SPTB serta kaedah
pelaksanaannya.

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama garis panduan ini ialah untuk:-

(a) Mempastikan kelancaran operasi harian SPTB di pejabat tanah


berterusan dengan meminimumkan kerosakan atau
kemusnahan melalui usaha pencegahan atau usaha
mengurangkan kesan kejadian yang tidak diingini.

(b) Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada


sistem maklumat daripada kegagalan atau usaha
melemahkan kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan dan
kesahihan maklumat.

(c) Mencegah salahguna atau kecurian sumber dan aset ICT


kerajaan.
3.0 DEFINISI

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 1
Garis Panduan Keselamatan SPTB

Definisi yang digunapakai dalam panduan adalah seperti berikut :-

(a)Pemilik Aplikasi

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (dahulunya


Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi) sebagai
pembekal SPTB adalah pemilik kepada aplikasi ini.

(b)Pemilik Data dan Maklumat


Pemilik Data dan Maklumat SPTB ialah Kerajaan Negeri.
Sebagaimana yang dipersetujui dalam MoU, Kerajaan Negeri
telah menetapkan bahawa PTG Negeri sebagai pemegang
amanah bagi menjaga (‘custodian’) data/maklumat SPTB.

(c) Pegawai Keselamatan SPTB


Pegawai keselamatan SPTB adalah pegawai yang dilantik oleh
Kerajaan Negeri dari kalangan Pentadbir Tanah / Pendaftar.
Setiap pejabat hendaklah mempunyai Pegawai Keselamatan
SPTB sendiri.

(d)Pegawai Teknikal
Pegawai teknikal yang dilantik oleh Kerajaan samada secara
tetap, kontrak atau sementara.

(e) Tempat/Kawasan Terhad


Tempat-tempat berikut adalah dikategorikan sebagai tempat
atau kawasan terhad.
(i) Bilik Pendaftar;
(ii) Bilik Server;
(iii) Bilik Fail;
(iv)Ruang Pendaftaran;
(v) Bilik kebal dan semua ruang yang menempatkan
perkakasan SPTB; dan

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 2
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(vi)Tempat-tempat lain yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

(f) Kerajaan
Bermaksud Kerajaan Malaysia dan semua bahagian-bahagian
dan agensi-agensi di bawahnya mana-mana, dan termasuk
mana-mana penjawat awam yang diberikuasa olehnya.

(g)Kementerian
Bermaksud Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan
Ketua Setiausaha Kementerian tersebut dan mana-mana
penjawat awam yang diberikuasa olehnya.

(h) Pelawat
Orang perseorangan atau kumpulan yang diberi kebenaran
oleh Pegawai Keselamatan SPTB.

4.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pemilik Aplikasi

Kementerian bertanggungjawab penuh ke atas aplikasi SPTB


dan segala pindaan yang dilakukan ke atasnya. Mana-mana
pihak tidak dibenarkan berbuat sesuatu sama ada untuk
mengubah, meminda atau menambah ke atas aplikasi SPTB.
Walau bagaimanapun pengubahsuaian, pemindaan atau
penambahan akan dibuat oleh Kementerian setelah
mendapat permohonan secara bertulis daripada Kerajaan
Negeri.

(ii) Pemilik Data

Sebagai Pemilik Data, Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke


atas keselamatan data dan maklumat SPTB. Ini termasuk

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 3
Garis Panduan Keselamatan SPTB

menentukan semua peraturan dan prosidur keselamatan


diwujudkan, dikuatkuasa dan dipatuhi.

