Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS ISTIADAT GRADUASI SPM 2017

SMK BANDAR PUTRA TAHUN 2018

TENTATIF 1: SEBELUM MULA MAJLIS.


MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN, UNTUK MELANCARKAN MAJLIS
KITA PADA PAGI INI, SEMUA HADIRIN DIMINTA;

 GRADUAN DAN TETAMU DIMINTA MENGHORMATI PERJALANAN MAJLIS.

 SEMUA PERATURAN DAN TATATERTIB PERLU DIPATUHI OLEH GRADUAN DAN


TETAMU SEMASA BERADA DI DALAM DEWAN SEPANJANG MAJLIS
BERLANGSUNG.

 SEMASA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG, GRADUAN DAN TETAMU DILARANG


BERBUAL-BUAL ATAU MEMBUAT BISING. JIKA ANAK-ANAK KECIL ANDA
MENANGIS, MOHON KERJASAMA IBU BAPA DAN TETAMU UNTUK
MENTENTERAMKAN ANAK BAGI KELANCARAN MAJLIS PADA PAGI INI.

 KAWASAN SEKOLAH MERUPAKAN KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

 GRADUAN DAN TETAMU DILARANG MENINGGALKAN DEWAN SEMASA MAJLIS


SEDANG BERLANGSUNG.

 TETAMU DIMINTA MEMINIMUMKAN URUSAN KELUAR- MASUK DEWAN


SEMASA ACARA BERLANGSUNG.

 GRADUAN DAN TETAMU MESTILAH MEMASTIKAN TELEFON BIMBIT BERADA


DALAM KEADAAN MOD SENYAP ATAU TIDAK AKTIF KETIKA BERADA DI
DALAM DEWAN.

 TETAMU DAN GRADUAN DILARANG MENGAMBIL GAMBAR SWAFOTO


SEPANJANG MAJLIS.

 IBU BAPA DAN TETAMU TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERDIRI DAN BERADA
BERHAMPIRAN PENTAS BAGI MENGAMBIL GAMBAR GRADUAN YANG
MENERIMA SIJIL DI ATAS PENTAS. PIHAK SEKOLAH TELAH MELANTIK
JURUGAMBAR KHAS UNTUK TUJUAN TERSEBUT. ANDA DIBENARKAN
MENGAMBIL GAMBAR DARI TEMPAT DUDUK MASING-MASING SAHAJA.

 BEG TANGAN DILARANG DIBAWA NAIK KE PENTAS KETIKA PENERIMAAN


SIJIL.

 MOHON HADIRIN BERDIRI KETIKA JURUACARA MENGUMUMKAN


PERARAKAN MASUK GRADUAN, PEGAWAI-PEGAWAI AKADEMIK DAN TETAMU
KEHORMAT DAN SEMASA LAGU KEBANGSAAN, NEGERI DAN SEKOLAH.

[1]
Setelah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
mendapat
isyarat usher Para hadirin sekalian,

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin mengambil
tempat duduk masing-masing.

Terima kasih.

Perarakan Mengumumkan perarakan masuk 176 graduan lepasan SPM tahun 2017.
masuk para
graduan Hadirin dipersilakan berdiri.

(Masuk melalui pintu belakang)


(Gamelan dimainkan)

Perarakan (Setelah semua graduan mengambil tempat)


masuk warga
akademik Mengumumkan perarakan masuk pegawai-pegawai akademik SMK Bandar Putra.

(Gamelan dimainkan)
Perarakan (Setelah semua kakitangan akademik mengambil tempat)
masuk tetamu
kehormat Mengumumkan perarakan besar masuk ke dalam dewan.

Perarakan masuk ini didahului oleh pembawa Cokmar Istiadat dan tetamu kehormat;

Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,


Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Dengan diiringi oleh barisan pentadbir SMK Bandar Putra.

(VIP berada di atas pentas)


(Gamelan berhenti)

Nyanyian #### Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah “Putra Terbilang”
# [tidak perlu disebut]

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Persembahan koir

###koir########

Tamat Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan koir Sekolah Menengah
Persembahan Kebangsaan Bandar Putra yang dipimpin oleh Sim Tong En.

[2]
Selamat datang Bismillahirrahmanirohim
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam muafakat Johor, dan salam putra
terbilang.

Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,


Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Yang Dihormati En. Mohd Yusof bin Katmi,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pengurusan Sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.

Yang Berusaha Encik Zainal Bin Mesran,


Pengetua SMK Bandar Putra.

Yang Dihormati Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,


SMK Bandar Putra,
Dr. Mahani binti Mokhtar.

Yang Dihormati Puan Norazzah binti Misban,


Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran,
SMK Bandar Putra

Barisan guru penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran , seluruh warga
pendidik SMK Bandar Putra, para ibu bapa, para graduan lepasan SPM tahun 2017,
murid-murid dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Majlis Istiadat Graduasi kali ke-12 SMk Bandar Putra.
Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian semua hadirin
meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan majlis ini.

Bacaan doa Majlis diteruskan dengan menjemput Ustaz Mohamad Shafie bin Ali untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

[3]
Ucapan tetamu Warga Dewan sekalian,
kehormat
Majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,
Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
untuk menyampaikan ucapan seterusnya mengisytiharkan pembukaan Majlis
Istiadat graduasi SPM SMK Bandar Putra kali ke-12.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

### ucapan #

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd
Yusof, atas ucapan dan kesudian Yang Berbahagia Dr merasmikan majlis kita pada
hari ini.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian


pengumuman
Keputusan Majlis diteruskan dengan pengumuman rasmi keputusan peperiksan SPM bagi tahun
SPM 2017 2017. Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Zainal Bin Mesran,
Pengetua SMK Bandar Putra, untuk mengumumkan keputusan rasmi peperiksaan
SPM SMK Bandar Putra bagi tahun 2017.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput.

#### pengumuman rasmi###

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Bandar Putra atas
pengumuman keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2017 sebentar tadi.

Penyampaian Warga dewan sekalian,


sijil graduasi
tahun 2017 Seterusnya majlis penyampaian sijil SPM 2017.
Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,
Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,
Bagi menyempurnakan upacara penyampaian keputusan SPM dan sijil graduasi tahun
2017.

Majlis mempersilakan guru-guru tingkatan untuk mengumumkan nama penerima sijil


mengikut kelas.

Dipersilakan.

(Guru tingkatan membacakan nama penerima sijil mengikut kelas)


(Juruacara tidak perlu sebut)

[4]
(Guru tingkatan membacakan nama penerima sijil mengikut kelas)
(Juruacara tidak perlu sebut)

Pn. Khairul Huda binti Bachok @ Arash [5SS1]


Pn. Rafizah binti Abdul Rahman [5PA1]
Pn. Nurhayati binti Mohd Khalid [5LS2]
Pn. Faridah binti Yunus [5LS1]
En. Norezhar Rahimi bin Aziz [5SN2]
Pn. Veni a/p Kaniasan [5SN1]

[Selesai kelas terakhir]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. atas kesudian
menyampaikan keputusan peperiksaan SPM dan sijil graduasi kepada para graduan
SPM tahun 2017 itu tadi.

Anugerah khas Hadirin dan hadirat sekalian


Putra
Terbilang Majlis graduasi ini akan diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Putra
Terbilang Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2017.

Anugerah ini diberikan kepada _______ calon yang telah memperoleh semua A
dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM tahun 2017

Untuk itu majlis mempersilakan Puan Norazzah binti Misban, Guru Penolong Kanan
Kurikulum dan Pentadbiran, SMK Bandar Putra untuk mengumumkan nama-nama
penerima anugerah.

Majlis berbesar hati mempersilakan


Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,
Ketua Pengarah,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia,
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
untuk menyempurnakan anugerah.
.

####anugerah khas putra terbilang/perfect scorer ##############

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr. kerana sudi
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Khas Putra


Terbilang, Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2017. Mudah-mudahan anugerah ini
akan menjadi sumber inspirasi kepada semua calon yang bakal menduduki SPM pada
tahun 2018 ini.

[5]
Anugerah Warga dewan sekalian
Khas Pengetua
Majlis Istiadat Graduasi SPM 2017 kali ke-12 diteruskan lagi dengan penyampaian
Anugerah Khas Pengetua.

Anugerah khas ini diberikan kepada calon terbaik peperiksaan SPM 2017 SMKBP.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Zainal Bin Mesran, Pengetua SMK
Bandar Putra untuk mengumumkan penerima Anugerah Khas Pengetua ini.

Majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,
untuk menyampaikan anugerah khas ini.

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Khas Pengetua. Terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dr. kerana sudi menyampaikan anugerah.

Ucapan Hadirin yang dihormati sekalian,


Penerima
Anugerah Majlis diteruskan dengan menjemput ________________________________ ,
Khas Pengetua Penerima Anugerah Khas Pengetua untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ______________________ atas ucapan


itu tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian


cenderamata Majlis akan diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha Encik Zainal Bin Mesran, Pengetua SMK Bandar Putra dengan
diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bandar Putra, Dato’
Shamsul Kamal bin Abdullah untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu
kehormat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

1. Dipersilakan Yang Berbahagia Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof,


untuk menerima cenderamata.

####penyampaian cenderamata###

Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan cenderamata itu tadi.

[6]
Pengumuman Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi maka diumumkan
penangguhan Majlis Istiadat Graduasi Lepasan SPM tahun 2017 ditangguhkan.
majlis
Para hadirin mohon berdiri.

#### nyanyian lagu Negaraku### [tidak disebut oleh pengacara]

Perarakan Seterusnya diumumkan perarakan keluar meninggalkan dewan tetamu kehormat dan
keluar pegawai akademik SMK Bandar Putra.

[Iringan lagu Muafakat Johor - tidak disebut oleh pengacara]]

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt. Terima kasih.

Fotografi Perhatian kepada para graduan spm tahun 2017, mohon ke astaka untuk sesi fotografi
bersama-sama tetamu kehormat dan pegawai akademik SMKBP.

Jamuan Selepas selesai sesi fotografi, tuan-tuan, puan-puan dan semua hadirin dijemput untuk
menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur di kantin sekolah.

DENGAN INI
MAJLIS ISTIADAT GRADUASI SPM
SMK BANDAR PUTRA
KALI KE-12
DITANGGUHKAN.

[7]

Anda mungkin juga menyukai