Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti Eksperimen Gunung Berapi Bersama Anak

Perkongsian aktiviti menarik daripada Puan Yulia Yusar yang bijaksana dalam melakukan aktiviti
Homeschooling bersama anakanda tercinta.

Jom, buat gunung berapi!

Tapi kali ini saya buat dengan menggunakan kertas surat khabar. Sebelum ini pernah buat dengan
'homemade playdough'

Bezanya yang guna surat khabar nampak lagi 'real'..hehe sebab bila 'larva' mengalir model gunung
berapi tidak lembik berbanding apabila kami guna playdough.

Tapi terpulang mana yang minat menggunakan surat khabar atau homemade playdough.

BAHAN-BAHAN UNTUK MODEL GUNUNG BERAPI:

*Surat khabar (entah dari mana En. Suami rembat surat khabar..sudah berkurun tak bc paper.)
*Botol kosong
*Water Color
*Figurine
*Dulang
*Tape

BAHAN-BAHAN UNTUK LARVA GUNUNG BERAPI :

*Cuka
*Sabun serbuk
*Soda bikarbonat
*Pewarna oren atau merah.

CARA GUNUNG BERAPI MELETUS.

Isikan sabun, soda bikarbonat dan pewarna kedalam kawah gunung berapi. Kemudian masukkan cuka.

Tunggulaa reaksi larva yang bersedia untuk dimuntahkan dari kawah.

Alhamdulillah.

Asyikkkk!

Jom layan gambar pula. Lebih visual dan boleh lakukan selepas ini.
Bahan2
Bahan-bahan model gunung berapi.

-Kertas surat khabar


-Botol kosong (potong sedikit di bahagian atas)
-Water color
-Figurine
-Tape
-Dulang

Alas dulang dengan surat khabar.


Tape kan botol dibahagian tengah dulang.
Renyukkan sehelai kertas. Kemudian balut disekeliling botol.

Kawah sebelum diwarnakan.


Ready untuk dihias dengan figurine..batu pokok.
Apa-apa pun boleh.

Keadaan gunung berapi diliputi oleh larva.

Antara komen di Facebook (Yulia Yusar).

Maznah Ibrahim: Menariknya yulia !!! Thx.bkongsi.step by step begitu

Siti Aminah Muhamad Subri: Tahniah supercaliph muhammad n mamanya. syukran kak Yulia
Yusar..idea yg baik guna surat khabar. Recyle..hari tu bt ngn anak2 guna plastisin. Tp lbh jimatkan guna
bhn terbuang. Leh ajar anak kitar semula bhn buangan kn..cintai alam

Yulia Yusar: Siti Aminah Muhamad Subri. Ye betul memang lebih jimat dan lebih tahan lagi. Guna
playdough kawah jd lembik pula.

Maznah Ibrahim: The power of homeschooling ibu rajin, smgt dan anak smgt dan bijak

Anda mungkin juga menyukai