Anda di halaman 1dari 7

Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

Jawab semua soalan.

1. Orang yang taat akan suruhan agama akan memperoleh .

A kerugian C keselesaan
B kebaikan D kesyukuran

2. Ajaran agama melarang para penganutnya .


A menolong C membantu
B membazir D berjimat-cermat

3. Bagaimanakah kita boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada tuhan?

I Menjaga anugerah tuhan.


II Melakukan perkara yang dilarang
III Mensyukuri pemberian tuhan
IV Melakukan perbuatan baik yang diperintahkan oleh Tuhan

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan

4. Berikut ialah cara kita menjaga anugerah Tuhan kecuali

A tidak membuang sampah di merata-rata tempat


B mengamalkan kitar semula
C membersihkan kawasan tempat tinggal
D melakukan pembakaran terbuka

5. Antara berikut, yang manakah benar tentang amalan pemakanan yang sihat?
I Selalu makan buah-buahan dan sayur-sayuran
II Kurangkan makanan yang berlemak
III Lebihkan makan bijirin dan ubi
IV Selalu makan makanan segera

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV

6. Antara berikut, yang manakah benar tentang cara mengamalkan nilai kebersihan fizikal dan mental?

A Mengamalkan berfikiran negatif terhadap orang lain


B Mengamalkan sikap berbaik sangka terhadap orang lain
C Menimbulkan pergaduhan dan perselisihan faham dalam setiap perbuatan
D Tidak menjaga kebersihan dan kekemasan diri

1
Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

7. Orang yang mengamalkan nilai ramah mesra .

A akan memuliakan ibu bapa


B saling memahami antara satu sama lain.
C sanggup menerima nasihat daripada orang lain.
D sedia bergaul mesra dengan semua orang.

8. Manakah antara yang berikut bukan prinsip Rukun Negara?

A Kesopanan dan kesusilaan


B Kedaulatah undang-undang
C Kepercayaan kepada Tuhan.
D Kepatuhan kepada ketepatan masa.

9. Apakah nilai-nilai yang perlu ada pada seorang ketua pengawas?


I Bertanggungjawab
II Bangga diri
III Berdikari
IV Adil

A I dan II C I, II dan III


B II dan IV D I, III dan IV

10. Antara berikut,manakah ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap rakan?

I Sentiasa menghormati rakan


II Menerima kritikan rakan dengan hati yang terbuka
III Tidak mempercayai rakan
IV Tidak memperkecilkan kebolehan rakan

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV

11. Berikut merupakan faedah kita bersikap postif terhadap orang lain, kecuali

A dapat meningkatkan persefahaman


B dapat mengeratkan ikatan persahabatan
C dibenci oleh orang lain
D dihormati oleh orang lain

2
Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

12. Nilai harga diri boleh diamalkan dengan cara


I mempunyai tanggapan baik tentang diri sendiri
II mempunyai cita-cita dan bersemangat tinggi
III berani mengatakan tidak kepada perkara yang boleh merosakkan diriI
V malas belajar dan tidak mengambil berat tentang pelajaran

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV

13. Apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai cita-cita?

I Berusaha bersungguh-sungguh
II Tidak mudah berputus asa
III Tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar
IV Bijak menguruskan masa dengan baik

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV

14. Apakah ciri-ciri murid yang menjaga maruah diri?

I Sentiasa bercakap benar


II Amanah ketika menjalankan tugas
III Mengamalkan gaya hidup yang sihat
IV Terlibat dalam gejala sosial

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV

15. Apakah faedah yang akan diperoleh sekiranya kita bertingkah laku sopan?

A Dipandang tinggi oleh masyarakat


B Dipandang seperti sampah masyarakat
C Dihina dan dikeji
D Menjatuhkan maruah keluarga

16. Antara berikut, yang manakah menunjukkan nilai kejujuran?

A Leena berpura-pura sibuk apabila ibu menyuruhnya mencuci pinggan.


B Ahmad bercakap benar apabila disoal oleh Cikgu Ramli walaupun dia yang bersalah.
C Aiman berasa takut untuk berterus-terang dengan ibunya kerana dia telah memecahkan pasu bunga.
D Aishah menolong jirannya yang ditimpa musibah dengan harapan dia akan mendapat balasan
daripada pertolongan itu kelak.

