Anda di halaman 1dari 5

SK SERI BERTAM (JBA 0091)

JALAN MERANTI, 83700 YONG PENG

JOM KEMBALI KE SEKOLAH


SK SERI BERTAM
2018

Tarikh :
01 JANUARI 2018

Tempat :
Dataran Permata
SK Seri Bertam

Anjuran :
UNIT HEM
SK Seri Bertam, Yong Peng
1. PENDAHULUAN

Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang
menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan
semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam
menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah
berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak
hadir tidak akan mendapat apa-apa.

Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned –
but not if you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar
pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan
Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau
ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti
melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.

2. MATLAMAT

Program ini bermatlamat agar menghidupkan budaya penyayang dan saling


menghargai sesama warga sekolah. Ia juga bagi menggalakkan murid datang ke sekolah dan
mewujudkan suasana mesra dan ceria. Dengan kehadiran pelajar ke sekolah juga secara tidak
langsung meningkatkan akademik di sekolah kerana pelajar yang hadir ke sekolah boleh
dianggap tidak tercicir pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah setiap hari oleh guru
matapelajaran.

3. OBJEKTIF

 Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap 100%.

 Meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dari segi akademik dan kokurikulum.

 Menggalakkan murid ke sekolah dan berasa seronok dengan suasa di sekolah.

 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa dan komuniti terhadap sekolah.

 Murid berasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka rasa
disayangi dan seronok untuk ke sekolah
4. TARIKH DAN MASA

Tarikh : 1 Januari 2018

Masa : 7.00 pagi – 8.00 pagi

5. TEMPAT

Pintu Utama dan Dataran Permata SK Seri Bertam

6. KUMPULAN SASARAN

 Semua murid SK Seri Bertam.

7. STRATEGI PELAKSANAAN
7.1 Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah Penyayang
7.2 Membentuk jawatankuasa pelaksana & penetapan program
7.3 Persediaan tempat, peralatan dan dokumen
7.5 Majlis pelancaran
7.6 Penilaian dan laporan

8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH

Pengerusi : Pn. Kartinie Bt. Amat (Guru Besar SK Seri Bertam)


Timbalan Pengerusi : En. Norazman Bin Hassan (GPK HEM)
Naib Pengerusi : En. Norizam Bin Selamat (GPK Pentadbiran)
Pn. Wahidah Bt. Ibrahim (GPK Kokurikulum)
Pn. Zuwita Bt. Tahir (GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras : En. Mohd. Zaini Bin Hashim
Setiausaha : Pn. Nur’Aqilah Binti Hamzah
Ahli Jawatankuasa : Pn. Zakiah Bt. Jailani
Pn. Azlina Bt. Azit
Pn. Norlia Bt. Abd. Latiff
Pn. Noor Awalin Bt. Mustafa
En. Mohd. Nurul Hafiz Bin Ahamad
9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pelancaran & Hiasan Pentas : En. Mohd. Nurul Hafiz Bin Ahamad
Buku program : Pn. Norlia Bt. Abd Latiff
Sistem PA & Persiapan tempat : En. Mohd. Zaini Bin Hashim
Hadiah & Cenderahati : Pn. Nur’Aqilah Binti Hamzah
Fotografi : Pn. Noor Awalin Bt. Mustafa
Dokumentasi : Pn. Zakiah Binti Jailani
Juru acara : Pengawas sekolah
Kawalan Murid : Semua guru

11. SUMBER KEWANGAN

 Unit HEM

12. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Kos Perbelanjaan

1. Banting RM50.00

JUMLAH = RM50.00

13. PENUTUP

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan
untuk kecemerlangan murid.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………… ……………..……………………..
NUR’AQILAH BINTI HAMZAH
Setiausaha Unit Sekolah Penyayang,
Seri Bertam, Yong Peng

Anda mungkin juga menyukai