Sebagai pemegang amanah bagi menjaga data SPTB,


Pengarah PTG mempunyai hak ke atas semua data-data yang
terdapat di dalam pangkalan data SPTB. Dengan ini, juga
berkuasa dan bertanggungjawab untuk :-
(i) Menjamin setiap data tanah dalam SPTB adalah sahih
dan tidak boleh disangkal;
(ii) Mengenalpasti data hakmilik tanah dalam SPTB hanya
digunakan untuk kegunaan yang sah sahaja;
(iii) Menentukan nilai maklumat dan mengklasfikasikan
sebagai (Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad);
(iv) Melantik sekurang-kurangnya seorang Pegawai
Keselamatan SPTB di setiap pejabat;
(v) Memberi akses kepada pengguna yang layak selaras
dengan tugas pengguna;
(vi) Menentukan kawalan dan menetapkan keperluan
kawalan kepada penjaga dan pengguna data;
(vii) Melaksanakan prosidur dan peraturan keselamatan;
(viii) Mempastikan maklumat tidak digunakan untuk
kepentingan atau keuntungan peribadi; dan
(ix) Memantau dan melaporkan sebarang perubahan
atau keganjilan dalam amalan keselamatan dan
mengambil tindakan pembetulan (‘corrective action’)
sewajarnya.

(iii) Pegawai Kelamatan SPTB

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 4
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(i) Bertanggungjawab mempastikan peraturan keselamatan


dipatuhi sepanjang masa;
(ii) Mengetahui kewujudan, fungsi dan cara penggunaan
perkakasan/perisian SPTB;
(iii) Menyediakan prosidur keselamatan bagi ruang,
dokumen dan perkakasan ICT;
(iv) Bertanggungjawab ke atas kawasan yang dikenalpasti
sebagai tempat terhad;
(v) Menentukan pegawai atau kakitangan yang
bertanggungjawab bagi menjaga tempat terhad dan
melaksanakan operasi ‘backup’ data harian, mingguan
serta 3 bulan sekali;
(vi) Mengawal akses kepada sistem (‘client & server’);
(vii) Kawalan capaian kepada data dan maklumat;
(viii) Memantau pelaksanaan operasi ‘backup’ data harian,
mingguan serta 3 bulan sekali untuk mempastikan
‘business continuity’ tidak tergendala, tertangguh atau
terbengkalai; dan
(ix) Menilai, mempastikan serta menguatkuasa keberkesanan
kawalan.

(iv) Pengguna SPTB

(i) Penggunaan data hanya seperti yang ditetapkan oleh


Pemilik Data sahaja;
(ii) Memasukkan (‘input’) atau/dan mengemaskini maklumat
selaras dengan tugas dan tanggungjawab yang
ditetapkan oleh Pemilik Data;
(iii) Mematuhi semua kawalan yang telah ditetapkan oleh
Pemilik Data dan Pegawai Keselamatan SPTB;

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 5
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(iv) Tidak mendedahkan maklumat dalam apa jua bentuk


kepada sesiapa tanpa kebenaran yang NYATA daripada
Pemilik Data; dan
(v) Memahami dan menandatangani Akujanji Keselamatan
SPTB.

(v) Pegawai Teknikal.

(i) Bertanggungjawab kepada keselamatan sistem, aplikasi,


perkakasan, perisian dan rangkaian;

(ii) Mempastikan keselamatan manual, dokumentasi sentiasa


tersimpan dengan baik dan selamat;
(iii) Mempastikan manual bagi aplikasi, perkakasan, perisian
dan rangkaian tersimpan dengan baik dan dikemaskini;
(iv) Mematuhi semua kawalan yang telah ditetapkan oleh
Pemilik Data dan Pegawai Keselamatan SPTB;
(v) Bertanggungjawab melindungi data dan maklumat SPTB
dalam apa cara sekalipun;
(vi) Tidak mendedahkan maklumat dalam apa jua bentuk
kepada sesiapa tanpa kebenaran yang NYATA daripada
Pemilik Data; dan
(vii) Memahami dan menandatangani Akujanji Keselamatan
SPTB.

5.0 KESELAMATAN SISTEM

Bagi mempastikan keselamatan kepada aset ICT, beberapa bentuk


kawalan hendaklah dipraktikkan bagi menjamin keselamatannya.
Secara amnya, kawalan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu :-

a) Kawalan Fizikal;
b) Kawalan Akses; dan
c) Kawalan Sistem Komputer

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 6
Garis Panduan Keselamatan SPTB

Kawalan Fizikal

Kawalan fizikal bermaksud kawalan, perlindungan dan


pencegahan daripada bencana yang berpotensi boleh
berlaku ke atas Tempat/Kawasan Terhad yang menempatkan
individu dan perkakasan ICT serta bukan ICT di bawah projek
SPTB.

