Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN SAJAK : SAYEMBARA PUISI KEMERDEKAAN KE-32 SELANGOR

SK Seafield, 15 September 2018— Bertempat di Dewan Utama, SK Seafield telah


mengadakan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan kali ke-32 peringkat Negeri
Selangor. Seorang peserta IPG KBM Nurlyana bt Ezani telah berentap bersama 43 peserta
dengan puisi Mengukir Nama Di Bintang Karya Wadi leta S.A.. Pencapaian layak ke pentas
akhir dan mendapat tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Namun, ini menjadi sebuah
pengalaman untuk terus mencuba dan belajar memperbaiki cara mendeklamasi agar
menjadi lebih baik pada penyertaan akan datang.
LAPORAN SAJAK : SAYEMBARA PUISI ASEAN 2018

Julung kalinya, IPG KBM telah menghantar seramai lima wakil untuk mewakili IPGKBM
sekaligus IPGM ke peringkat antarabangsa dalam pertandingan deklamasi puisi rantau
ASEAN pada 28-29 April 2018 di bawah pensyarah pengiring En.Maniyamin. Penyertaan
kali ini telah melibatkan dua peserta dari PISMP semester dua dan tiga peserta dari PPISMP
semester dua. Latihan telah dijalankan secara berkala dalam pasukan Madah Puisi IPBM
yang dibimbing sepenuhnya oleh Dr Azman bin Rahmat. Penyertaan di peringkat rantau
ASEAN ini telah melibatkan seramai 23 peserta yang terdiri daripada universiti tempatan,
swasta dan tiga peserta dari universiti Indonesia. Pertandingan ini dianjurkan oleh UPSI
yang berlangsung selama dua hari iaitu bengkel puisi oleh Encik Alizan pada hari pertama
dan sayembara di peringkat saringan dan akhir pada hari kedua. Antara 25 peserta yang
disaring hanya 10 peserta terpilih ke pentas akhir. Seorang wakil IPGKBM ‘Nurlyana bt
Ezani’ telah berjaya terpilih dalam kalangan sepuluh terbaik ke pentas akhir.Turut hadir
dalam majlis tersebut, Pengarah Bahagian Komuniti Sosio-Budaya Asean, Sekretariat
Kebangsaan Asean-Malaysia. Pemenang bagi tiga terbaik berjaya dirangkul oleh UIA, UPM
dan USIM. Apapun, pasukan IPBM telah berusaha dengan terbaik dan mendapat pujian
daripada pihak juri.

Bergambar bersama peserta dari Universitas


Islam Negeri Sarif Hidayatullah Jakarta
Indonesia

B
LAPORAN SAJAK : SAYEMBARA PUISI KEMERDEKAAN KE-32 WP.KL

GAPENA,KALAM,DBP telah menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan kali


ke-32 peringkat WPKL pada 23 September 2018 bertempat di IPG Kampus Bahasa
Antarabangsa, KL. Seramai 5 peserta telah mewakili IPG Kampus Bahasa Melayu pada
pertandingan ini. Sepanjang pertandingan berlangsung setiap peserta mendeklamasikan
pelbagai genre sajak bertemakan kemerdekaan. Pertandingan ini dibimbing oleh pensyarah
pembimbing Dr Azman bin Rahmat. Persaingan bersama 19 peserta yang lain diadili
dengan memilih tiga pemenang. Keputusannya, nur fatin hazwani binti mohd junal IPG
Kampus BM berjaya mendapat tempat Saguhati dalam sayembara deklamasi puisi.

Anda mungkin juga menyukai