Anda di halaman 1dari 2

1.

0 DEFINISI

Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan
dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan
kompas. • Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara
koordinasi fizikal dan mental dengan baik.

Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang
lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan
diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. • Orienteering
bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan
merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt).
Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping
menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin
untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian
yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang
terang. • Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari
timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk
arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang
selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

2.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan


Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O.

Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)

• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)

• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)

• Orienteering Malam (Night Orienteering)

• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)

3.0 KEBAIKAN

• Memberi cabaran & keseronokan

• Membina sikap positif & keyakinan diri

• Menggunakan persekitaran yang sihat

• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas

• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas


4.0 PENGETAHUAN ASAS
Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul, maka
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu: i. Teknik
membaca peta ii. Teknik membaca kompas iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan
sekeliling

Anda mungkin juga menyukai