Bilik Server
(a) Kawalan Daripada Kebakaran
(i) Dilarang merokok di dalamnya;
(ii) Hendaklah dilengkapkan dengan alat
pemadam api;
(iii) Bahan mudah bakar seperti kertas tidak
boleh disimpan di dalamnya;
(iv) Suis kepada semua alat-alat komputer
perlu ditutup apabila tidak digunakan; dan
(v) Alat pemadam api perlu diuji secara
berjadual/berkala bagi mempastikan ianya
berfungsi, berkeadaan baik dan selamat.

(b) Kawalan Daripada Air

(i) Sentiasa mempastikan alat penghawa dingin


dalam keadaan baik, tidak berlaku
kebocoran atau kerosakan yang
menyebabkan limpahan air;

(ii) Dilarang membawa sebarang bahan


makanan ke dalam Bilik Server; dan
(iii) Dilarang memasang alat pancuran air di siling
dalam Bilik Server.

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 7
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(c) Kawalan Persekitaran

(i) Sistem elektrik hendaklah dilindungi


daripada masalah yang boleh
mengakibatkan kerosakan kepada
peralatan, contohnya gunakan ‘Uninterupted
Power Supply (UPS)’ atau ‘Surge Protector’
bagi mengimbangkan arus yang memasuki
punca kuasa perkakasan ICT;

(ii) Suhu dan kelembapan di Bilik Server


hendaklah diawasi dan dikawal supaya
menepati piawaian yang sesuai untuk semua
perkakasan di Bilik Server; dan

(iii) Pegawai yang bertanggungjawab


terhadap keselamatan Bilik Server perlu diberi
latihan yang sesuai supaya boleh menjaga,
mengawasi dan boleh bertindak dengan
betul jika berlaku sebarang kecemasan.

(d) Kebersihan

Faktor kebersihan hendaklah diambil berat bagi


mempastikan Bilik Server selamat dari gangguan
dan serangan makhluk perosak. Pastikan :-

(i) Makanan, minuman dan apa juga bahan


yang boleh menarik minat makhluk perosak
tidak dibawa masuk dan tidak disimpan di
dalam Bilik Server;
(ii) Bekas sampah hendaklah diletakkan di luar
Bilik Server;
(iii) Bersihkan habuk yang terkumpul di lantai
menggunakan pembersih hampagas; dan
(iv) Kasut hendaklah diletakkan di luar Bilik Server.

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 8
Garis Panduan Keselamatan SPTB

Bilik Kebal

(a) Kawalan Daripada Kebakaran

(i) Dilarang merokok di dalam Bilik Kebal;


(ii) Bilik ini hendaklah dilengkapkan dengan alat
pemadam api; dan
(iii) Jangan menyimpan bahan api atau bahan
mudah terbakar dalam bilik ini.

(b) Kawalan Daripada Air

(i) Sentiasa mempastikan alat penghawa dingin


dalam keadaan baik, tidak berlaku
kebocoran atau kerosakan yang
menyebabkan limpahan air;

(ii) Dilarang membawa sebarang bahan


makanan ke dalam Bilik Kebal.
(iii) Dilarang memasang alat pancuran air di siling
dalam Bilik Kebal.

(c) Kawalan Persekitaran

(i) Suhu dan kelembapan di Bilik Kebal


hendaklah di awasi dan di kawal supaya
menepati piawaian yang sesuai untuk
dokumen di dalamnya; dan

(ii) Pegawai yang bertanggungjawab


terhadap keselamatan Bilik Kebal perlu
diberi latihan yang sesuai supaya boleh
menjaga, mengawasi dan boleh bertindak
dengan betul jika berlaku sebarang
kecemasan.

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 9
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(d) Kebersihan

Bagi mempastikan Bilik Kebal selamat dari


serangan makhluk perosak, sila pastikan :-

(i) Makanan, minuman dan apa juga bahan


yang boleh menarik minat makhluk perosak
tidak disimpan dalam bilik Kebal;
(ii) Menghapus makhluk perosak dan
mengawalnya dari membiak; dan
(iii) Bersihkan habuk menggunakan pembersih
hampagas.