3
Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

17. Berikut merupakan nilai kerajinan yang boleh diamalkan, kecuali

A berusaha bersungguh-sungguh dengan bersemangat untuk mencapai kejayaan


B berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu kerja
C menyerah kalah tanpa berusaha bersungguh-sungguh
D bersabar dan tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara

18. Pilih padanan yang salah mengenai nilai kerajinan mengikut kepercayaan agama.

A Islam-perlu rajin dalam menunaikan sembahyang,mencari ilmu dan menjaga diri serta persekitaran
B Sikh-tidak perlu terlalu rajin kerana orang lain akan datang membantu
C Kristian-manusia perlu rajin dalam kehidupan seharian mereka
D Hindu-penganutnya perlu rajin melaksanakan tanggungjawab yang diberikan

19. Berikut merupakan nilai hemah tinggi yang boleh diamalkan oleh setiap individu, kecuali

A bercakap dengan kuat di tempat awam


B menggunakan bahasa yang sopan
C mengucapkan salam apabila bertemu
D berkawan dengan semua orang tanpa mengira status

20. Antara berikut, manakah amalan bersopan yang perlu ditekankan dalam sektor kerajaan dan
swasta?

I Melayan orang ramai dengan mesra dan bersopan


II Senantiasa memberikan senyuman
III Mengambil berat akan aduan yang diberikan
IV Bercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan pelanggan

A I,II dan III C I,III dan IV


B I,II dan IV D II,III dan IV

4
Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

Bahagian B

1. Tandakan ( / ) pada situasi yang menunjukkan sikap rajin dan ( X ) pada situasi yang menunjukkan
sikap malas.

a. Adam selalu menyiapkan kerja sekolahnya pada saat akhir. ( )

b. Jamilah selalu meminta ibunya mencuci pakaiannya. ( )

c. Saraswathy bangun pada awal pagi tanpa dikejutkan oleh ibunya. ( )

d. Zurina tidak membantu kakaknya menyidai pakaian. ( )

e. Pak Abu membanting tulang di sawah pada setiap pagi. ( )

( 5 markah )

2. Garisi perbuatan yang menunjukkan sikap berhemah tinggi.

a. Pegawai yang bertugas dikaunter penerangan pejabat itu sentiasa tersenyum ketika melayan
pelanggan.

b. Penyambut tetamu itu menggunakan tutur kata yang sopan ketika berurusan dengan pelanggan
yang datang.

c. Kita haruslah menghormati ibu bapa kita.

d. Azmin yang bersikap ringan tulang itu amat disenangi oleh rakan-rakannya.

e. Kita perlu berani mengakui kesilapan yang telah kita lakukan.

(5 markah)

5
Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

* sedar * menasihati * membantu * tahniah

* mengajak * maaf * peperiksaan * tertinggi

* meniru * rajin

Maria telah berjaya mendapat markah (a) dalam peperiksaan bahasa


Inggeris pada minggu lepas. Semua rakan sekelasnya mengucapkan (b) kepadanya,
kecuali Ema. Ema menuduh Maria meniru semasa (c) dijalankan. Maria berasa
sedih kerana Ema telah buruk sangka terhadapnya.

Semasa pulang dari sekolah, Kavita dan Mary (d) Ema ke perpustakaan
awam untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama Maria. Ema menolak ajakan tersebut dan
menjelaskan Kavita dan Mary bahawa Maria (e) semasa peperiksaan bahasa
Inggeris dijalankan pada minggu lepas. Mary (f) Ema supaya tidak buruk
sangka terhadap Maria. Kavita menjelaskan bahawa Maria berjaya kerana dia (g)
mengulang kaji pelajaran. Malah, Marialah yang banyak (h) Kavita dan Mary
dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

Ema mulai (i) akan kesalahannya. Dia bersetuju untuk mengikut Kavita
dan Mary ke perpustakaan. Di sana, Ema meminta (j) kepada Maria kerana telah
buruk sangka dan berfikiran negatif terhadapnya. Maria telah memaafkan Ema.

( 10 markah )

6
Pendidikan Moral Tahun 6 ( Ujian Bulan Mac)

4. Lengkapkan rajah di bawah dengan menyatakan cita-cita kamu, halangan untuk mencapai cita-
cita tersebut serta tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi halangan tersebut.

Cita-cita

Halangan

 _

 _

Tindakan

 _

 _

( 10 Markah )

Kertas Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai