Anda di halaman 1dari 2

Malam Bintang Utara melahirkan bakat baru

Oleh: Nurul Shahfinaz Ishak

SINTOK, 5 MAC: Pusat Budaya dan Seni Universiti Utara Malaysia telah
menganjurkan Malam Bintang Utara sempena Karnival 3K (kebudayaan, kesenian
dan keusahawanan). Malam bintang utara berlangsung di dataran budaya Pusat
Budaya dan Seni UUM.

Pengarah program, Hanie Maisarah Ahmad Rasidi berkata, pertandingan


malam bintang utara itu mampu melahirkan dan mencungkil bakat nyanyian dalam
kalangan pelajar mahupun orang luar yang menyertainya.

“Pertandingan tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang


mengalakkan daripada pihak luar. Terdapat peserta yang sanggup datang dari jauh
seperti Institut Guru (IPG) Tunku Bainun, IPG Sungai Petani, Politeknik Sultanah
Bahiyah, Politeknik Sultan Abdul Halim dan orang luar untuk menyertai pertandingan
malam bintang utara tersebut”, katanya.

Malam bintang utara diadakan bagi melahirkan lebih ramai penyanyi baru
tidak mengira umur dan bangsa kerana pertandingan ini layak disertai oleh semua
kaum dan bangsa.

Peserta yang menyertai pertandingan ini akan diberi sijil penyertaan dan bagi
peserta yang memenangi tempa pertama akan memperolehi hadiah wang tunai
sebanyak RM500 ringgit, tempat kedua sebanyak RM400 ringgit, tempat ketiga RM
300 ringgit manakala yang lain akan diberi sijil penyertaan.

Peserta yang menyertai pertandingan tersebut mestilah menghadirkan diri pada


jam 9.00 pagi sehingga 5 petang pada 5 Mac bagi peringkat saringan untuk
melayakkan diri mereka ke peringkat seterusnya. Sebanyak 44 peserta yang telah
menyertai uji bakat namun hanya 8 orang sahaja yang terpilih.

Tepat jam 9.00 malam pertandingan Malam Bintang Utara bermula dan turut
hadir ialah timbalan dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (COB) iaitu Prof
Madya Dr. Fais Ahmad, Pengarah Pusat Budaya dan Seni, Encik Huzaidy Haji
Hussain dan diiringi oleh pengarah program.

Pertandingan diserikan dengan dua orang pengacara iaitu Nor Amira Kamarul
dan Ahmad Syamil serta pengacara tambahan yang lebih dikenali sebagai Abang
Chik. Pertandingan dimulakan dengan peserta pertama iaitu Norkhalida Khairi Anuar
dan diikuti oleh peserta yang lain.

Pertandingan turut diwarnai dengan persembahan tarian oleh penari bidasari


UUM dan penyanyi PBS iaitu Rahimi Aziz. Manakala penyanyi jemputan iaitu Ikka
Razman membuat persembahan di akhir program.

Program diakhiri dengan pengumuman pemenang pertandingan iaitu Zaidatul


Iman Zainol Abidin yang menyanyikan lagu madah berhelah telah memenangi tempat
pertama. Beliau berumur 17 tahun dan berasal daripada Alor Star, tempat kedua
dimenangi oleh Nor Khalida Khairi Anuar dan tempat ketiga dimenangi oleh
Khairuddin Jamaluddin.

Anda mungkin juga menyukai