Bilik Pendaftar / Bilik Fail / Ruang Pendaftaran / Kaunter


(a) Kawalan Daripada Kebakaran
(i) Dilarang merokok;
(ii) Bilik/Ruang ini hendaklah dilengkapkan
dengan sistem pencegah kebakaran;
(iii) Jangan menyimpan bahan api atau bahan
yang mudah terbakar di dalam bilik/ruang ini;
dan
(iv) Alat pemadam api perlu diuji secara
berjadual/berkala bagi mempastikan ianya
berfungsi dan berkeadaan baik.

(b) Kawalan Daripada Air


(i) Sentiasa mempastikan alat penghawa
dingin dalam keadaan baik, tidak berlaku
kebocoran atau kerosakkan yang
menyebabkan limpahan air; dan

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 10
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(c) Kawalan Persekitaran


(i) Dilarang makan dan minum untuk
mengelakkan sampah basah yang
mengundang makhluk perosak; dan

(ii) Dokumen SPTB yang tersilap cetak dan tidak


digunakan hendaklah dirincih supaya
maklumat tidak boleh disalahguna oleh
orang-orang tertentu.

5.2 Kawalan Akses

Kawalan akses bermaksud had atau sempadan sesuatu


kawasan yang boleh dilepasi oleh seseorang atau kumpulan.
Ia bertujuan bagi menjaga keselamatan dan kerahsiaan
dokumen yang ada di sesuatu tempat tersebut.

5.2.1 Bilik Server

(i) Pintu masuk hendaklah sentiasa dikunci dan/atau


diawasi;

(ii) Pelawat hendaklah mengemukakan bukti


pengenalan kepada Pegawai Keselamatan SPTB;
(iii) Pelawat yang memasuki Bilik Server hendaklah
menulis tarikh, nama, nama syarikat, tujuan
lawatan serta waktu masuk dan keluar dalam
Buku Log;
(iv) Pelawat yang memasuki Bilik Server hendaklah
diiringi sepanjang masa; dan
(v) Pegawai Keselamatan SPTB hendaklah menyedia,
memaklum dan menguatkuasakan peraturan
akses Bilik Server. Antaranya :-
(a) Melantik pemegang kunci;
(b) Memantau penggunaan Buku Log; dan

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 11
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(c) Menyenaraikan pasukan yang


bertanggungjawab dalam membuat
penyelenggaraan secara berjadual ke atas
perkakasan dan perisian dalam bilik tersebut.

5.2.2 Bilik Kebal

(i) Pintu masuk hendaklah sentiasa dikunci dan/


atau diawasi;

(ii) Pegawai Keselamatan SPTB hendaklah


mempastikan individu yang memasuki bilik ini
adalah individu yang telah dilantik dan diberi
kebenaran untuk masuk dan bertugas di
dalamnya; dan
(iii) Tiada orang awam dibenarkan berada disini.

5.2.3 Bilik Pendaftar / Ruang Pendaftaran / Bilik Carian / Bilik


Fail / Kaunter
(i) Pintu masuk hendaklah sentiasa dikunci
dan/atau diawasi;
(ii) Pegawai Keselamatan SPTB hendaklah
mempastikan individu yang memasuki bilik ini
adalah individu yang telah dilantik dan diberi
kuasa atau dibenarkan untuk masuk dan bertugas
di dalamnya; dan
(iii) Pelawat dibenarkan masuk dengan
keizinan atas sesuatu urusan.

5.2.4 Kaunter Kutipan Bayaran

(i) Pintu masuk hendaklah sentiasa dikunci dan/atau


diawasi;

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 12
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(ii) Pegawai Keselamatan SPTB hendaklah


mempastikan individu yang memasuki bilik ini
adalah individu yang telah dilantik dan diberi
kuasa untuk masuk dan bertugas di dalamnya;
(iii) Orang awam tidak dibenarkan masuk; dan
(iv) Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara
Kewangan hendaklah sentiasa dipatuhi.

5.3 Kawalan Sistem Komputer

Bagi mengawal sistem dan data dari dicerobohi samada dari


individu atau anasir luar, beberapa cara boleh digunakan
untuk mempastikan sistem dan data hanya dicapai oleh
mereka yang diberi kebenaran untuk mengguna dan
mengendalikannya.

5.3.1 Sistem / Aplikasi / Komputer Peribadi / Server /


Pangkalan Data

(a) Pencaman Pengguna (user-id)

(i) Setiap pengguna diberikan pencaman


pengguna ( ID ) yang tidak boleh dikongsi;

(ii) Pengguna mestilah menyediakan


pengesahan (‘authentication’) (i.e kata
laluan) yang hanya diketahui oleh pengguna
berkenaan sahaja; dan
(iii) Pelaksanaan ‘Roles and Privileges’.

(b) Kawalan Kata Laluan (‘Password’)

(i) Tidak dibenarkan memberitahu secara lisan


Kata Laluan kepada sesiapa;

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 13
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(ii) Kata laluan tidak boleh ditulis, ditampal atau


dipamerkan di tempat yang mudah dicapai/
dilihat;
(iii) Kata laluan mestilah mempunyai kombinasi
sekurang-kurangnya lapan aksara;

(iv) Kata laluan perlu ditukar sekurang-kurangnya


setiap tiga puluh (30) hari; dan

(v) Password untuk ‘user-id’ khas seperti ‘root,


system, Oracle, Oracle User’ (Kod dan SPTB)
dan ‘Sys’ hanya boleh diketahui oleh
maksimum dua orang Pegawai Teknikal Gred
41 dan ke atas sahaja pada satu-satu masa
atau pegawai teknikal yang dilantik oleh
Kerajaan Negeri.

Satu salinan ‘password user-id’ hendaklah


disimpan oleh Ketua Jabatan dalam sampul yang
berlakri, dalam Peti Besi Keselamatan. ‘Password’
ini tidak boleh diketahui oleh Ketua Jabatan
walaupun disimpan olehnya.

Jika ‘password’ tidak boleh diperolehi daripada


Pegawai Teknikal, maka ‘password’ ini boleh
diperolehi daripada Ketua Jabatan.

Semua ‘Password user-id’ khas hendaklah ditukar


setiap tiga bulan atau setiap kali Pegawai Teknikal
bertukar. Salinan ‘password’ baru hendaklah
diserah kepada Ketua Jabatan setiap kali
perubahan ‘password’ dibuat.

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 14
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(c) Kawalan Perisian

Keselamatan perisian boleh dipertingkatkan


dengan cara-cara berikut :

(i) Versi aplikasi SPTB yang terbaru sahaja


dibenarkan berada dalam komputer;
(ii) Membuat beberapa salinan bagi setiap
perisian dan salinan ini kemudiannya
disimpan di bangunan lain;
(iii) Melindungi perisian daripada pindaan yang
tidak dibenarkan;

(iv) Dilarang memasang perisian selain dari


aplikasi versi terkini SPTB;

(v) Mengawal capaian kepada sistem komputer


melalui penggunaan kata laluan (‘password’)
dan pencaman pengguna (‘user-ID’) ; dan

(vi) Melindungi perisian daripada serangan atau


gangguan virus.

(d) Kawalan Komputer Peribadi

Keselamatan komputer peribadi boleh


dipertingkatkan dengan cara-cara berikut :

(i) Membuang sqlplus, telnet, game dan virus di


semua komputer pengguna SPTB;

(ii) Menghapus semua fail ‘mp3, mp4, wave, avi,


mpeg’ dan lain-lain; dan

(iii) Menggunakan perisian antivirus yang telah


dikemaskini.

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 15
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(e) Kawalan Pangkalan Data

(i) Pegawai Teknikal perlu melakukan operasi


reorganize database secara berjadual;

(ii) Pegawai Teknikal perlu melakukan


penukaran katalaluan bagi id UNIX dan id
pangkalan data SPTB setiap 3 bulan sekali;

(iii) Pegawai Teknikal perlu mengemaskini


struktur pangkalan data jika berlaku
perubahan yang baru; dan

(iv) Pegawai Teknikal selaku Pentadbir Sistem


(Operator), perlu mempastikan id
pengguna SPTB sentiasa dikemaskini setiap
3 bulan sekali.

6.0 PEMBETULAN DATA

Semua pembetulan ke atas kesilapan data boleh dibuat melalui


Urusan Pembetulan 380 dalam SPTB. Urusan ini adalah selaras
dengan keperluan Undang-Undang Seksyen 380 Kanun Tanah
Negara.

Bagi menjaga integriti dan kesahihan data, sebarang pembetulan


data terus melalui pangkalan data adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA
SEKALI.

Dalam kes-kes dimana Urusan 380 tidak dapat dilaksanakan dengan


sempurna, Pemilik Data hendaklah melaporkan secara bertulis
kepada Pemilik Aplikasi supaya pembetulan atau pengubahsuaian
aplikasi boleh dibuat.

Dalam kes yang memerlukan tindakan serta-merta dan pembetulan


data perlu dibuat terus di pangkalan data, semua pembetulan

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 16
Garis Panduan Keselamatan SPTB

hanya boleh dibuat dengan arahan dan tandatangan Pendaftar


sahaja dan direkodkan dalam Buku Log Pembetulan.

7.0 KERTAS KESELAMATAN HAKMILIK

7.1 Pengeluaran dari PTG

(i) Kertas Keselamatan hendaklah disimpan di ruang atau


bilik yang berkunci. Keselamatan kertas ini adalah di
bawah tanggungjawab Pegawai Keselamatan SPTB PTG,
dan pengeluarannya hanya boleh dibuat atas
permintaan Pendaftar;

(ii) Maklumat pengeluaran kertas hendaklah direkod dalam


Buku Log; dan

(iii) Kertas yang akan diagihkan ke PTD hendaklah dibawa


dengan kenderaan rasmi pejabat dan diiringi oleh
Pegawai Keselamatan SPTB atau pegawai yang
dibenarkan.

7.2 Penyimpanan di PTD

(i) Buku log dan Kertas Keselamatan yang diterima dari stor
PTG hendaklah disimpan di bilik atau kabinet yang
berkunci; dan

(ii) Pegawai Keselamatan SPTB atau wakil hendaklah


merekodkan jumlah helaian dan nombor siri kertas yang
diterima dari stor PTG.

7.3 Pengeluaran dari Bilik atau Ruang atau Kabinet Berkunci

(i) Pegawai Keselamatan SPTB boleh melantik wakilnya


(Pengawal Kertas Keselamatan) untuk mengawal
pengeluaran kertas keselamatan; dan

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 17
Garis Panduan Keselamatan SPTB

(ii) Pengeluaran kertas keselamatan hendaklah direkodkan


dalam Buku Log. Pengawal Kertas Keselamatan
hendaklah mempastikan maklumat pengeluar dicatit
dalam Buku Log setiap kali kertas dikeluarkan.

7.4 Penyimpanan dan Penggunaan Kertas Keselamatan oleh


Pendaftar

(i) Pendaftar hendaklah menyimpan kertas keselamatan di


dalam kabinet atau ruang yang berkunci; dan

(ii) Pendaftar hendaklah mempastikan kertas keselamatan


yang belum digunakan tidak ditinggalkan di tempat
terbuka atau di dalam tray pencetak, sebaliknya
disimpan semula sebelum meninggalkan bilik atau ruang
pejabat bagi satu tempoh yang agak lama.

8.0 PENGURUSAN KUNCI BILIK/ RUANG/ KABINET

(i) Pendaftar hendaklah menyimpan sendiri salinan kunci bilik


masing-masing.

(ii) Semua kunci asal hendaklah disimpan di dalam kabinet yang


berkunci;
(iii) Kunci kabinet hendaklah disimpan dalam Peti Besi
Keselamatan;

(iv) Kunci Peti Besi Keselamatan disimpan oleh Pegawai


Keselamatan Pejabat; dan

(v) Kunci ruang/ bilik / kabinet SPTB hanya boleh diambil oleh
Pegawai Keselamatan SPTB.

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak di Pejabat Tanah &


Galian dan di Pejabat Tanah Daerah/Jajahan untuk mempastikan
garis panduan keselamatan ini difahami, diikuti dan dilaksanakan.

________________________________________________________________________
Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 18

Anda mungkin juga menyukai